Thursday, June 28, 2007

Hadiah?


Perbualan seorang murid tadika dengan gurunya.

Teacher Vasu : Zikril, kalau awak dapat markah tinggi nanti teacher akan bagi hadiah.
Zikril Hakeem: Tak perlu semua tu teacher, sebab papa saya, mama saya, enda saya, opah saya, tok co saya nak bagi hadiah.

Bila saya dengar cerita ni dari yong, saya mula recall 'tak pernah pun janji nak kasi jiji hadiah'. Semalam zikril cakap dengan saya 'Enda, bila enda dapat gaji nanti jangan lupa belikan jiji hadiah ye!' Saya tanya dia ' Hai...kamu dah tahu keputusan ke?' Dia balas 'Belum lagi, tapi enda sedialah dulu'.

Alhamdulillah saya baru ada sorang anak sedara yang petah bercakap...3 orang lagi masih pelat2. hehehehe
------------------------------------------------------------------------------------------

Hmm...semalam sebetulnya saya 'mc'. Memang teruji betul...yela, dengan selesema dan sakit kepala. Seawal jam 8 am saya dah ke Klinik berhampiran...Klinik pertama yang saya serbu ialah Klinik BTS (24 jam)....tgk2 kat pintu tulis closed dan tulis 'buka jam 9 pagi'. Apa agaknya maksud 24 jam tu ye??? Geram betul...!!!

Klinik kedua pula, Poliklinik Penawar..buka pukul 8.30am tapi dia kata Doktor datang pukul 9am. Nak hilangkan boring, saya pun tunggu selepas daftar. Rupanya doktor datang pukul 9.15am. Doktor tu ada hal la tu agaknya. Lepas dapat mc saya ke subang....duk rumah sewa pun tak best...sorang2. Better g rumah yong, sekurang2nya segalanya 'terjaga'.

Apapun, alhamdulillah hari ni dah ok...cuma still selesema je..sikit2!!


Nota : Allah sayang la tu....

0 comments: