Monday, June 11, 2007

kita selalu lupa...

Minggu lepas, sewaktu makan tengah hari...sempat lagi kami bertiga (kak M, puan S, dan saya) berbincang satu topik ilmiah. Hebat jugakla makan tengah hari hari tu...yela, berulamkan perbincangan yang menginsafkan diri.



Situasi 1
Sedang bejalan-jalan di pusat membeli belah kita ternampak seorang lelaki yang kacak, pasti terdetik di dalam hati kita ' hensemnya laki tu'. Begitu juga kalau kita ternampak seorang wanita yang cantik, 'cantik betul pompuan tu'...itu juga terdetik di hati kita.



Situasi 2
Si A mempunyai seorang bos yang baik hati dan amat mengambil berat akan pekerjanya. Kita sebagai pekerja selalu memuji-muji bos kita di hadapan teman-teman yang lain.

Situasi 3
Kita bercerita kepada rakan tentang betapa seronoknya mandi sungai/laut. Airnya yang sejuk, udaranya yang bersih dan macam-macam lagi.

Situasi 4
Kita begitu mengkagumi ibu dan bapa kita kerana sikap mereka yang penyayang dan pengasih kepada kita dan adik beradik.

Situasi 5
Kita terlalu menyayangi suami/isteri/kekasih/buah hati kita kerana dia jua amat menyayangi kita.

Lupakah kita???Ye, betapa kita selalu lupa dalam setiap situasi yang saya bawa di atas menunjukkan kita lupa pada yang satu. Ye, yang SATU. Kita lupa bahawa bila kita memandang sesuatu benda yang indah dan cantik, kita hanya memuji benda itu sahaja tetapi kita lupa kepada siapa yang mencipta benda itu. Ye, Maha Pencipta. Begitu juga, kita terlalu memuji kebaikan dan kemurahan hati seseorang, sedangkan kita lupa bahawa murah hati ataupun pemurah dan penyayang itu merupakan sebahagian dari sifat Allah.. Kita terlalu memuji sikap itu yang ada pada manusia sedangkan kita lupa bahawa Allah lebih patut dipuji kerana kasih sayangNya itu tiada taranya. Betul atau tidak??

Pesanan untuk kita semua dan terutamanya diri saya sendiri...utamakanlah Allah dalam segala hal. Kalau kita sayangkan ibu dan bapa, suami/isteri, kekasih hati dan kawan-kawan kita, janganlah lupa sayangi Allah itu merupakan 1st ranking kita.

Allah sayangi kita tiada bersebab..Dia tidak rugi kalau kita lupakannya, Dia tidak untung kalau kita menyayanginya...tetapi diri kita yang rugi jika tidak merebut cintaNya.... dan kita juga mendapat kebaikan bila kita menyayangiNya. Kita renungkan bersama!!!


Note : semoga lepas ni kita akan selalu ingat...ameen ya rabb!!

0 comments: