Wednesday, January 31, 2007

Manusia dan Dengki!

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah di atas segalanya.

Alhamdulillah..saya sudah mampu tidur seperti biasa..alhamdulillah. Saya diuji kerana Allah menyayangi saya. Yup, saya selalu tekankan kepada diri dan hati supaya sentiasa bersangka baik dengan ALlah...sebab insyaAllah Allah akan jadikan seperti yang kita sangkakan.

Hmm...kita sekarang sudah berada di zaman millenium...dan sudah pun melangkah ke tahun 2007. Tetapi, masih ramai lagi manusia yang dengki mendengki antara satu sama lain. Kenapa?

Pengalaman saya sendiri...rasa nak menangis pun ada. Punyala jaga barang kita, tetiba ada je orang lain mengambil kesempatan. Memang dunia ni tak adil....sepatutnya kita tak kacau barang orang...orang pun macam tu. Itu secara adatnya. Tapi, sebaliknya pula berlaku.



Note: Pesan nyah, sebelum tidur...pagar diri dan barang(harta) kita dengan ayat Qursi.

Tuesday, January 30, 2007

Nasyeed - Teman Sejati

Teman Sejati
Album : Teman Sejati
Munsyid : Brothers

Selama ini kumencari - cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini pada-Mu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah kutemui

Dengannya disisi
Perjuangan ini
Tenang di harungi
Bertambah murni kasih Illahi

Kepada Mu Alloh
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita

Kepada Mu Teman
Kupohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian

Telah kuungkapkan segala - galanya

Kepada Mu Alloh
Kupohon restu-Mu
Agar kita kekal bersatu

Kepada Mu Teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan esetiaan

Telah kuungkapkan segala - galanya

Itulah tandanya
Kejujuran kita
a.. a.. a.....
Kumencari - cari teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci
o.. o... a.. a....

EMEL PILIHAN MINGGU INI-IKLAN DIGI

Plagiat dari PPIM

dg.bmp

Assalamua'laikum, Saya ada menerima email yang menyatakan lagu tema syarikat telekomunikasi Digi menggunakan lagu yang disadur daripada lagu gereja. Diharap pihak berwajib/berkuasa sila siasat dan ambil tindakkan!! Berikut petikan email yang saya perolehi tempoh hari....... "ASSALAMUALAIKUM... .adakah anda di luar sana peka, bahawa salah satu iklan yg rasa2 lucu kat dlm TV skarang (org pakai sut kuning mcm bodoh) menggunakan lagu GEREJA dalam iklan tersebut... . Iklan tersebut telah mempengaruhi masyarakat kita dengan menyanyikan lagu tersebut secara tidak sedar kerana cuba mengikut rentak lagu GEREJA tersebut... dipetik " KU KAN MENGIKUT MU, KEMANA SAJA KAU PERGI" or dlm bahasa INGGERIS "I'm gonna follow him" "HIM" merujuk kepada ISA @ JESUS... . Hal ini sedikit sebanyak telah memesongkan akidah umat ISlam secara halus melalui pengaruh Iklan dan lagu tersebut.. Ramai yang tidak sedar akan hal ini dan mengatakan iklan tersebut best atau pun lucu... tapi sebenarnya itulah stategi org kafir utk menghancurkan agama ISLAM... semoga kita sedar dan dpt menghindari hal ini secara lebih tegas!!! SALAM... . "

Monday, January 29, 2007

Ke-3





Alhamdulillah..semalam saya ke klinik lagi, kali ke-3 pergi klinik dalam tempoh 2 minggu..hebat tak? Kalau diikutkan hati memang nak g sangat..tp diikutkan poket...memang tak mampu nak g hehehe dan alhamdulillah ada yang sudi menghulur sumbangan hehehe Alhamdulillah sesangat..

Hmm...dan alhamdulillah dah beransur sihat...tekak dah ok...bukan tak sanggup degan dugaan yang Allah beri..cuma, nikmat kesakitan yang diberikan itu benar-benar menguji diri ini. Ditambah dengan dugaan tak dapat tidur....dan alhamdulillah semalam tidur dibuai lena. Alhamdulillah...

Terima kasih kepada insan-insan yang ambil berat...
  1. mak ayah yang tak jemu-jemu telefon dan sms bertanya khabar dan siap beri warning, kalau tak sihat juga disuruhnya saya pulang ke KD untuk berubat...atas alasan tak tau jaga kesihatan di sini. hehehehehe
  2. dia yang selalu bertanya khabar dan mengambil berat.
  3. adik beradik (yong -lope, nyahli, cik nur dan semua la) yang selalu ambik berat.
  4. kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang mengambil berat.
Terima kasih kerana doakan kesihatan diri ini..
Terima kasih ya Allah...terima kasih di atas segalanya..




Note : redha...yakin ada hikmah semuanya.

10 Muharram!

Dari Ibnu Abbas "Rasulullah berpuasa pada hari asyura dan menyuruh berpuasa padanya."

Mutafaq dari Abi Qatadah Rasulullah ditanya tentang puasa asyura. Berkata baginda "Ia menghapuskan dosa yang lalu (muslim)."




Note : Thanks Doc Nur! ;)

Friday, January 26, 2007

I can’t sleep at night. Should I take a pill?

Q: I have bouts of insomnia and occasionally I need a sleep aid. I’ve seen ads for several and it’s quite confusing. What are the differences?

A: You’re in good company: an estimated 40 percent of us are sleep deprived.

For most of us, a good night’s sleep means eight hours, though some do well with six and others need as many as ten. In order to feel refreshed when you wake, you need to have the right kind of sleep: REM (rapid eye movement) sleep — or dream sleep — and non-REM sleep, which actually consists of four different stages. But you don’t need to get a PhD in sleep physiology just to get a good night’s sleep!

Common sleep-depriving culprits include:
  • Caffeine (which has a half life of 7.5 hours, meaning even your afternoon coffee can disrupt your sleep at night)
  • Alcohol (a glass of wine with dinner may cause drowsiness in the short-term, but can later cause nighttime wakefulness)
  • Cigarettes (which act as a stimulant)
  • Sleep apnea, a condition in which repeated pauses in breathing are followed by gasps and often snoring. (In fact, one in four women over 65 are awakening whether they know it or not because of a disruption of oxygen and carbon dioxide levels in the brain.)
  • Restless leg syndrome, in which your legs tickle, ache and jerk while sleeping
  • Diseases (arthritis, lung disease and anything causing pain)
  • Medications (asthma medications containing stimulants, some anti-depression medications, drugs that treat attention deficit disorder)
  • Hot flashes in menopausal women.
If you think any of these conditions apply to you, discuss them with doctor.

Before I discuss sleeping pills, let’s first consider some non-medication ways to improve sleep:

  • Try getting more exercise. Brisk walking and low-impact aerobics have been shown to help adults over 50 sleep longer and fall asleep faster. (Just don’t exercise directly before bedtime.)
  • Keep a regular schedule. Try to sleep and wake at pretty much the same time every day.
  • You should also make sure your bedroom is as dark as possible; light affects melatonin secretion, which directs your brain when to sleep. In addition, use your bed for only two things: sleep and sex. Go elsewhere to read and relax; this will help you in associating beds with sleep.
  • When you get into bed, try to create a quiet, secure sleep environment where your bedroom and bed are not places to obsess over daytime issues. Focus instead on whatever calms you, be it ocean waves, black velvet, green forests or sleeping lambs.
Now let’s get to sleeping pills, which fall into two categories — short-acting and long-acting — and work on different receptors in the brain.

Short-acting sleeping pills
Short-acting medications include Sonata (zaleplon), Ambien (zolpidem) and Lunesta (eszopiclone). These don’t suppress deep sleep or REM sleep and so have minimal effects on next-day activities and seem not to be addictive.

There are some reports of withdrawal symptoms from Ambien, such as anxiety, tremors, agitation and rebound insomnia. However, if you do a meta-analysis (in other words, look at a bunch of studies), most of these side effects were minimal or absent except for some mild rebound insomnia.

When I prescribe a sleeping pill, I try to assess whether the patient has a problem falling asleep or instead falls asleep easily but awakes before she should and loses the last few hours of her night’s sleep. If she just needs to “catch” those two or three hours, I’ll prescribe the shortest acting pill, Sonata. It peaks in blood levels after one hour and its half life (when half of its active component is out of circulation) is an hour. Next up in duration of effect is Ambien, which peaks in 1.6 hours and has a half life of 2.6 hours. According to studies given to the FDA, the longest acting “short-acting” pill is Lunesta, which peaks in one hour and has a half life of six hours.

Kawan?


Alhamdulillah...segala puji dan syukur kepada Allah..di atas segalanya.
Hari ni hari kedua di dalam minggu ni saya mengantuk di pejabat. Sebelum ni, dalam seminggu lebih berulang dari Subang..satu jam waktu pergi kerja dan satu jam waktu balik tiada pula rasa penat dan mengantuk macam sekarang ni. Tapi, kini...menjadi tanda tanya juga kenapa saya tidak lena tidur di waktu malam....setelah dua malam bermalam di rumah sewa sendiri...Ada siapa dapat tolong saya?

Pernah tak anda berada di dua persimpangan???
Kepentingan diri sendiri terpaksa kita korbankan kerana untuk menolong kawan?
Saya percaya, ramai antara kita pernah menghadapi situasi yang sama....almaklumlah kita hidup dalam masyarakat...kawan-kawan adalah dunia kita. Tidak berkawan sepi pula rasa. Betul tak? Kes ni dikecualikan bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga kerana dunia bg mereka yang sudah berumah tangga dan yang bujang lain. Jadi ini untuk mereka yang masih bujang, kawan-kawan memang penting bagi kita. Tidak kira di rumah (bg yg tinggal di rumah sewa), kawan sepejabat, kawan sekuliah...dan pelbagai lagi.

Adakalanya kita terpaksa korbankan kepentingan kita untuk menolong kawan.
Pernah ingat kata emak...bantu mereka yang susah....kerana kita tak selalu berada di atas, dan kita juga adakalanya berada di bawah.

Pernah juga sy 'terkena' kerana terlalu baik dengan kawan...
Emak juga berkata...jangan terlalu baik dengan kawan. Ada di antara mereka suka mengambil kesempatan dari kita.

Saya terfikir, baik sangat dengan kawan pun salah....tak baik pun salah. Jadi apa perlu kita lakukan??
Salahkah apa yang emak saya katakan? Saya tak rasa ianya salah...dan setuju juga dengan apa yang emak katakan. Cuma, sebagai ingatan bersama...nak cari kawan yg sanggup bersusah sewaktu kita susah memang susah. Dan nak cari kawan ketawa di waktu kita senang memang senang. So, pepandaila kita memilih kawan...kawan yang baik itu umpama mencari mutiara di dasar lautan. Betapa sukar untuk mencari mutiara....begitulah sukarnya untuk mencari kawan yang baik kini.

Alhamdulillah saya mempunyai beberapa orang sahabat yang baik...
Dan semoga persahabatan kami ini berkekalan ke akhir hayat....ameen!!!


Note : mempunyai kawan dan sahabat yang baik juga adalah nikmat tidak ternilai yang Allah berikan...Alhamdulillah!!

Thursday, January 25, 2007

di satu malam....

Mmmm....Sebenarnya dah seminggu lebih tak balik rumah sewa...ops, tak tido kat rumah sewa...yela sebab duk berulang dari subang je tiap2 hari. So, semalam adalah mlm pertama kat sg besi selepas beberapa ketika...dan nak jadi cerita mengantuk toksah nak cakap la....sebab pkl 10 dah masuk bilik dan baring. Pastu layan sms sat..sms dgn dia dan cik nur...lama gak...

Pusing kanan..pusing kiri..mcm gaya dah smua...tak leh gak tido...
tak tau nak buat mcm mana....nak kata memikir...mcm tak pun....biasa je...apasal ek?

Masuk ofis pagi tadi segar lagi, pastu diarahkan ke Setiawangsa dgn zahid..pkl 10 dah kena ada kat sana. Bertolak dalam 9 lebih. Sampai2...tunggu Guru Besar, GPK1, sampai ngantuk2 gak la..menguap entah berpuluh kali gak kat situ.

Yang geram dan sakit hatinya...punyala kitorang dtg awal...tapi terpaku je kat situ...duk kat bilik gerakan tu...dua jam lebih duk situ...tp nak demo pukul 12 lebih. Rasa nak ngamuk pun ada...kalau kat ofis best gak...leh la duk rileks, taip blog ke..surfing ke...hehehe ni kat sekolah tu nak buat apa..duk je la..hehehe

Tapi bila dah start present best la plak...dengan suara sengau2 tu hehehe tapi bercakap bila perlu je, membantu bila ditnayakan soalan.

Tak sabar rasanya nak tunggu malam...nak tido...tp tak taula boleh tido ke tak? Tidur ni satu nikmat jugakkan? Pernah masa belajar dulu, ada seorang sahabat ni...dia lelaki, selalu tgk mata dia macam lebam2 je g kelas. Rupanya dia dah banyak malam tak dapat tido...kesian kat dia kan? Tula, jgn persiakan nikmat yg Allah beri walau kekadang kita nampak macam remeh je...tp, ianya adalah nikmat yg tak terhitung dari Allah.



Note : Nikmat sihat..nikmat lapang..nikmat melihat...etc........sesamala kita bersyukur!!

Wednesday, January 24, 2007

PJJ??


Sape tau maksud PJJ?

1. Pendidikan Jarak Jauh.
2. Persahabatan Jarak Jauh.
3. Perkenalan Jarak Jauh.
4. Perkahwinan Jarak Jauh????

Sanggup ke????

Cerpen-DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR


Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.
"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."

Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.
"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.
"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.
"Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."

Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?
" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat,"
kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.
"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.
Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.
"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "
"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."


Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.
"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.
"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.
"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.
Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :


"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.
"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."

"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".
Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan," terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.
"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...."
Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",


"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?"
tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki,"
kata pelayan itu dengan sopan.
Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.
" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, "
ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja
"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"
tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati.
Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ...malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya ."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.�
�Oh...!� keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi ."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.
Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran.
"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....,"
kata pelayan itu lagi.
"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.
"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!�

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....."
"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.�

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu:
MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI , MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.
Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.
Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA' . kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti...
FIRDAUSI MELAMBAIMU , DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA , KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI �.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.
Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji,"


"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.


Kemudian getaran suara bergema

.... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.

Inilah getaran hatiku memburu cinta.......

stanza hati merindu Ilahi!"

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..."
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.
"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."

"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."

" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."

"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.
Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.
Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.
"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"
Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya..."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"

demam..

Alhamdulillah..best rasanya dapat post kat blog. Yup. dah takde error..rupanya blog ni dalam proses nak upgrade tu pasal la asyik error je. Dan pagi ni dah update ke new blogger...alhamdulillah dah boleh post!!

Sebetulnya, hari ni baru nak balik rumah sewa...pagi tadi singgah sat antar beg2..rindu gak kat rumah sewa tu. Nothing change but....jalan nak masuk tu ada renovation..so, maybe kena masuk ikut jalan blok 4 tu. Takpela..apa-apa jela!

Cerita pasal demam....selesema dan batuk..ni dah hampir dua minggu juga, dah g dua buah klinik kat subang tu...tak tau la pasal apa tak sihat2 gak. Suara pun dah semakin 'merdu'....tak berupaya nak cakap sangat dan kalau boleh dielakkan. Semalam, sengaja mc...sebab nak rehat kat rumah. Ditambah dengan takde kerja sangat kat ofis...bos2 pun g Desaru. Tinggal zahid sensorang kat ofis hehehe padan muka dia...takde la, sebenarnya nak gak g...tp, sebab nak cuba rehatkan diri..so rehat la keputusannya. Petang, basuh kete dengan 2 askar...sampaikan diorang pun turun terbasuh hehehe

Hmm...dugaan betul tak sihat ni...
Tanda Allah sayang la tu...

Friday, January 19, 2007

test

test post

Error

Tak tau kenapa tak leh nak post.....


any idea??

Thursday, January 18, 2007

Dugaan..


Alhamdulillah masih dipanjangkan usia oleh Allah untuk meneruskan kehidupan ni...
ALhamdulillah masih sempat dan mampu menunaikan ibadah kepadaNya..


Ahad, pergi SA lepas asar.bawa zikril ke Klinik Zaini..teringin sgt dia nak jumpa Dr Zaini. Dan sebetulnya Dr Zaini tak bertugas petang tu...so, jumpa Dr Farah. Lepas tu g Tesco SA yong nak beli barang. Sampai rumah dah hampir Isyak jugakla. Hari ni pun dah rasa macam tak sihat sangat, dah bersin-bersin..sakit tekak..tu semua simptom tak sihat la tu hehehe

Hari selasa dapat berita yang mengejutkan....nampaknya selepas ni Kuala Terengganu menjadi tempat pilihan utama la gamaknya hehehe Takpela, insyaAllah semua ada hikmah yang hanya Allah je yang tahu. Yakin? Yup...saya yakin!!! Sentiasa mendoakan semoga semua berjalan lancar dan perancangan menepati perancangan Allah..ameen ya rabb!!

Dan, semalam tak masuk office sebab g install system kat IBTech, sampai pkl 4 jugak la. Pastu g Klinik An Nisa' kat Subang..g bawa yong sekali, yela sebab dah semalam tak masuk ofis..terus balik. Doktor nak bg mc...tp, rasa macam nak kena dtg arini ke ofis....dan memang betul, menimbun keje kat ofis...nak tak nak ada sound effect la kat ofis ni..hehehehe bunyi batuk kedengaran. dan suara pun dah makin 'merdu'!! Tak caya?? kenala tanya siapa yg tahu hehehehe


Note : aku, dia...dan KT :)

Tuesday, January 16, 2007

Training..

Ada training seharian hari ni...

Monday, January 15, 2007

Apabila Rosyam Noor 'dibelasah Ustaz zawawi....

Minggu lepas, aku ade menonton rancangan tu..kebetulan takde rancangan yg best, bila bukak je channel tv1, aku ternampak ustaz zawawi (bekas pensyarah aku) jadi ahli panel...termasuk fauziah nawi & nazrey raihan...terus aku terlekat...tajuknya Hiburan...Jalan ke....? spt biasa, di hoskan oleh rosyam nor

Memang bagus diskusi tu..ustaz zawawi citer, hiburan sememangnya halal malah akan menjadi wajib kpd sesorg jika dia tidak boleh hidup tanpa hiburan...contohnya , si mamat ni mesti dengar lagu untuk menceriakan hidup dia, kalau tak dengar lagu, dia tak bleh nak survive...tambahan pulak, memang dah naluri manusia, perlukan hiburan. Jadi Islam tak melarang untuk kita berhibur

Tapi, hiburan tu mestilah tidak bertentangan dgn syariah..contohnya, tiada pergaulan bebas..tidak melalaikan..Soalan rosyam nor kpd fauziah nawawi nyata menjerat mereka berdua...rosyam tanye, bagaimana pulak kalau rosyam jadi anak, fauziah jadi ibu..sudah tentu ade pelukan @ bersentuhan, semata-mata nak hidupkan lakonan tu..
fauziah pulak jawab, memang nak tak nak..kenalah ade sentuhan sbg seorg ibu
& anak...beliau hanya melakonkan shj tapi niat beliau baik...nak tunjukkan
kpd umum tentang pentingnya kasih sayang seorg ibu kpd anaknya...

Then, ustaz zawawi balas balik...niat tidak menghalalkan cara...walau sebaik mane niat kita itu, tapi caranya bertentangan dgn syariah, maka akan jadi haram ler...walaupun sekadar lakonan..tapi kedua-dua pelakon tersebut bukanlah muhram, yakni halal berkahwin... maka mereka sememangnya tidak boleh sedemikian.
Byk cara lagi yg boleh dilakonkan untuk menunjukkan kasih sayang antara ibu & anak...di Iran, filem mengisahkan kasih sayang keluarga tidak menunjukkan sebarang sentuhan antara pelakon berlainan jantina, tapi mampu menjadi filem yg berjaya & merangkul anugerah.

kedua, ustaz zawawi cakap, berlakon @ menyanyi diwajibkan menutup aurat...jika mendedahkan aurat, maka akan jadi haram lah hiburan tu...

ketiga, rezeki yg diperolehi hasil hiburan yang tidak mengikut syariah adalah haram...maka melentinglah sekajap si fauziah nawi tu...dia kata, hasil rezekinya selama ini telah disalurkan untuk menyara keluarga dia, tanggung kos belajar adik dia di oversea, buat kebajikan dsb....Ustaz zawawi balas, yg dipersoalkan adalah sumber rezeki tu melalui cara ape, bukannya dia belanjakan kearah mane...jika rezeki itu hasil lakonan yg ade sentuhan laki & pompuan yg bukan muhram, buka aurat dsbnya...maka akan jadi haram ler...

kemudian, fauziah nawi melenting lagi, ini bermakna dia dah tak boleh berlakon lagi lah...sebab dah jadi haram..mcm mane dia nak sara keluarga dia sedangkan punca pendapatan dia adalah hasil daripada hiburan...lagipun dia hanya menggunakan bakat yg dikurniakan oleh Allah utk berlakon...bukan semua org ade bakat utk berlakon...

maka jawab ustaz zawawi...beliau masih boleh berlakon...spt mane ustaz zawawi sebut sbl ni, ade hiburan yg halal..maka carilah hiburan yg halal tu...

Sebut ustaz zawawi lagi...kita perlukan perubahan minda dikalangan semua penggiat seni...baik dari pihak penerbit, penulis lirik, penulis skrip, pelakon, penyanyi, penganjur dsb...mestilah mencari jalan bagaimana untuk menghasilkan hiburan yang halal & diberkati oleh-Nya...memang ade caranya...kenalah berusaha..

Itulah serba sedikit rumusan drp forum tersebut...ape2 hal pun, aku ucapkan

tahniah buat ustaz zawawi & nazrey raihan kerana mempertahankan haram tetap

haram...halal tetap halal...

Maka ape lagi wahai artis-artis malaysia? Sudah terang lagi bersuluh...carilah hiburan yg halal...tinggallah hiburan yg haram...kerana rezeki yg diperoleh itu sudah pasti akan disoal tentang halal haramnya... Bukan ke malaysiaskrg ni diisytihar negara islam hadhari? jadi carilah jalan bagaimana nak jadi artis islam hadhari...bukannya had-hari...hanya islam masa bulan puase shj...bulan yg lain..????
Mencari yang halal itu fardhu......jangan berputus asa dengan rahmat Allah kerana rahmat tuhan itu terlalu luas...Allah berfirman .."berdoalah .nescaya Aku akan makbulkan".....


Note : I got from email..thanks to sender!

S-S-S-S

Salam..

Dari Subang- Seri Kembangan - Subang - Seri Kembangan hehehehe
Gitula gamaknya selama seminggu...

Hari in saya rasa mengantuk, mungkin kerana penangan ubat selesema yang di makan waktu sarapan di rumah yong tadi. Pagi tadi bertolak pukul 7 am dari subang, sampai lewat juga ke ofis sebab ada aral di pertengahan jalan. Singgah rumah dan jumpa imah di LRT. Tak sangka betul, boleh hampir sejam di jalan. Alhamdulillah ada ikim.fm sebagai peneman.

Semalam, pergi tesco SA dan bawa zikri ke klinik. Keluar lepas Asar, dan sampai rumah before Isyak. Penat jugak, ditambah dengan simptom2 selesema yang mula menular di diri ni.
Sabtu, balik rumah ambik charger SE..pastu bawa yong dan budak2 dua orang tu g pasar malam. Kemudian, singgah Kg Bandar Dalam...ziarah nyahli.

Hmm...rasa macam malas nak balik Sg Besi.
Tapi, yang pasti macam duk kat subang sampai Isnin depan...


Note : :)

Thursday, January 11, 2007

internet slow..

bermula la kisah...
internet slow semalam..dan hari ni..tak leh nak post kat blog.
Tu pasal tak update..

Tuesday, January 09, 2007

Mari kita berpantun..

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan..

Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang,
Dua tiga boleh kucari,
Manakan sama yang telah hilang..

Buah cempedak di luar pagar,
Ammbil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan..

Pen merah, pen biru..
U marah...I hate u..

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah boleh kita jumpa lagi..

pat pat siku lipat..
siapa cepat dia dapat...

kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati..



Hmm...sekali sekala berpantun best juga. dapat mengasah minda untuk mereka pantun..pernah beberapa kali menjual dan membeli pantun bersama Cik Ira dan Cik Murni. Dapat jugak usik-mengusik dan mengeratkan kemesraan. Tak percaya? cuba buat dulu :)


Note : always think of something....and keep thinking...am I do the righ thing?

Monday, January 08, 2007

Sms..tricky!

Alhamdulillah...sedar tak sedar kita sudah memasuki minggu kedua untuk tahun 2007. Cepat sungguh masa berlalu.

Hujung minggu berlalu dengan jayanya :D
Di penuhi dengan aktiviti yang sememangnya berfaedah..seperti menuntut ilmu dan program eratkan ukhwah. Saya tak nak ceritakan secara terperinci, cuma nak kongsi bersama apa yang saya rasa semalam.

Saya tak ingat pukul berapa, tetapi waktu itu saya sedang melakukan beberapa kerja dalam satu masa, seperti membuat kerja di komputer peribadi dan mengintai2 cerita kartun di televisyen. Tetiba telefon kesayangan saya berbunyi menandakan dapat mesej/sms. Dengan hati berdebar-debar saya membuka sms dan membaca

'Salam, awak dah bangun ke? saya bosan ni. Jom kita jalan-jalan'


Saya pun membalas sms berkenaan dan membuat temujanji dengan isnsan yang berkenaan.

Selang beberapa minit..sms lain pula masuk...berbunyi..

'Call plz.....ada berita buruk nak bgtau...'


Dengan sepantas kilat saya menelefon insan yang berkaitan...dengan perasaan cemas. Di kepala saya berfikir, dan terfikir..apa berita buruk yang dihadapi oleh sahabat saya. Sambil di dalam hati berdoa semoga tiada apa-apa yang berlaku. Telefon diangkat dan sahabat saya berkata sambil ketawa...'awak tak baca sms tu sampai habis ke?'. Saya terdiam...dan kami mematikan perbualan.

'Call plz.....ada berita buruk nak bgtau....
Tahniah kerana anda telah berjaya dalam rancangan wakenabeb..apalagi, send la sms tu kepada kawan-kawan. Mari kita lihat berapa ramai yang tak baca sms sampai habis hahahaha'


Rasa nak menjerit baca sms tu sampai habis....dan saya benar-benar tak sangka sms tu berjaya menipu saya. Dengan perasaan geram yang masih ada saya menghantar sms tu kepada dua insan terpilih...cik nur dan yong. Dengan sepantas kilat yong menelefon saya...nak tergelak pun ada...dan suaranya cemas bertanya. Rasa berdosa pula mengenakan kakak sendiri hehehehe cepat-cepat saya minta maaf dan meminta yong membaca sampai habis.

Sebelum ni saya pernah juga menerima sms berbentuk tricky, tapi alhamdulillah tak terkena. Tetapi mungkin kali ini saya terkena kerana kebetulan sahabat yang menghantar sms itu kebetulannya memang ada masalah..sewaktu kami ber'sms' hari sabtu. Dan apabila hari ahad dia menghantar sms berbunyi sebegitu saya terus menyangka ianya benar.

Ingatan bersama..jangan mudah percaya dengan apa yang anda baca. Selidiki dahulu kebenarannya sebelum kita mengambil langkah-langkah yang perlu seperti menyebarkan kepada orang lain, menelefon (dalam kes saya tadi), atau sebagainya.

Cuma, secara jujurnya saya jarang menghantar sms berbentuk mengenakan orang lain...kerana bg saya, saya dapat rasakan perasaan orang yang terkena kerana saya juga pernah terkena. Dan sebagai ingatan bersama...kurangkan bergurau perkara-perkara yang tidak benar kerana dirisaukan sekiranya ianya benar-benar berlaku takut-takut tiada siapa pula yang percayakan kita. Ingat lagi kisah gembala kambing dengan serigala? Ceritanya ada pengajaran bersama... :)


Note : thanks for the sender...dan cerita di atas ada ditambah-tambah untuk menyedapkan pembacaan dan penceritaan..hehehe

Friday, January 05, 2007

Leave the rest to Allah...!!!

Alhamdulillah.....betapa Allah Maha Mendengar...betapa Allah Maha Pengasih..dan betapa Allah Maha Penyayang!!

Sungguh..Allah itu bersama kita. Yakinlah...pengalaman saya sendiri...sehingga saya merasakan Allah terlalu dekat dengan saya. Alasannya...apa yang saya minta dikabulkan dalam masa yang singkat.

Contoh 1: (kisah benar diceritakan semula)
Esok merupakan tarikh untuk saya present kepada big boss perkembangan hasil kerja saya. Mengikut secara dasarnya kerja itu perlu siap 70%. Tetapi atas kesilapan teknikal, ada lagi 10% tak saya siapkan. Siapa tak takut mengadap bos. Pada waktu solat fardhu magrib, isyak dan subuh (hari kena present) saya berdoa sungguh2 pada Allah semoga saya tak kena present hari tu, biarlah ianya ditangguhkan pada satu tarikh lain. Alhamdulillah esoknya di pejabat, memang benar....Allah makbulkan doa saya.

Contoh 2: (kisah benar diceritakan semula)
Pernah terjadi, ada belaku sedikit salah faham antara saya dan emak. Walaupun bukan berpunca dari saya. Tapi oleh kerana ianya ada kaitan dengan saya secara tak langsung ia membabitkan saya juga. Saya takut seandainya berterus terang dengan emak akan menaikkan lagi kemarahannya. Tidak putus2 saya berdoa padaNya..semoga dilembutkan hati emak saya. Dan semoga semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah....benar sekali...Allah Maha Mendengar semuanya berlalu seperti yang saya kehendaki. Emak tidak marah kepada saya, malah hubungan kami bertambah baik dan erat. Alhamdulillah.

Saya yakin kita semua pernah melalui situasi seperti saya. Situasi di mana pergantungan kita hanya kepada Allah. Bulat kepada Allah. Hanya Allah sahaja yang mampu membantu kita di kala itu. Mungkin sewaktu belajar ketika di dalam peperiksaan, di dalam bidang kerja, atau dalam tugas-tugas rutin harian kita. Ada ketikanya kita hanya mengharapkan Allah...Allah sahaja dapat membantu kita. Tidak kah kita terasa Allah dekat dengan kita??

Kita selalu berdoa semoga Allah memberikan yang terbaik kepada kita. Dan adakalanya kita lupa bahawa perkara yang terjadi itu sebenarnya adalah yang terbaik buat kita ketika itu. Cuma sebagai manusia kita selalu berfikir yang terbaik mestinya yang terindah, mestinya mengikut keinginan kita. Ia tidak semestinya berlaku sebegitu. Kerana Allah Maha Mengetahui. Mungkin ianya tak berlaku seperti kita harapkan, tetapi yakinlah Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Takkan Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung.

Kadang-kadang rasa tidak adil, apa yang diminta sentiasa mendapat perhatianNya. Cuma, kita masih selalu alpa dan leka dengan perintahNya...adil tak? Siapa yang rugi?? kita....Allah tak pernah rugi apa-apa.

Ya Allah...aku serahkan segalanya kepadaMu...bantulah aku meneruskan kehidupan ini...
Segala yang kulakukan...ku serahkan padaMu....
Kerana engkau tahu apa yg terbaik buatku...
ameen ya rabbal alameen...



Note : we never be alone....rite?

Thursday, January 04, 2007

alkisah...kanda dinda..



Semalam boring sangat...selepas telefon mak ayah di KD, teringin nak telefon seseorang..dah lama tak dengar khabar dia.

Dah lama kami kenal..sejak sekolah..since F4 lagi, masa sekolah kat Penang. Masa kat sekolah tu saya rapat dengan kakak-kakak. Salah seorang tu kanda saya...kak Nita. Lama betul tak jumpa. Rasanya sejak tinggalkan sekolah...seingat saya, masa kak nita lepas SPM saya pernah juga pergi rumah kak nita, bermalam di sana...kenal-kenalan bersama keluarga. Itupun masa saya di F5, kalau tak silap pada thn 1998. Itu kali terakhir kami jumpa. Selepas tu, saya berhubung dengan kanda hanya melalui email, surat dan telefon. Walaupun masa tu kanda nita belajar di sabah. Saya masih simpan mutiara hitam tu, dan dah dijadikan cincin pun.hehehehe

Saya tak ingat bermula memanggil kak nita kanda...dan bahasakan diri saya sebagai dinda. Tapi yang pasti memang dah lama kami membahasakan diri dengan panggilan itu.

Kini, kanda nita bertugas di KPTM ipoh...ingat boleh la jugak berjumpa sebab ayah dah duduk KD. Bukan jauh pun KD ke ipoh...tapi sehingga kini tiada rezeki untuk berjumpa. Dan semalam, sewaktu saya telefon kanda nita dia memberitahu pertengahan Jan ni, dia akan ke Melaka..KPLI.

Dan kami dah sepakat juga untuk berjumpa...tetapkan satu tarikh untuk berjumpa...kanda dinda.Perjumpaan kanda dinda..

