Friday, June 29, 2007
Happy Friendship Day!
Salam ya salam to all...
Tak ingat pun sebenarnya bila hari Friendship..cuma terperasan semalam masa on YM adalah salah sorang sahabat yang meletakkan status 'hepi friendship day'...dan kedua, semalam untuk julung2 kalinya mendapat sms dari seorang sahabat...tak sangka jugak dia leh send kat saya, sebab kenal atas urusan rasmi, jumpa adalah dua tiga kali. Tapi kami selalu berbual di telefon sahaja jika ada masalah teknikal. Nice sms...I want to share it with u!
'Persahabatan itu seperti tangan dan mata. Saat tangan terluka, mata menangis. Saat mata menangis tangan menghapuskannya'.
Ye, setuju...penting sahabat dalam hidup kita. Tanpa sahabat mungkin hidup kita tidak ceria. Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang sudi menjadikan saya sebagai sahabat anda!!!
Note : mendapat sahabat yg baik juga merupakan nikmat dari Allah... terima kasih Ya Allah!!!

Thursday, June 28, 2007
Hadiah?
Perbualan seorang murid tadika dengan gurunya.
Teacher Vasu : Zikril, kalau awak dapat markah tinggi nanti teacher akan bagi hadiah.
Zikril Hakeem: Tak perlu semua tu teacher, sebab papa saya, mama saya, enda saya, opah saya, tok co saya nak bagi hadiah.
Bila saya dengar cerita ni dari yong, saya mula recall 'tak pernah pun janji nak kasi jiji hadiah'. Semalam zikril cakap dengan saya 'Enda, bila enda dapat gaji nanti jangan lupa belikan jiji hadiah ye!' Saya tanya dia ' Hai...kamu dah tahu keputusan ke?' Dia balas 'Belum lagi, tapi enda sedialah dulu'.
Alhamdulillah saya baru ada sorang anak sedara yang petah bercakap...3 orang lagi masih pelat2. hehehehe
------------------------------------------------------------------------------------------
Hmm...semalam sebetulnya saya 'mc'. Memang teruji betul...yela, dengan selesema dan sakit kepala. Seawal jam 8 am saya dah ke Klinik berhampiran...Klinik pertama yang saya serbu ialah Klinik BTS (24 jam)....tgk2 kat pintu tulis closed dan tulis 'buka jam 9 pagi'. Apa agaknya maksud 24 jam tu ye??? Geram betul...!!!
Klinik kedua pula, Poliklinik Penawar..buka pukul 8.30am tapi dia kata Doktor datang pukul 9am. Nak hilangkan boring, saya pun tunggu selepas daftar. Rupanya doktor datang pukul 9.15am. Doktor tu ada hal la tu agaknya. Lepas dapat mc saya ke subang....duk rumah sewa pun tak best...sorang2. Better g rumah yong, sekurang2nya segalanya 'terjaga'.
Apapun, alhamdulillah hari ni dah ok...cuma still selesema je..sikit2!!
Nota : Allah sayang la tu....
Tuesday, June 26, 2007
not feeling well...
I'm not feeling well today...yup..sneezing and got headache!!!
since yesterday...
Yesterday, around 8pm..I already sleep with the light still on. Waaa...sape2 sudi simpati...???hehehe
Note : insyaAllah sebagai kifarah dosa...

Monday, June 25, 2007
Jalan-jalan cari makan..
Alhamdulillah....hari ni sihat, cuma terasa penat je. Seperti biasa nak cerita la sikit....hehehe yela, sabtu dan ahad berlalu dengan cepatnya...sedar tak sedar hari ni dah 25 june....rasanya takde birthday sesapa hari ni. Keluarga mahu pun rakan-rakan...seingat saya la!! Kalau terlupa harap maaf :D
Jumaat 22 Jun
Bertolak ke Subang dalam pukul 2230 dari Gombak, ikut Sg Buloh..sampai rumah yong dalam pkl 2300...dan mengambil makanan berat (late dinner- jangan contohi ye, tp kalau sekali sekala macam saya takpe hehehe). Makan sekadar nak ambik hati yong dan lope....yela, dia tau adik dia ni makan tak berapa jaga..almaklumlah orang bujang. Borak ala kadar...tp meriah. Almaklumlah melayan dua orang Z. Zikril n Zafran!
Sabtu 23 Jun
Kami semua sarapan pagi di Subang Perdana, makan roti canai dan teh tarik. Kemudian bertolak ke Raub dalam 0930. Anggaran 2 jam perjalanan, singah sebentar di sekolah SEMESTA untuk ambil sijil SPM nur... Makan tengah hari di Bentong, dan kemudian lope selesaikan kerja dia. Dalam pukul 1530, kami ke Air Terjun Sungai Chamang...wah best nya, terasa nak pergi lagi...walau saya hanya main-main air sambil menjaga dua Z dan sambil menangkap gambar.
Sampai rumah dalam pukul 2300..2345 turun, tgk tv sampai 0400. Sebenarnya rasa tak leh tido..naik bilik..memang tak leh tido gak. Natijahnya, ngantuk sangat siang tu.
Ahad 24 Jun
Sarapan di Kampung Subang, makan lontong hehehe
Lunch kat Summit, usj...kat Garden Cafe.
Dinner kat rumah...hehehe bestnya makan nasi rumah hehehe
Petang g rumah Ainul..bawa dua Z main kat taman...
Panjang citer....tula, kalau g Subang rumah yong dan lope...sabtu dan ahad memang tak lekat kat rumah. Penat kemain...jenjalan saje hehehe
Terasa rindu kat rumah sewa...rindu kat bilik..hehehe
Note : nanti nak upload pic kat sungai Chamang kat FP...gambar view je...hehehe
Thursday, June 21, 2007
Cerita di dalam cerita..
Wa...lama jugak saya tak mencoret sepatah dua dalam blog ni. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sudi ziarah blog ni. Andai ada komen@luahan perasaan@etc bgtau je. Nak email boleh...sms boleh...call boleh...taip msg kat shoutbox tu pun boleh. Semua dialu-alukan...
Hmm...rupanya banyak cerita yang nak diceritakan kat sini. Almaklumlah seminggu jugakla teman tak menaip kat sini. Tapi, tak tau nak mula dari mana...
Kemalangan
Pada 17 Jun lepas saya mengalami kemalangan di Batang Kali-Ulu Yam, Alhamdulillah tiada kecederaan fizikal bagi kami bertiga cuma kecederaan pada kenderaan yang kami naiki. Kemalangan yang berlaku pada jam 2235 itu, bukanlah berpunca dari kecuaian pemandu. Cuma kecuaian pada van yang melanggar kami.Merempuh masuk ke jalan dengan laju lalu merempuh kereta yang kami naiki. Selepas kemalangan, semua orang senyap di dalam kereta. Macam-macam perkara bermain di fikiran. Cuma yang pasti syukur kepada Allah kami semua selamat.
Semua orang nak elakkan perkara buruk, dan kalau boleh elak memang kita tidak mahu ianya berlaku. Cuma, alhamdulillah...tiada yang lebih buruk berlaku. Alhamdulillah syukur sangat.
'kita dah hati-hati, tapi orang lain pula yang cuai'.
UMS
Nampaknya kini ada dua orang kesayangan yang jauh dari saya!!!
Cik nur dapat sambung belajar kat UMS, mulanya terasa jauh juga bila menyebut perkataan SABAH tu. Tp, apakan daya....menuntut ilmu itu juga perlu. Pergila cik nur...enda doakan segala yang terbaik untuk Nur.
Nota: -naik belon la lepas ni.

Friday, June 15, 2007
Rahsia Tahi Lalat!!
Hmm...terjumpa pulak artikel ni kat Ukhwah. Macam best je, so saya post kan la kat sini. Sekadarnya sahaja, untuk bacaan semua... Kebenaran dan keshahihan nya tidak boleh dipercayai sangat. Kerana yang pasti, ia bukan kayu pengukur sesuatu.
Tak taula, mana asalnya nama taik lalat or tahi lalat tu hehehe...cuma yg pasti, semuanya anugerah Allah. Betul tak? Ok..
TANDA DAN FIRASAT
bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri - cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah - tercapai cita-cita
biji mata kanan - suka serong dan pembohong
biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
punggung kanan - agak mengalami kesulitan
punggung kiri - malas dan suka duduk
betis kanan - suka berhibur, boros
betis kiri - rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri - kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun
kening kanan - cerdas dan cekap
kening kiri - cerdas, sopan santun
tengah kening - keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri - kehendak kuat
batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung - banyak rezeki
dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan - atau kiri baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2
tumit kanan - jujur dan banyak kawan
tumit kiri - baik budi
alis kanan - suka menolong, baik hati
alis kiri - ramai yang suka
pangkal peha kanan - kemahuan kuat
pangkal peha kiri - suka kerja apa pun
telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
jari kaki kanan - suka menolong
jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan - cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan - baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri - ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan - setia dan taat pada atasan
lengan kiri - menepati janji dan rajin
pipi kanan - ramai teman
tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
tengah-tengah pipi kiri - ramai teman
ubun-ubun - kurang jujur
pusat - cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan
pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri - disayang pasangan hidup
telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri - serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat
pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
pelipis kiri - murah rezeki, dapat jadi kaya
pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas - baik budi, ramai yang suka
kelopak mata kanan bawah - agak malas
kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana

Kelebihan Bangun Malam..
""Apabila seseorang itu jaga dari tidurnya di waktu malam dan membangkitkan isterinya lalu kedua-duanya sama-sama menunaikan dua rakaat sembahyang nescaya mereka ditulis dalam golongan manusia yang banyak menyintai dan menyebuti ALLAH." -Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dari Abi Sa'id.
Tujuannya
Malam dengan ketenangan dan kejernihan suasananya merupakan sebaik-baik waktu untuk beribadat, kerana itu para mukmin digalakkan mengambil kesempatan-kesempatan keemasan itu untuk mengukuhkan hubungan dan kecintaannya kepada ALLAH. Alangkah qudusnya iman seseorang apabila di saat manusia yang lain sedang tidur nyenyak ia bangkit mendirikan sembahyang dan membangunkan isterinya sembahyang bersama-sama untuk mempersembahkan pujian, harapan, permohonan dan permintaan ampun kepada ALLAH ketika dunia diselubungi sepi dan gelita. Alangkah indahnya pandangan dua manusia suami isteri sama berdiri lurus menghadap qiblat dan sama meletakkan dahi mereka ke lantai di tengah-tengah kekelaman malam untuk membuktikan ' ubudiah mereka yang tulus kepada ALLAH, memohon keberkatan hidup dunia dan kebahagiaan hidup di negeri Akhirat.
Di dalam al-Quran dan Hadis terdapat pelbagai sanjungan dan galakan supaya manusia mengejar fadhilat sembahyang malam, firman ALLAH Ta'ala:
" Dan di waktu malam bangkitlah sembahyang tahajjud sebagai sembahyang tambahan bagi ibadatmu semoga ALLAH membangkitkanmu di hari Akhirat dengan kedudukan dan darjat yang terpuji." - Al - Isra' (79).
Di dalam surah az-Zariat ayat (18) ALLAH memberi sanjungan yang tinggi kepada amlan-amalan orang-orang yang bertaqwa yang mendapat balasan syurga, di antara amalan itu ialah mereka yang banyak melakukan ibadat sembahyang di waktu malam dan memohon keampunan di saat-saat dinihari.
Waktu sembahyang itu luas, ia boleh dikerjakan di awal malam, di pertengahan malam dan di akhir malam selama sembahyang itu dilakukan selepas sembahyang Isya'. Menurut al-Hafiz Rasulullah s.a.w. tidak sembahyang malam di satu waktu tertentu, malah ia sembahyang mengikut kesempatan dan keselesaan yang didapatinya tetapi waktu sembahyang yang paling afdhal ialah ditengah malam iaitu masa sepertiga malam yang akhir.
Bilangan rakaat sembahyang malam tidak juga ditentukan, ia boleh terlaksanakan dengan satu rakaat sembahyang yang didirikan selepas sembahyang Isya'. Dalam sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Hendaklah kamu dirikan sembahyang malam walaupun satu rakaat."
Tetapi yang paling afdhal ialah sebelas rakaat atau tiga belas rakaat seperti kebiasaan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu dengan satu rakaat atau tiga rakaat witir di akhirnya.
Walaupun demikian, seseorang itu tidaklah disuruh mengerjakan sembahyang malam dengan memaksa-maksakan dirinya secara keterlaluan, kerana ibadat yang sempurna pastilah dilakukan dengan selesa dan ikhlas, apabila ia terlalu mengantuk ia boleh tidur dulu untuk beberapa waktu, kemudian barulah bangkit sembahyang. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :
" Apabila seseorang dari kamu sembahyang malam, kemudian bacaan al-Qur'an menjadi asing bagi lidahnya kerana mengantuk hingga ia tidak tahu apa yang dibacakannya, maka hendaklah ia tidur dulu."
Dalam satu Hadis lagi Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Buatlah amalan-amalan itu sekadar kuasamu kerana ALLAH itu tidak jemu hingga kamu jemu."
Amalan yang sedikit tetapi tekun adalah lebih baik dari amalan yang banyak tetapi jarang-jarang.
Kerana itu persoalan menentukan waktu sembahyang malam dan menentukan banyak mana rakaatnya terserahlah kepada pertimbangan sendiri berdasarkan keikhlasan dan rasa 'ubudiah' yang murni.
Di antara peraturan-peraturan yang disunatkan dalam sembahyang malam ialah :
(1) Apabila ia hendak tidur, ia disunatkan untuk bangkit sembahyang malam supaya keazamannya dapat membangkitkannya di waktu yang tepat.
(2) Sesudah mencuci muka, mengambil wudhuk dan bersugi dia disunatkan membaca doa-doa khas sembahyang malam.
(3) Ia disunatkan memulakan sembahyang malam itu dengan dua rakaat yang pendek dan ringkas, selepas itu boleh ia menyambung sembahyang itu seberapa ia suka.
(4) Menggerakkan isterinya agar ia turut serta bersembahyang malam, dan bagi isteri disunatkan menggerakkan suaminya.
Hadis bab ini telah menyebutkan bahawa orang-orang yang banyak mendirikan sembahyang malam akan ditempatkan sejajar dengan golongan " " iaitu golongan yang amat disanjungi ALLAH, iaitu golongan orang - orang yang tidak sunyi mengingati dan menyebut ALLAH sama ada dengan hati, dengan lidah atau dengan kedua-duanya sekali sama ada dalam bentuk berzikir, membaca al-Qu'ran, memikirkan masalah-masalah ilmu yang ada hubungan dengan ketuhanan atau masalah-masalah pengetahuan yang diredhai ALLAH, kerana mempelajari ilmu itu ialah mempelajari undang-undang ALLAH yang berlaku dalam alam ini.
"
Note : ingatan bersama...

Kisah kejujuran saudagar permata!
"Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.
Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi.
Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"
Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham."
"Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi.
"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham."
Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.
"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar. Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.
Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i)

Wednesday, June 13, 2007
Love to be loved?
“Sekuat-kuat ikatan iman ialah berkasih sayang kerana Allah, dan marah juga kerana Allah” Riwayat Imam Ahmad.
Sayangi sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya kemesraan. Kenangi sebuah persahabatan kerana di situ tercipta kerinduan, hargai kedua-duanya kerana itulah rahmat dari Tuhan.
Semua orang perlukan kasih sayang...tiada siapa yang boleh hidup sorang-sorang kat bumi ni..Betul tak??
Ada kata pepatah..ke kata orang bijak pandai..'kalau kita nak orang buat baik dengan kita, kita kena dulu buat baik dengan orang'. Betul tak? Itu memang sudah menjadi hukum karma...seperti juga, kita buat jahat kepada orang, kita juga akan dibalas dengan kejahatan...
Dan lagi satu, jangan malu untuk katakan sayang...terutama kepada ibu dan bapa, adik beradik kita...dan sahabat-sahabat kita. Biar mereka tahu!!! Bahawa kita sayangkan mereka.
Rasulullah berpesan “Jika benar kita cinta dan kasih pada seseorang ucapkanlah dan sebutkanlah kepadanya. Cinta itu berputik bila pasangan/teman kita diberitahu tentang cinta dan kasih.”
Note : Alhamdulillah...terima kasih kepada semua yg menyayangi diri ini.
Tuesday, June 12, 2007
Monday, June 11, 2007
kita selalu lupa...
Minggu lepas, sewaktu makan tengah hari...sempat lagi kami bertiga (kak M, puan S, dan saya) berbincang satu topik ilmiah. Hebat jugakla makan tengah hari hari tu...yela, berulamkan perbincangan yang menginsafkan diri.
Situasi 1
Sedang bejalan-jalan di pusat membeli belah kita ternampak seorang lelaki yang kacak, pasti terdetik di dalam hati kita ' hensemnya laki tu'. Begitu juga kalau kita ternampak seorang wanita yang cantik, 'cantik betul pompuan tu'...itu juga terdetik di hati kita.
Situasi 2
Si A mempunyai seorang bos yang baik hati dan amat mengambil berat akan pekerjanya. Kita sebagai pekerja selalu memuji-muji bos kita di hadapan teman-teman yang lain.
Situasi 3
Kita bercerita kepada rakan tentang betapa seronoknya mandi sungai/laut. Airnya yang sejuk, udaranya yang bersih dan macam-macam lagi.
Situasi 4
Kita begitu mengkagumi ibu dan bapa kita kerana sikap mereka yang penyayang dan pengasih kepada kita dan adik beradik.
Situasi 5
Kita terlalu menyayangi suami/isteri/kekasih/buah hati kita kerana dia jua amat menyayangi kita.
Lupakah kita???Ye, betapa kita selalu lupa dalam setiap situasi yang saya bawa di atas menunjukkan kita lupa pada yang satu. Ye, yang SATU. Kita lupa bahawa bila kita memandang sesuatu benda yang indah dan cantik, kita hanya memuji benda itu sahaja tetapi kita lupa kepada siapa yang mencipta benda itu. Ye, Maha Pencipta. Begitu juga, kita terlalu memuji kebaikan dan kemurahan hati seseorang, sedangkan kita lupa bahawa murah hati ataupun pemurah dan penyayang itu merupakan sebahagian dari sifat Allah.. Kita terlalu memuji sikap itu yang ada pada manusia sedangkan kita lupa bahawa Allah lebih patut dipuji kerana kasih sayangNya itu tiada taranya. Betul atau tidak??
Pesanan untuk kita semua dan terutamanya diri saya sendiri...utamakanlah Allah dalam segala hal. Kalau kita sayangkan ibu dan bapa, suami/isteri, kekasih hati dan kawan-kawan kita, janganlah lupa sayangi Allah itu merupakan 1st ranking kita.
Allah sayangi kita tiada bersebab..Dia tidak rugi kalau kita lupakannya, Dia tidak untung kalau kita menyayanginya...tetapi diri kita yang rugi jika tidak merebut cintaNya.... dan kita juga mendapat kebaikan bila kita menyayangiNya. Kita renungkan bersama!!!
Note : semoga lepas ni kita akan selalu ingat...ameen ya rabb!!

Cerita dan cerita....
Selamat Pengantin Baru kepada PM kesayangan semua orang...hehehe nampaknya Pak Lah masih berada di ambang pengantin baru la ni hehehe Apapun, didoakan semoa Pak Lah berbahagia ke akhir hayat....ameen ya rabb!!!
Yela, kita mesti doakan kebaikan untuk orang lain...tak boleh kedekut di dalam berdoa...mana tau berkat doa kita untuk orang lain itulah Allah percepat makbulkan doa kita..tul tak?? So, marilah kita bersama-sama panjang-panjang doa kita usai solat secara umumnya...doakan untuk rasul kesayangan kita, ibu dan bapa, keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan seluruh umat Islam. InsyaAllah...doa kita itu akan dimakbulkan. Ameen ya rabb!!!
Hari ni dah mula sibuk di lift, jalan-jalan, bus, LRT, Komuter dan sebagainya...kerana hari ini mulanya hari pertama selepas minggu persekolahan...wah bestnya cikgu dan anak murid hehehe dan yang pasti, saya pun pasti akan mula sibuk menerima call dan sms dari guru-guru serata Malaysia (cewah....mcm glemer je).
Gambar kat atas tu gambar apa ek....ala lupa lak istilah dia...hafiz kasi ari tu, kononnya suruh saya pilih jika ada berminat untuk dibeli. Tp sampai ke hari ni tak sempat pun nak amati benda tu. Citer pasal hafiz, nampaknya tak lama lagi sy akan kehilangan seorang sahabat...sebab dia last on 15 June 2007. Didoakan Hafiz memperolehi kejayaan yang dicari olehnya, dan semoga hafiz akan lebih berjaya...ameen ya rabb!!!
Note : rasa nak balik KD la...
Friday, June 08, 2007
Ainul A.B Blog
Welcome...welcome...to Mrs Ainul Azlinda AB!!!
She's my old old old friend....since 1994...almost 13 yrs old...so long rite? Eh, dah lama kan kita kenal? actually dah kenal dia before sekolah menengah lagi, jumpa kat kem2 motivasi anjuran memacam...masa sekolah rendah. Cuma, jadi kawan sejak sekolah menengah la. hehehe
Ok, Cik Puan Ainul...saya harap awak dapat mencoret dalam blog tu sekerap mungkin. Boleh la saya jenguk blog awak kalau kelapangan...hehehehe
So, bg sesapa nak berkenalan dengan Adrianna, ibu Adrianna...ayah adrianna eh...marah lak nul nanti. hehehehe So, bg sesapa nak menambah kenalan untuk berkenalan dengan Ainul, seorang sahabat karib saya paling lama...sejak zaman hingusan silalah ke sini.
Note : rindu zaman dulu2.....

Yahoo Messenger Web Browser Beta
Thursday, June 07, 2007
Cuti-cuti Malaysia...
Hmm...semalam masa tengok tv, mulanya tengok 3H2M kat tv9, pastu tgk Desinasi Bajet kat tv8. Terus terasa nak pergi bercuti la pulak...hehehe jom pergi cuti-cuti Malaysia. Dah lama merancang sebenarnya, tapi asyik tak terlaksana je. Tula, bila fikir balik rasa memang best dapat meluangkan masa dengan kawan-kawan sambil jalan-jalan meluaskan pandangan sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah.
Semalam Destinasi Bajet...destinasi kat Fraser Hill's. Terus rasa teruja nak g...apa yang best ye? Mungkin melihat hutannya yang masih belum terusik...dan cuaca sejuk yang mendamaikan. Cik Ira terus ajak saya pergi bercuti. Pastu, rasa nak susulkan kat Cik M la plak...insyaAllah Jumaat ni Cik M dtg boleh la citer plan kat dia.
Nak bercuti ni kena fikir memacam, antaranya cari masa yang sesuai dan kena tengok poket jugak hehehe 'no money no talk'. Dan pastu yang penting sekali kena betulkan niat...bukan sekadar nak berseronok tp, matlamat asal jgn tersasar.
Jomla kita pergi bercuti...!!! Terutama bagi rakan-rakan yang masih bujang dan belum ada tanggungan...jom la, kalau ada sesapa ada cadangan bernas sila beritahu saya. mungkin boleh dipertimbangkan... :)
Note : malaysia pun tak habis jelajah lagi hehehee
Wednesday, June 06, 2007
Selamat Pengantin Baru Bang Cik..
Abaikan tarikh gambar...sebab sebenarnya tarikh pada 3 june lepas...tu semua gara-gara jurugambar tak professional yang tak prihatin...main tangkap je gambar!! Sebetulnya, saya tak ambik port bab ambik gambar ni jika ada cik nur. Kerana bukan sahaja kamera tidak lepas dari tangannya malah, penuh dgn gambar dia di dalam kamera...layan je la!
Hmm...Bang Cik, merupakan sepupu sebelah mak. Anak kepada Mak Ngah (kakak mak). Masa kecik-kecik dulu rapat jugak dengan bang cik, sebab beza umur kami hanya 1 tahun sahaja. Tapi, bila masing2 dah melangkah ke alam dewasa...mulalah ada jurang antara kami. Hanya berjumpa masa raya itu pun kalau bernasib baik. dan selalunya hanya senyuman sahaja menjadi medium perantaraan kami. Tiada lagi bual-bualan seperti dulu.
Tahniah! Didoakan semoga berkekalan ke akhir hayat...ameen ya rabb!!
Note : Hanya ada 2 keping sahaja gambar pengantin, kerana juru kamera lebih suka menangkap gambarnya sendiri...hehehe

Monday, June 04, 2007
Negeri Sembilan...
Negeri Sembilan terdiri daripada 7 buah daerah yang mempunyai autonomi tersendiri iaitu Seremban, Port Dickson, Jelebu, Rembau, Tampin, Kuala Pilah & Jempol. Daerah - daerah ini terbentuk daripada pembahagian 'kawasan adat' ekoran daripada perjanjian antara British dengan Yam Tuan pada tahun 1885.
Jika disusuri akar umbinya, keunikan sosio - budaya Negeri Sembilan ialah Adat Perpatih. Ia merangkumi pelbagai bidang dalam kehidupan masyarakat termasuk soal makro seperti sistem politik, ekonomi, sosial hinggalah hal - hal mikro seperti adat - istiadat pertabalan raja, kaedah pembahagian harta pusaka dan tatacara yang terperinci dalam melaksanakan perkahwinan.
Walaupun adat ini mengalami perubahan akibat pengaruh daripada nilai-nilai budaya yang datang dari luar dan menerima kesan peredaran zaman, ia masih relevan seperti yang terungkap dalam perbilangan :
Yang buruk dibaharui,
Yang usang diganti,
Sekali air bah,
Sekali pantai berubah.
Eh, macam mengajar sejarah pulak? hehehe
Sebetulnya, hari sabtu lepas saya menjejakkan kaki ke Negeri Sembilan buat julung-julung kalinya kerana ingin menghadiri majlis kenduri sepupu yang terletak di Kampung Tengkek, Padang Lebar Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Perjalanan yang sepatutnya hanya memakan masa dalam 2 jam setengah telah menjadi 4 jam kerana kereta yang banyak di highway. Dan kami singgah di Kuala Pilah untuk makan mi rojak di belakang pasar. Mi rojak memang terkenal di bumi Kuala Pilah.
Pada hari kenduri, paling menarik ialah mendengar dialek nogori di mana-mana hehehe dan berjumpa dengan sedara mara yang entah dari mana. Maksud saya, sedara mara (diperkenalkan oleh mak), hampir 80% tetamu yang datang diperkenalkan sebagai sedara oleh mak. Kelakar pun ada jugak, entah bau2 apa entah...dan yang pasti bau memang yang tidak berbau hehehehe
Note : hampir lupakan nogori...sebab dah lama tinggalkan...
Subscribe to:
Posts (Atom)