Friday, January 26, 2007

Kawan?


Alhamdulillah...segala puji dan syukur kepada Allah..di atas segalanya.
Hari ni hari kedua di dalam minggu ni saya mengantuk di pejabat. Sebelum ni, dalam seminggu lebih berulang dari Subang..satu jam waktu pergi kerja dan satu jam waktu balik tiada pula rasa penat dan mengantuk macam sekarang ni. Tapi, kini...menjadi tanda tanya juga kenapa saya tidak lena tidur di waktu malam....setelah dua malam bermalam di rumah sewa sendiri...Ada siapa dapat tolong saya?

Pernah tak anda berada di dua persimpangan???
Kepentingan diri sendiri terpaksa kita korbankan kerana untuk menolong kawan?
Saya percaya, ramai antara kita pernah menghadapi situasi yang sama....almaklumlah kita hidup dalam masyarakat...kawan-kawan adalah dunia kita. Tidak berkawan sepi pula rasa. Betul tak? Kes ni dikecualikan bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga kerana dunia bg mereka yang sudah berumah tangga dan yang bujang lain. Jadi ini untuk mereka yang masih bujang, kawan-kawan memang penting bagi kita. Tidak kira di rumah (bg yg tinggal di rumah sewa), kawan sepejabat, kawan sekuliah...dan pelbagai lagi.

Adakalanya kita terpaksa korbankan kepentingan kita untuk menolong kawan.
Pernah ingat kata emak...bantu mereka yang susah....kerana kita tak selalu berada di atas, dan kita juga adakalanya berada di bawah.

Pernah juga sy 'terkena' kerana terlalu baik dengan kawan...
Emak juga berkata...jangan terlalu baik dengan kawan. Ada di antara mereka suka mengambil kesempatan dari kita.

Saya terfikir, baik sangat dengan kawan pun salah....tak baik pun salah. Jadi apa perlu kita lakukan??
Salahkah apa yang emak saya katakan? Saya tak rasa ianya salah...dan setuju juga dengan apa yang emak katakan. Cuma, sebagai ingatan bersama...nak cari kawan yg sanggup bersusah sewaktu kita susah memang susah. Dan nak cari kawan ketawa di waktu kita senang memang senang. So, pepandaila kita memilih kawan...kawan yang baik itu umpama mencari mutiara di dasar lautan. Betapa sukar untuk mencari mutiara....begitulah sukarnya untuk mencari kawan yang baik kini.

Alhamdulillah saya mempunyai beberapa orang sahabat yang baik...
Dan semoga persahabatan kami ini berkekalan ke akhir hayat....ameen!!!


Note : mempunyai kawan dan sahabat yang baik juga adalah nikmat tidak ternilai yang Allah berikan...Alhamdulillah!!

0 comments: