Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Nikmat yang diberikan memang tak ternilai oleh kita. Nikmat sihat tubuh badan, nikmat melihat, mendengar, berfikir...bahkan segala-galanya. Cuba bayangkan kalau Allah menarik salah satu nikmat tu dari kita. Sebagai contoh nikmat sihat, sudah pastinya kita berasa gundah gulana walaupun cuma didatangkan demam / selesema / batuk dariNya. Semua yang nak dilakukan rasa tisak selesa. Apapun, kita kena bersyukur...salah satu cara kita bersyukur ialah dengan menunaikan solat padaNya.
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang
Berdiri tanpa roh malam siang...
Apasal la aku malas sembahyang
Kerja dah best keluarga pun dah senang
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..
Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...
Apasal la aku malas sembahyang
Main bola aku sanggup sampai petang
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la aku malas sembahyang
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....
Apasal la aku malas sembahyang
Siksa neraka cuba la aku bayang
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!
JUGA.......
Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud:
Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat, iaitu:
1. Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.
2. Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.3. Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).
4. Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.5. Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.
6. Dan... orang alim adalah asing di kalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya.Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda:
" Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan."
4 comments:
moga Allah terima solat2 kita.. takut gak kan walaupun dah buat tetapi adakah di terima?
yup..betul tu ummimishkah. takut sangat.
sbb tu kita kene selalu solat berjemaah. klu ade yang kurang, x kusyuk ke.. akan di topup oleh jemaah lain. insyaAllah akan diterima Allah.
paling tidak pon, solatlah diawal waktu.
ni bukan pantun...hehe,pape pn msjnya sempoi
Post a Comment