Ibu dan bapa merupakan cermin kepada anak-anak. Jika kita inginkan anak kita menjadi baik, maka kita perlulah menjadi contoh dan teladan yang baik buat mereka. Manakan mungkin ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Ianya sebagai ingatan buat diri saya dan kita semua.
Ok, saya nak cerita sikit..kisah Asyraf dan adiknya. Walaupun belum masuk 3 bulan, Asyraf dah mula menjadi guru kepada Hadif.
situasi 1:
Sewaktu Hadif batuk, Asyraf dengan cepat berkata 'Hadif...batuk mana?'
situasi 2 :
Ketika Hadif bersin, Asyraf pula akan berkata 'Hadif..cakap Alhamdulillah'..
situasi 3:
Ketika Hadif menguap..Asyraf cepat-cepat menutup mulut adiknya...
3 situasi ini merupakan antara contoh yang selalu saya dan suami katakan kepada Asyraf..sekiranya batuk, palingkan muka ke belakang. Tidak elok batuk di depan orang ataupun tengah makan. Sekiranya bersin, perlu mengatakan Alhamdulillah..Kenapa kita perlu katakan Alhamdulillah ketika bersin? Sebabnya ketika bersin jantung berhenti seketika. Jadi lepas bersin sebutlah Alhamdulillah sebagai tanda bersyukur jantung kita kembali berjalan.
Apabila kawan kita bersin dan dia sebut Alhamdulillah,
Kita berada disebelah menjawab Yarhamukallah.
Ketika menguap juga kita perlu menutup mulut dengan tangan. Boleh rujuk sini.
Nota: untuk minta anak jadi soleh...kita perlulah menjadi soleh dahulu...
0 comments:
Post a Comment