Friday, January 20, 2012

Perbaharui lesen...

Tak perasan rupanya...lesen dah mati 2 minggu...rupanya selama ni bawa kereta secara haram. Alhamdulillah pergi kerja pun tak sampai 10 min...pergi site pun jarak yang sama. 
Maka, setelah cuba mencari-cari masa...saya pergi ke pejabat pos berhampiran. Cadang memang nak perbaharui lesen 2 tahun terus. Hampir setengah jam tunggu giliran...tup tup no saya dah sampai.  
Sebelum ni, kalau renew lesen di JPJ setahun memang RM30. Dan akan di caj RM2 jika renew di pejabat pos. Tapi, hari ni...saya kena caj RM77  berbanding sepatutnya RM62. Apasal ada lebih RM15?? Alasan pejabat pos sebab nak samakan dengan tarikh lahir kita. Logik ke?? Nak renew lesen kena pulak caj tambahan lagi RM15. Bukan sikit tau...RM15. huhu...terima kasih Kerajaan Malaysia!!!

3 comments:

sue said...

sama la... saya nya pun kena bayar 77 gak... mahal kan...... dia wat ex date tarikh lahir kita..... tp tarikh masa dalam lesen tu tak smpai pun 2 thn..... jadi 1 thn 10 bulan.... pun kena bayar lebih gakk..........

wardah said...

ooo ye ke? kalau sengaja renew masa tarikh lahir kita kena caj tak rm15 tu?

Liza @ Adzriel AB said...

ish... ngarutnya makan duit rakyat camni. caj lebih, tapi tahunnya kurang.