Thursday, June 18, 2009

Memekarkan hobi lama...

Salam ya salam...

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah di atas segalanya...hari ni rasa macam nak cerita pulak..

Sebenarnya, saya ni suka sangat memelihara ikan...sejak kecil lagi ayah dgn mak memang selalu la menuruti kehendak anak dia ni. Sebut je nak ikan apa, mesti mak beli. Sampai pernah masa sek rendah dulu...hadiah hari lahir saya mintak mak ayah belikan ikan kelisa, nak tak nak diorang belikan jugak...masa tu duduk kat Pahang. Ingat lagi beli kat kedai ikan kat Jerantut. Punyala mahal anak ikan kelisa tu, lebih kurang jari Asyraf  je pun, harga masa tu dlm RM20. Mahal tu! Dahla takde ilmu, beli hari ni esok ikan tu mati. Lastly, mak ayah cakap 'kamu tenung la ikan mahal tu, kalau beli ikan lain mesti murah'. huhuhuhu kena marah.

Kelakar pun ada bila ingat balik...tapi lepas tu mak ayah belikan lagi ikan kelisa. Silver Arowana. Dari anak sampai membesar hampir 30cm. Tp, sekarang ikan tu dah mati...tak taula kenapa.

Ok, cerita pasal hobi ni..memang banyak la jenis ikan yang saya dah pernah pelihara antaranya...ikan kelisa, sepat, puyu, oscar, patin, laga, lampam, putih, sepat, toman, belida, dan macam-macam lagi la.

Kat bawah ni antara gambar-gambar ikan...
 
 ikan kelisa
 
oscar
patin
kaloi
puyu
 
belida
toman
Tu semua cerita dulu, kalau nak senarai memang la banyak...pernah gak nak terbeli anak ikan arapaima gigas, tp pastu mak ayah cakap..'nanti kalau dah besar kamu nak letak mana?'
 
besar gedabak betul ikan ni...

Cerita terkini pulak, ahad lepas...dear telah bermurah hati membelikan saya sebuah akuarium beserta 10 ekor ikan gapi (5 jantan, 5 betina) di nursery dkt dgn RRI berhampiran dgn rumah yong. Apalagi, sukanyalah hati...dapat memekarkan kembali hobi lama. Ikut hati nak beli ikan kelisa lagi, hehehe kelisa emas ke hehehe tp, sebab ikan gapi ni senang nak jaga dan mudah membiak..serta cantik dan murah. Saya bersetuju!! Kalau nak ikutkan, dah lama kami pelihara ikan gapi, tp dalam letak dalam pasu bunga kat luar..nak menatap lelama pun tak best, sebab hanya dapat dilihat dari atas. Kali ni ikan gapi yang di beli dan dipelihara di dalam akuarium...dulu pernah juga beli, tp diletak dalam pasu. Dan selalunya ambik benih ikan kat rumah mertua je :D
 
ikan gapi
akuarium baru
Pagi tadi, sebelum pergi kerja sempat saya berikan ikan-ikan tu 'sarapan'. Eh, dah beranak rupanya...adalah beberapa ekor anak ikan gapi.  Nampaknya, tak lama lagi penuh la baka-baka baru dalam akuarium tu hehehe


Note : dah lama tak pelihara ikan..rasa best pulak...nanti boleh la ajar asyraf tukar air...hehehe

6 comments:

WiNz said...

hahah.. samela. dulu time skolah rendah pakcik bg arowana kaler pearl kecik 2 ekor, die bli kat indon. bela smp beso.. sambil2 tu byk spesis2 lain yg menumpang, tmasukla oscar tu.

bertahun2 bela, smp la diorg dh beso dlm +-30cm, kene asing akuarium sbb gaduh memanjang. skali semua mati sbb blackout beberapa ari (xde org kat umah sebab beraya kat kg). sedih~ kalo jual tu beribu rm.. heheh.

wardah said...

memang pun, kalau jual memang beribu tu...yela kos jaga dia smpi besar pun mahal gak..kena beli anak ikan lagi..kekadang menangguk anak ikan hehehe

Edot suka gak ke bela ikan??

ummumishkah said...

Subhanallah
Cantiknya ciptaan Ilahi ni kan?
eloklah tu dgn hobi ini..
Moga murah rezeki!

WiNz said...

arowana tu kalo nk kaler die cantik, kene bg makanan yg bersisik keras.. dulu bg mkn udang (mhl sket kot kalo banding ngan ikan mata lalat) & lipas (yg kucing tangkap+main), haha..

wardah said...

cengkerik pun dia suka gak...tp nak sisik lagi cantik kena la bg makan lipan bara...memang shining betul sisik dia nanti..

En.Wahid said...

Menarik betul hobi nih... saya pun bela ikan puyu.. dah besar pun..