Wednesday, June 03, 2009

kita hanya merancang....

Salam ya salam...

Kita merancang...Allah juga merancang...namun, perancangan Allah juga Maha Hebat!! Baru bercadang nak balik KD jumaat ni, dan selepas jumaat gerak ke Penang untuk attend kenduri. Lepas kenduri ke Gerik pulak, untuk jalan-jalan..nak jumpa Yang dan keluarga. Tetapi, malam tadi...Jam dah hampir pukul 11 malam,
tetiba dapat panggilan dari mak...'mesti emergency, kalau tak mak takkan called memalam macam ni'.

Mak beritahu keadan wan (nenek saya sebelah mak) yang sudah semakin kritikal..sel kansernya dah merebak ke otak. Sekarang berada di hospital besar melaka.

Pagi tadi mak telefon, beritahu hari ni mak, ayah dan cik nur nak ke melaka...dan saya mungkin akan susuli mereka pada hari jumaat. Segala rancangan terbatal. Tiada lagi Penang atau Gerik...



Note :tolong doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kami...ameen ya rabb!!!


3 comments:

* ainul AB * said...

Semoga Wan awak sihat dan diringankan beban kesakitannya.

wardah said...

tula...sian sgt. Esok nak g ziarah.

ariffah said...

wardah, dengar kabar, Wan cannot open her eyes dah. Kitaorang mmg tak dapat nak ziarah, just call or sms everyday to get the latest news. Doakan yang terbaik utk Wan.
-ariffah@asrar's mommy-