Tuesday, May 29, 2007

Duduk iftirash



Nak kongsi bersama kebaikan duduk iftirash ni...

Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarajah reflexology dibawah, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology exercis e' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...

Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.

Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:

Aku melihat Nabi Muhammad SAW, apabila baginda duduk pada rakaat kedua (untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirash).


Hadith shohih riwayat Bukhri.

Pengajaran hadith:
1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.

2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)

3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT

4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

Selamat beramal dan menyampaikannya!!


Note : Banyaknya hikmah di dalam solat...!!!



CBQ2285

Rasa bersalah yang amat sangat kat dia, sebab dah sebulan tidak mempedulikannya kat bawah tu...tp yang pasti setiap kali balik kerja pasti sempat juga saya menjenguk dia sebelum naik ke rumah...

Akhirnya, pada Ahad lepas setelah membuat temujanji dengan Zira..(sepatutnya dgn Cik M, tp Cik M ada hal last minute). Saya dan zira terpaksa menolak motor ke kedai motor yang berhampiran. Hampir-tak hampir terpaksa juga meredah bukit, menurun bukit....sedar tak sedar motor tu berjaya diservis dengan jayanya. Dan saya dan zira dapat juga berjalan-jalan makan angin dengan motor tu hehehehe Alhamdulillah...syukur sangat dapat melaksanakan tanggungjawab pada motor tu. Yela, rasa bersalah sebab dah lama tak pedulikan dia!

Hari sabtu, sempat juga jogging dengan Cik Ira...sejam jugak la...wah, penat kemain..dah lama betul tak jogging!!!hehehe

Tak sabar nak selesaikan kisah saya dan dia nia...hehehehe CBQ ooo CBQ!!


Note: exercise sungguh weekend baru ni!!

Thursday, May 24, 2007

Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Adrianna..


Semalam dapat sms dari Ainul...inform Adrianna admit hospital..Dr nak keluarkan kahak dia..sian dia. Tp takde aunty doakan...eh aunty pulak...tetiba terasa tua!! Didoakan semoga adrianna cepat sembuh, boleh balik rumah...dan cepat ibu g keje, sebab ada hal nak bincang dgn ibu ni.


Note : patut semalam call tak angkat...

Blog kena daftar???

BEIJING 23 Mei – Ekoran bantahan daripada industri dan ramai pengguna Internet, China dijangka mengetepikan rancangannya untuk mewajibkan 20 juta penulis blog dalam negara mendaftar diri.

Berita lanjut



Note : ada pro and cont..

Pertemuan bukan milik kita!!

Pertemuan Bukan Milik Kita by Suarahati

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai

Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah


Hmm....lagu nasyeed ni memang best! Dan terlahirnya nick suarahati@fitrahhati setelah mengenali kumpulan ini...Lagu-lagu semua best, cuma dalam simpanan berbentuk kaset bukannya soft copy...

Wednesday, May 23, 2007

:)

"Lailah sai'dah ya umri, faqat Allah yastatik an yujzi kullu hasanik, Allah yarhamik hatta fil akhirah"

"Selamat malam wahai nyawaku..Hanya Allah sahaja yang layak memberi segala kebaikan. Allah merahmati hingga hari akhirat.."

Monday, May 21, 2007

Jom masak rendang!

Hari ini dalam sejarah betul...(tp bukan hari ni, semalam..bersamaan 21 May 2007)
8am pergi pasar dgn Cik Ira, beli barang-barang untuk masak. Smpi rumah dalam 9 lebih..lepas baca surat khabar saya mula menyiang daging. Fuh penat jugak.. Ok saya cerita sikit cara-cara untuk membuat rendang nogori...

Bahan-bahan
  1. Daging 1kg
  2. Santan untuk 2-3 biji kelapa
  3. 1 genggam lada api ( kalau nak pedas buh la 2 genggam)
  4. Kunyit hidup
  5. Lengkuas
  6. Halia
  7. Serai 2-3 batang
  8. Garam kasar secukup rasa.
Cara-cara memasak
  1. Potong daging kecil-kecil, lepas basuh dan dibilas masukkan ke dalam kuali untuk proses pengecutan daging. Ambik masa yang lama jugak la. Nak tunggu air daging tu kering dan daging kecut.
  2. Tumbuk kunyit hidup, bawang putih(2-3 ulas), bawang merah, lengkuas, halia dan lada api. Tumbuk hingga lumat. (selalunya saya tumbuk sekali dengan garam kasar sesudu).
  3. Setelah lumat, masukkan ke dalam daging yang dikecutkan tadi.
  4. Bila air daging dah kering, masukkan santan. Kalau terlalu pekat tambah air. Kemudia bila menggelegak rasa garam, kalau kurang baru tambah.
  5. Kacau selalu untuk elak daging melekat pada kuali.
  6. Kacau sehingga menjadi rendang.
Memang tak sangka betul berjaya memasak rendang daging...1st time tu. Alhamdulillah. Best la pulak memasak, lepas ni kalau hujung minggu kat rumah boleh la masak lagi hehehe

