Thursday, January 04, 2007

alkisah...kanda dinda..



Semalam boring sangat...selepas telefon mak ayah di KD, teringin nak telefon seseorang..dah lama tak dengar khabar dia.

Dah lama kami kenal..sejak sekolah..since F4 lagi, masa sekolah kat Penang. Masa kat sekolah tu saya rapat dengan kakak-kakak. Salah seorang tu kanda saya...kak Nita. Lama betul tak jumpa. Rasanya sejak tinggalkan sekolah...seingat saya, masa kak nita lepas SPM saya pernah juga pergi rumah kak nita, bermalam di sana...kenal-kenalan bersama keluarga. Itupun masa saya di F5, kalau tak silap pada thn 1998. Itu kali terakhir kami jumpa. Selepas tu, saya berhubung dengan kanda hanya melalui email, surat dan telefon. Walaupun masa tu kanda nita belajar di sabah. Saya masih simpan mutiara hitam tu, dan dah dijadikan cincin pun.hehehehe

Saya tak ingat bermula memanggil kak nita kanda...dan bahasakan diri saya sebagai dinda. Tapi yang pasti memang dah lama kami membahasakan diri dengan panggilan itu.

Kini, kanda nita bertugas di KPTM ipoh...ingat boleh la jugak berjumpa sebab ayah dah duduk KD. Bukan jauh pun KD ke ipoh...tapi sehingga kini tiada rezeki untuk berjumpa. Dan semalam, sewaktu saya telefon kanda nita dia memberitahu pertengahan Jan ni, dia akan ke Melaka..KPLI.

Dan kami dah sepakat juga untuk berjumpa...tetapkan satu tarikh untuk berjumpa...kanda dinda.Perjumpaan kanda dinda..

----------------------------------------------------------------------------------
Hmm...maaf kerana hanya bicarakan tentang saya dan kanda saya...tapi, itulah hakikatnya kini..setelah meninggalkan zaman persekolahan dan zaman universiti. Bukan kanda nita seorang sahaja yang dah lama tak jumpa...malah ramai lagi.Bahkan kami rapat. Antaranya; kak wan, shaz, Firdaus, Roharlina, Imah, Zarina, alang, angah, ayong, acik, ayang, ucu, uda, andak, tam, ateh, yaya, ainul, mazlinda, wawa, firuz, dan ramai lagi. Maaf kalau ada yang tak tersebut nama...

Alhamdulillah kini, ada pelbagai wasilah untuk mengeratkan silaturrahim...antaranya email, sms,friendster, ringo, blog, etc. Sekurang-kurangnya tak jumpa tapi kerap berhubung. Sebagai contoh saya dan puan ainul..kami berhubung setiap minggu melalui email...tapi dah setahun lebih tak jumpa. Dan saya tak pernah missed degan cerita terhangat di pasaran hehehehe


Note : tak sabar nak jumpa Andriana Sofea :)...gambar kanda takde rupanya..sori..

0 comments: