Alhamdulillah...sedar tak sedar kita sudah memasuki minggu kedua untuk tahun 2007. Cepat sungguh masa berlalu.
Hujung minggu berlalu dengan jayanya :D
Di penuhi dengan aktiviti yang sememangnya berfaedah..seperti menuntut ilmu dan program eratkan ukhwah. Saya tak nak ceritakan secara terperinci, cuma nak kongsi bersama apa yang saya rasa semalam.
Saya tak ingat pukul berapa, tetapi waktu itu saya sedang melakukan beberapa kerja dalam satu masa, seperti membuat kerja di komputer peribadi dan mengintai2 cerita kartun di televisyen. Tetiba telefon kesayangan saya berbunyi menandakan dapat mesej/sms. Dengan hati berdebar-debar saya membuka sms dan membaca
'Salam, awak dah bangun ke? saya bosan ni. Jom kita jalan-jalan'
Saya pun membalas sms berkenaan dan membuat temujanji dengan isnsan yang berkenaan.
Selang beberapa minit..sms lain pula masuk...berbunyi..
'Call plz.....ada berita buruk nak bgtau...'
Dengan sepantas kilat saya menelefon insan yang berkaitan...dengan perasaan cemas. Di kepala saya berfikir, dan terfikir..apa berita buruk yang dihadapi oleh sahabat saya. Sambil di dalam hati berdoa semoga tiada apa-apa yang berlaku. Telefon diangkat dan sahabat saya berkata sambil ketawa...'awak tak baca sms tu sampai habis ke?'. Saya terdiam...dan kami mematikan perbualan.
'Call plz.....ada berita buruk nak bgtau....
Tahniah kerana anda telah berjaya dalam rancangan wakenabeb..apalagi, send la sms tu kepada kawan-kawan. Mari kita lihat berapa ramai yang tak baca sms sampai habis hahahaha'
Rasa nak menjerit baca sms tu sampai habis....dan saya benar-benar tak sangka sms tu berjaya menipu saya. Dengan perasaan geram yang masih ada saya menghantar sms tu kepada dua insan terpilih...cik nur dan yong. Dengan sepantas kilat yong menelefon saya...nak tergelak pun ada...dan suaranya cemas bertanya. Rasa berdosa pula mengenakan kakak sendiri hehehehe cepat-cepat saya minta maaf dan meminta yong membaca sampai habis.
Sebelum ni saya pernah juga menerima sms berbentuk tricky, tapi alhamdulillah tak terkena. Tetapi mungkin kali ini saya terkena kerana kebetulan sahabat yang menghantar sms itu kebetulannya memang ada masalah..sewaktu kami ber'sms' hari sabtu. Dan apabila hari ahad dia menghantar sms berbunyi sebegitu saya terus menyangka ianya benar.
Ingatan bersama..jangan mudah percaya dengan apa yang anda baca. Selidiki dahulu kebenarannya sebelum kita mengambil langkah-langkah yang perlu seperti menyebarkan kepada orang lain, menelefon (dalam kes saya tadi), atau sebagainya.
Cuma, secara jujurnya saya jarang menghantar sms berbentuk mengenakan orang lain...kerana bg saya, saya dapat rasakan perasaan orang yang terkena kerana saya juga pernah terkena. Dan sebagai ingatan bersama...kurangkan bergurau perkara-perkara yang tidak benar kerana dirisaukan sekiranya ianya benar-benar berlaku takut-takut tiada siapa pula yang percayakan kita. Ingat lagi kisah gembala kambing dengan serigala? Ceritanya ada pengajaran bersama... :)
Note : thanks for the sender...dan cerita di atas ada ditambah-tambah untuk menyedapkan pembacaan dan penceritaan..hehehe
Monday, January 08, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
wah..tak sangka along ade perasaan kenakan org..
hmm...
Post a Comment