Note
  1. selalunya teori je, semalam baru praktikal..
  2. rugi Cik M tak dapat rasa rendang..hehehe

Friday, May 18, 2007

Andaiku tahu...

Andaiku tahu kapan tiba ajalku
ku kan memohon tuhan tolong panjangkan umurku

Andaiku tahu kapan tiba masaku
ku kan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa-dosa ku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Andaiku tahu malaikatmu kan menjemputku
izinkan aku mengata kata taubat padamu

Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangi ku

Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku menangisku bertaubat padamu

Aku manusia yg takut neraka
namun aku juga tak pantas di syurga

Andaiku tahu kapan tiba ajalku
izinkan aku mengucap kata taubat padam



Note : Lagu ini dinyanyikan oleh Ungu- kumpulan dari Indonesia...tak sangka lagu ini benar2 memberi kesan keran liriknya yg indah.

Selamat Hari Lahir Mak!


Alhamdulillah...segala puji bagi Allah di atas segalanya.

Hari ini genap usia emak yang ke-56 tahun!!!

Sebagai anak saya sentiasa mendoakan segala-galanya yang terbaik untuk emak..seawal 6 pagi saya sudah menghantar sms kepada emak. Ingin ditelefon takut seandainya emak masih berteleku di tikar sejadah. Kemudian, pukul 6.25am saya menerima sms balasan...itu tandanya emak sudah 'free' untuk bercakap...Hampir 15 min juga saya berbual dengan emak...

walau baru 2 minggu je saya tidak balik KD, rasa rindu pada mak memang meluap-luap...rasa nak mengadap mak sepanjang masa!! Rasa sedih pula cerita pasal emak... :)


Note : tidak putus2 doa untuk emak dan ayah...

Wednesday, May 16, 2007

Barber

Psst: baca ni untuk release tension :D

There once was a very good old barber in New York. One day a florist goes to him for a haircut. After the cut,he goes to pay the barber and the barber replies: "I am sorry. I cannot accept money from you. I am
doing community service." The Florist is happy and leaves the shop.

The next morning when the barber goes to open his shop, there is a thank you card and a dozen roses waiting at his door.

A policeman goes for a haircut and he also goes to pay the barber after the cut. But the barber replies: "I am sorry. I cannot accept money from you. I am doing community service." The cop is happy and
leaves the shop.

The next morning the barber goes to open his shop,there is a thank you card and a dozen donuts waiting at his door.

A Malaysian software engineer goes for a haircut and he also goes to pay the barber after the cut. But the barber replies: "I am sorry. I cannot accept money from you. I am doing community service."
The Malaysian software engineer is happy and leaves.

The next morning when the barber goes to open his shop, guess what he finds there...







Can you guess?











Do you know the answer yet?













Come on la... , think like a Malaysian....



















a dozen Malaysians waiting for a free haircut!

Zoundry- Blog Writer



Zoundry merupakan satu aplikasi mudah untuk semua. Anda boleh update dan add new entry secara offline atau pun online.

Download here



Monday, May 14, 2007

Cari idea...

Sabtu dan Ahad yang lepas tidak memberi peluang kepada saya untuk mencari idea menyiapkan artikel dan cerpen. Tetiba pagi-pagi lagi dah dapat sms mengingatkan supaya submit artikel ASAP... kenala hempas pulas malam ni nampaknya!

Semalam sampai rumah dah penat sesangat...lepas isyak dah rasa nak tido...badan sakit2...seminggu tak balik rumah. Rindu sangat kat bilik.....kat rumah!! Ingat nak tgk pas maghrib...tp terlayan pulak buah hati kat pc, akhirnya berlanjutan 'dating' sampai pukul 12 jugak la. Bangun pkl 5 lebih tadi dah rasa sakit-sakit badan...restless!!!! Tu je one word yg paling sesuai sekali....rasa macam malas je nak g keje...sebab sakit2 badan ni...

Rasa dah ada idea apa nak taip artikel IT..wait n c...tonite insyaAllah.

