

Alhamdulillah pakcik saya Mohd Azmi b Hj Abd Kahar dan isteri Noraini bt Mohd Aman telah selamat tiba ke bumi Makkah pada 25 November 2006.
Malam 24 nov tu saya dan keluarga pergi menghantar pakcik ke Kelana Jaya. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar. Melihat ribuan manusia di perkarangan kompleks tabung haji tu terasa berdebar-debar hati ni. lebih rasa berdebar bila pihak tabung haji memasang 'Labbaikallah humma labbaik..labbaikala syarikalak kalabbai..innal hamda wan ni'mata la kawal mulk la syarikalah' terasa meremang bulu roma...mendengar seruan haji itu.
InsyaAllah ada rezeki teringin untuk ke sana...menunaikan fardhu haji.
Note : untuk lihat lebih gambar sila Klik