Tuesday, December 18, 2012

Renungan Bersama..

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
 

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Sebenarnya tak tahu nak taip apa...tapi sebab nak abdikan tarikh hari ni kat dalam blog. Taip jela apa-apa pun!! Semalam selangor cuti..bestnya rasa walau cuti satu hari di tengah2 hari bekerja...ya Allah bila agaknya dapat duk rumah je ni...nak kerja dari rumah...mesti best kan? Boleh jaga anak sendiri....tak payah pergi kerja....best best best...

Hmm....perancangan jangka pendek, tetap kena keje...jangka panjang...nak duk rumah!!! ;) sape nak join angkat tangan!! hehehe

Wednesday, November 28, 2012

Doakan ibu dan ayah kita!!

Tuesday, November 20, 2012

Save Palestin

♥ Sumbangan melalui SMS

Para dermawan juga boleh memberikan sumbangan melalui SMS. Hanya ikuti langkah mudah ini untuk menyumbang:

1. Taip PALESTIN <10 / 5 / 3> (10 / 5/ 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan)
2. Hantar ke 39111

Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111

Mulakan sekarang. Terima kasih atas sumbangan anda semua.

- Aman Palestin -

Thursday, June 28, 2012

Cermin...

Alhamdulillah syukur di atas segalanya...dan yang paling penting terima kasih Allah kerana mengurniakan kami nikmat nikmat iman dan islam...disamping berada dalam kesihatan yang baik!!

Ibu dan bapa merupakan cermin kepada anak-anak. Jika kita inginkan anak kita menjadi baik, maka kita perlulah menjadi contoh dan teladan yang baik buat mereka. Manakan mungkin ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Ianya sebagai ingatan buat diri saya dan kita semua.

Ok, saya nak cerita sikit..kisah Asyraf dan adiknya. Walaupun belum masuk 3 bulan, Asyraf dah mula menjadi guru kepada Hadif.

Selamat Hari Bapa..

Entry ni ditujukan khas buat ayah Asyraf dan Hadif...
Asyraf mengucapkan terima kasih kepada ayah kerana............
  • jika ayah cuti dan berkelapangan...ayah selalu sanggup untuk menjaga Asyraf sejak kecil lagi sewaktu ibu pergi kerja.
  • ayah juga selalu jaga Asyraf sewaktu ayah kerja hujung minggu jika ibu pergi kelas.
  • ayah tak pernah jemu mengajar Asyraf ilmu yang berguna...
  • ayah pun buat perkara yang sama sejak Hadif ada....

Wednesday, June 20, 2012

Perkenalkan....




Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan semua, keluarga kecil kami dah bertambah pada 1 April 2012 lepas...bayi sihat seberat 3.14kg dan berjantina lelaki itu telah diberi nama Emir Wahid Al-Hadif bin Wahiddin. Di bawah adalah gambar Hadif ketika usia 2 bulan.

Thursday, June 14, 2012

100 langkah menuju kesempurnaan iman..3

41.            Berlaku adil dalam segala urusan
42.            Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
43.            Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
44.            Hiasi rumah dengan bacaan al-Quran
45.            Perbanyak silaturrahim
46.            Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47.            Bicara secukupnya
48.            Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
49.            Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
50.            Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur

Wednesday, March 28, 2012

100 langkah menuju kesempurnaan iman..2

21.            Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22.            Perbanyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23.            Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24.            Lakukan solat fardu di awal waktu, berjemaah  di masjid
25.            Biasakan solat malam
26.            Perbanyak zikir dan doa kepada Allah
27.            Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28.            Sayangi dan santun fakir miskin
29.            Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30.            Jangan marah berlebih-lebihan

Monday, March 26, 2012

100 langkah menuju kesempurnaan iman..

 
 
1.              Bersyukur apabila mendapat nikmat
2.              Bersabar apabila mendapat kesulitan
3.              Tawakal apabila membuat perancangan
4.              Ikhlas dalam segala amal perbuatan
5.              Jangan membiarkan hati tenggelam dalam kesedihan
6.              Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
7.              Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
8.              Jangan cemburu dengan kekayaan orang
9.              Jangan hasad dan iri hati di atas kejayaan orang
10.            Jangan sombong kalau memperolehi kejayaan

Tuesday, March 20, 2012

Dengan masa yang berbaki..

Masa yang Allah kurniakan untuk setiap orang sama je...24 jam...tapi tika dan saat ini saya sedang cuba menyiapkan kerja-kerja dengan masa yang berbaki...boleh la sekarang dikatakan sudah hampir ke tiupan wisel. Harapan saya semoga ada masa tambahan...ataupun masa kecederaan!! Sebab ada dua kerja besar yang tengah saya cuba selesaikan. Permudahkanlah urusanku ini ya Allah...ameen ya rabb!!!

Tuesday, February 21, 2012

22 tahun...



Alkisah.....sebenarnya cerita ni berlaku pada 14/2/2012 lepas. Kiranya, cerita dah basi la...hehe sebenarnya post ni dah duk dlm draft lama. Cuma, baru nak taip...teringat ada kerja perlu diselesaikan. Semenjak dua menjak ni...kerja memang berlambak-lambak. Kalau nak cerita, sampai pencen pun tak habis hehe....

Friday, January 20, 2012

Perbaharui lesen...

Tak perasan rupanya...lesen dah mati 2 minggu...rupanya selama ni bawa kereta secara haram. Alhamdulillah pergi kerja pun tak sampai 10 min...pergi site pun jarak yang sama. 
Maka, setelah cuba mencari-cari masa...saya pergi ke pejabat pos berhampiran. Cadang memang nak perbaharui lesen 2 tahun terus. Hampir setengah jam tunggu giliran...tup tup no saya dah sampai.  

Monday, January 16, 2012

Perisa....

Salam..jom ikuti kisah di bawah..

Lelaki : Hai Kak Long, rokok ada?

Cashier Girl : Ada, nak rokok apa?

Lelaki : Winston merah ada tak?

Cashier Girl : Habis.

Tuesday, January 10, 2012

Selamat Hari Lahir..

10.1.2012: SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR ke-81 kepada YAB Dato Bentara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan @ ulamak yang sangat mulia dan bertaqwa. Semoga Allah arRahman akan terus melimpahkan kasih sayangnya kepada TGNA untuk terus menyayangi rakyatnya. Ameen ya rabb!!