----------------------------------------------------------------------------------
Hmm...maaf kerana hanya bicarakan tentang saya dan kanda saya...tapi, itulah hakikatnya kini..setelah meninggalkan zaman persekolahan dan zaman universiti. Bukan kanda nita seorang sahaja yang dah lama tak jumpa...malah ramai lagi.Bahkan kami rapat. Antaranya; kak wan, shaz, Firdaus, Roharlina, Imah, Zarina, alang, angah, ayong, acik, ayang, ucu, uda, andak, tam, ateh, yaya, ainul, mazlinda, wawa, firuz, dan ramai lagi. Maaf kalau ada yang tak tersebut nama...

Alhamdulillah kini, ada pelbagai wasilah untuk mengeratkan silaturrahim...antaranya email, sms,friendster, ringo, blog, etc. Sekurang-kurangnya tak jumpa tapi kerap berhubung. Sebagai contoh saya dan puan ainul..kami berhubung setiap minggu melalui email...tapi dah setahun lebih tak jumpa. Dan saya tak pernah missed degan cerita terhangat di pasaran hehehehe


Note : tak sabar nak jumpa Andriana Sofea :)...gambar kanda takde rupanya..sori..

Cerita Aidiladha..


Satu hari di hari raya...
Dua hari di hari raya..

Baru je beberapa hari lepas kita menyambut hari raya aidiladha..Tak terlewat rasanya saya mengucapkan Salam Aidiladha kepada anda semua. Thanks for those who send sms....really appreaciate!! I already replied ur sms rite? hehehe

Actually td saya dah taip pepanjang gak citer pasal raya aidiladha bebaru ni. Tapi bila nak post ada problem la plak...so, hilang semua. Rugi tak dapat baca ayat skema tadi hehehe...yela memacam gak coret...tgk2 ko. Internet agak slow jugak ari ni. Tp, okla jugak....leh surf and download installer (bos suruh td).

Hmm...kali pertama raya kat rumah sendiri. Untuk pengetahuan semua raya aidiladha bebaru ni adalah raya pertama saya dan keluarga beraya di rumah kami sendiri. Mak kata dari awal dia kawin dengan ayah jgn harap kalau nak beraya kat kg mak...for raya puasa la. Tapi sebelum ni, raya haji memang akan beraya kat n9. Tapi, semuanya berubah sejak ayah pencen (feb 2006) dan opah meninggal...raya puasa baru ni pun, dua hari sebelum raya dah balik n9. Mungkin faktor memang dah bermastautin di perak so, ayah consider permintaan mak. Cuma, ayah still tak consider permintaan kami untuk raya puasa di Perak..maksud di rumah sendiri....mungkin sebab wan dgn atok kat n9 ada lagi kot. :)

So, penuhla rumah baru ni...dengan kami adik beradik, ipar duai..dan hero2 4 orang tu..tunggang langgang la jugak rumah. Tapi, itula bestnya..melayan telatah budak2 dan menolong mak ayah. Penat toksah nak kata...tugas setiap hari bermula selepas subuh sehinggalah lewat malam. Tolong mak itu ini...dan memacam lagi la....

Hari raya plak, rumah penuh dengan tetamu sehingga kitorang adik beradik tak tau nak duk mana...apataknya, segerombolan sedara datang...penuh ruang tamu tu..huhuhu penat gak melayan.....apa yg dihidang semua habis.hehehe takpela sedara punya pasal. tapi, itu memang budaya kat perak...sedara mara tak leh malu!!!

Jumpala semua orang...mak pak sedara...cousins and anak-anak sedara la...meriah. Tp, memang best raya sebab dapat kumpul dan jumpa sedara yg lama tak jumpa..kat KL tak jumpa, tp jumpa kat KD hehehehe....


Note : korban apa ek???semua org citer pasal korban...tapi, korban tu subjektif kan???

Wednesday, January 03, 2007

Salam Tahun Baru...

Salam..

Sedar tak sedar kita pun dah melangkah ke tahun 2007..tak sangka kan? cepat sungguh masa berlalu...tahun ni usia pun dah makin meningkat...rasa segalanya macam terlalu cepat berlalu...mcm tak percaya je...umur dah lebih suku abad...(kalau kira tahun la...kalau ikut hari lahir muda lagi hehehe)

Seperti biasa semua orang mengharapkan yang lebih baik untuk dirinya...mengharapkan yg terbaik buat dirinya!! Saya pun macam tu jugak...mengharap, berdoa dan berusaha....apa yang nak diharap? apa yang nak didoa? dan apa yg nak diusahakan?? panjang tu kalau nak ditaip kat sini...tapi secara asasnya saya mengharapkan semoga dikurniakan kesihatan yang baik..dimurahkan dan diberkati rezeki..ditetapkan iman dan amal...dan sebagainya..ameen ya rabb!!

Semalam, sampai Sg Besi dah pkl 7 pm dari subang...penat kemain....

Note : :)