Note :really sorry to cik A...kita merancang Allah juga menentukan...

Friday, May 11, 2007

Test


test post guna blog writer


Wednesday, May 09, 2007

jom g MIHAS at KLCC Convention Centre!




for more info about halal journal

MIHAS or Malaysia International Halal Showcase..

ACTUAL EXHIBITION DAY

9th – 13th MAY 2007
[ WEDNESDAY – SUNDAY ]
09:00AM – 10:00AM
Exhibitors are allowed early access into hall to service their stand before official opening hours.

9th – 13th MAY 2007
[ WEDNESDAY – SUNDAY ]
07:00PM – 08:00PM
Exhibitors are allowed an extension of 1 hour only after official closing hour to service their stand.

9th – 11th MAY 2007
[ WEDNESDAY – FRIDAY ]
10:00AM – 07:00MPM
Exhibition hour for trade.

12th – 13th MAY 2007
[ SATURDAY – SUNDAY ]
10:00AM – 07:00PM
Exhibition hour for trade and public.

Tuesday, May 08, 2007

Sketsa Kehidupan by The Zikr

Sketsa Kehidupan
Album : Secerah Pawarna
Munsyid : The Zikr

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan

Seperti selepas malam
Datangnya siang
Oleh itu waktu senang
Jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan..


Rindu pada lagu-lagu nasyid zaman lama, yang harga kasetnya murah dalam RM5/6 sahaja. Saya ada banyak koleksi nasyeed antaranya dari kumpulan The Zikr, Nadamurni, Anugerah, Nahwan Nur, Al-Wadi, Suarahati, dan banyak lagi...teringin jugak nak convert lagu2 tu semua menjadi soft copy....yela sayang tu!!!

Ok, kat atas merupakan salah satu lagu fav sy...dan kini dinyanyikan semula oleh InTeam kalau tak silap..


Note : jumpa shah inteam dgn anak dan isterinya kat pwtc (book fair) ;)

Selamat Hari Lahir!!


Hari ni hari lahir yong...yang ke-33!! Lope balik keje semalam sempat belikan cake untuk yong yang dibeli di The Baker's Cottage. Suka bukan main si Zafran, ketawa saya dibuatnya dengan keletahnya. Ramai juga ahli keluarga dan insan-insan terhampir dengan saya yang lahir pada bulan Mei ini. Antaranya :-

Kawan-kawan
  1. 2 Mei - Cik A
  2. 4 Mei - Cik Azera
  3. 4 Mei - Cik Puan Hana'
  4. 6 Mei - Cik Miza
Family
  1. 4 Mei - Zafranul Hakeem
  2. 8 Mei - Yong
  3. 18 Mei - Emak kesayangan!
Didoakan semoga dengan usia yang semakin bertambah menjadikan kita lebih dekat kpd Allah. Menjadikan kita lebih tambah amal dan iman....dan semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah...ameen ya rabb!!


Note : hanya doa....sebgai hadiah untuk semua!

Monday, May 07, 2007

Larangan minum cara keldai…..


"Umat islam kelihatan bersahaja ketika minum. Saling tidak tumpah macam orang barat, minum sambil berdiri sudah menjadi perkara biasa apatah lagi memegang gelas dengan tangan kiri.

Minum berdiri agak boleh diterima kalau sekiranya di sekitar tempat jamuan itu tiada kerusi atau tempat duduk, tapi apa halnya dengan tangan kiri, dimana tangan kanannya?Bukankah sesuatu yang baik itu diminta menggunakan tangan kanan.

Selain itu ada satu lagi seharusnya ada pada umat islam iaitu minum secara sekali gus atau sekali hirupan. Sebenarnya Rasulullah pernah mengingatkan umat islam agar tidak bernafas didalam cawan atau gelas air. Maknanya, Islam mengajurkan umatnya minum dengan berdikit-dikit. Apabila hendak bernafas hentikan minuman. Setelah itu minum lagi hingga selesai.

Larangan ni adalah untuk menjamin kesihatan umat islam agar terus selamat. Sesungguhnya penafasan didalam air mengeluarkan karbon dioksida, maka jadilah air itu bercampur dengan karbon. Kalau ini terjadi maka kesihatan umat islam akan terjejas.

Selain dua perbuatan yang tidak disukai oleh islam iaitu makan dan minum secara bersendirian. Keadan ini tidak digalakkan.A pabila hendak minum air pun diminta bersama yang lain iaitu secara berjemaah.

Daripada ibnu Abbas katanya rasulullah bersabda ”Janganlah kamu minum seorang diri seperti keldai tetapi minumlah berdua dan bertiga. Dan bacalah bismillah apabila kamu minum dan ucaplah alhamdulillah apabila kamu selesai minum (riwayat at Tarmizi)”

LEMAH LEMBUTNYA WANITA...UTK LELAKI RENUNGKAN..

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya

Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa

Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa

Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu

Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit

Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI.....



Robot


Semalam, balik dari book fair sampai rumah yong dalam pkl 8 lebih, masa tengah makan..tetiba tergerak hati nak tgk ch42..citer Robot. Kebetulan cerita tu pun baru je mula, so apa lagi...terlekat kat tv sampai pukul 10pm.

Alhamdulillah pilihan cerita tu tepat, sebab semua menonton dengan terhibur..tiada bantahan dari semua golongan ahli rumah hehehe

Biarpun ianya cerita kartun, namun garapan dan penyampaian jalan crita memang berkesan. Kisahnya memang tidak logik, kisah kehidupan robot-robot. Namun, teknologi yang canggih serta idea yang menarik berjaya diketengahkan.

Secara peribadinya memang saya suka menonton cerita kartun. Biar tidak logik, tapi berjaya menceriakan diri... :)

Friday, May 04, 2007

Cinta Pertama by Far East

Cinta Pertama
Album : Cinta Pertama
Munsyid : Far East

Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtara

Naruto...



Siapa minat naruto angkat tangan???hehehehe
Nak bocor rahsia sikit ni...Naruto memang minat kat saya...eh, silap taip..tapi sebenarnya saya memang minat menonton cerita Naruto.

Terima kasih kepada Cik M, sebab sudi perkenalkan Naruto kat saya...cerita ni best, sebab semangat Naruto memang tinggi. Kuat berusaha..dan tidak mudah putus asa!!


Note : selalu download tp, tak sempat lagi nak tgk..hehehe

Thursday, May 03, 2007

Kekurangan dan kelebihan Kamera Digital!!

Kelebihan
  1. Tidak memerlukan anda membeli kodak/gulung filem di kedai gambar.
  2. Boleh menangkap gambar sesuka hati, kerana gambar boleh di buang(delete) kalau rasa tidak diperlukan.
  3. Harga kamera yang murah dan harganya mampu dimiliki oleh setiap golongan.
  4. Gambar boleh dilihat selepas ditangkap.
  5. Budget untuk cuci gambar sudah tiada.
  6. Mudah di ubah(edit), upload untuk kegunaan peribadi atau sebagainya.
Kekurangan/Kelemahan
  1. Gambar sukar untuk dilihat kembali setelah ditangkap, kerana ianya berbentuk soft copy.
  2. 8/10 dari mereka yang memiliki kamera digital tidak mencuci gambar yang sudah ditangkap oleh mereka.
Saya akui sy juga jarang mencuci gambar yang ditangkap menggunakan kamera digital. Kecuali untuk event2 besar sahaja baru gambar itu dicuci dan diletak elok di dalam album. :)

Semua perkara ada pro dan kontra nya...semoga kita bijak menangani segalanya.


Note : dah lama tak upload gambar kat fp

Cuti yang panjang!


Alhamdulillah akhirnya kita bertemu lagi...lama jugak saya tak mencoret..hampir 5 hari rasanya..ada juga saya cuba menghantar artikel pada masa cuti tetapi line internet yang slow membantutkan saya melepaskan rindu pada dunia maya ini! Natijahnya saya tidak dapat menghantar cerita-cerita terkini untuk tatapan semua.

Terima kasih diucapkan kepada Ainul, Wan dan Adrianna kerana sudi dtg ke rumah hari Isnin lepas...last jumpa Ainul masa dia dalam pantang dulu. Adrianna pun dah besar...dah 5 bulan!! Habis Adrianna dikerjakan ari tu...yela kebetulan memang dah lama rumah tu takde baby, dan anak-anak sedara takde yang balik.... :)

Walau 5 orang je kat rumah tu, tp riuhnya mengalahkan kuantiti orang. Alhamdulillah ada nur dan wat kat rumah, kalau tak mesti boring jugak... :)

Akhirnya berjaya juga menghabiskan cuti di rumah dengan memanjakan diri pada keluarga! Rasa tak semangat nak balik semalam.... tp apa boleh buat.....ada tanggungjawab menanti!!


Note : cuti-cuti malaysia! sempat g ke gerik je hari sabtu dan ahad..