Wednesday, June 17, 2009

Cerita..cerita..

Salam ya salam..

Semenjak lepas cuti yang lama...saya terasa malas pula untuk menaip kat sini. Idea ada di dalam kepala, tetapi..nak diluah dan dicoret tidak kesampaian. Kenapa ek??? Kalau diikutkan memang banyak nak diceritakan.. dengan percutian yang dijangka ke utara, tetapi akhirnya menghala ke selatan. Dengan mohon cuti sebanyak 4 hari, tetapi bertambah lagi 2 hari.

Secara logiknya, penambahan cuti itu menandakan banyaknya cerita yang menarik. Memang banyak.

Melaka...Hospital Melaka

Jumaat, 5 Jun 2009..selepas sarapan saya sekeluarga (saya, dear, Asyraf) dan Wat bertolak ke Melaka. Singgah berjumpa ayah di rumah induk kat Bukit Katil, kemudian ke Bukit Beruang rumah mak ndak untuk makan tengah hari. Selepas solat jumaat, kami ke GH..mak dan induk menjaga wan kat sana.

Menjengah ke maghrib jugakla kami kat sana...tapi sedihnya, Asyraf rimas dan menangis bila berada dalam wad..jadi masa saya agak terhad disamping wan. Saya lebih banyak menjadi pelancong di hospital dan penduduk tetap kerusi di ruangan pelawat. Saya berada di Melaka sehingga hari Ahad. Keadaan wan masa tu, memang kritikal..dibantu oleh bantuan O2.

Isnin...8 June 2009...malam. Saya dikhabarkan bahawa keadaan wan makin teruk, dan doktor meminta pihak keluarga menguruskan ambulan untuk membawa wan pulang.

N9..

Selasa...9 Jun 2009...selepas subuh..saya mula mengemas baju-baju dan rumah. Status pagi tu, ayah akan bertolak dr KD ke N9. Mak dan mak cik akan naik ambulan dari hospital ke kampung. Yong sekeluarga dah berada di Melaka, akan terus ke kampung. Selepas sarapan (dah lambat pun sbnrnya), kami bertolak. Singgah di rnr Seremban untuk makan tengahhari. Sebab mak pesan, makan dulu sebelum balik kampung..sebab situasi darurat, takut nanti takde sape nak uruskan bab makanan. Sampai di kampung dah 3 lebih, orang dah ramai. sedara mara pun dah ramai. Wan di bilik atas, semua orang bacakan yasin.

Jam 8malam, wan dah kembali bertemu Maha Pencipta. suasana sedih menyelubungi semua. Saya? Sedih...ditambah cuba menenangkan asyraf yang mungkinnya rimas dan panas, kerana hampir semua pelusuk rumah dipenuhi dengan orang ramai.

Rabu 10 jun 2009, wan selamat dikebumikan. Allah lebih sayangkan dia, dan penderitaan sakitnya itu telah Allah cabut...dengan menjemputnya menemui Maha Pencipta.

Antara hikmah yang dapat saya lihat...berkumpulnya semua ahli keluarga buat julung2 kalinya. Disamping, mengingatkan kita..bahawa hidup kita ni hanya sementara sahaja. Saya terfikir...entah esok lusa...hari saya pula.


Note : orang yang paling bijak ialah orang yang selalu mengingati mati...

4 comments:

a mother said...
This comment has been removed by the author.
Ummu Mishkah said...

Takziah atas kehilangan.
peringatan buat kita yang masih hidup ni..

* ainul AB * said...

Mase sy bawak Aleesya tengok opah wan kat wad pun nangis. Maybe dia nmpk 'something' yg menyebabkan dia tak selesa sbb bila sy bawak Aleesya keluar, dia diam.

Takziah utk awk sekeluarga. Smg rohnya dicucuri rahmat Allah swt.

wardah said...

ummumishkah : terima kasih..ye ingatan pada kita tu. Hidup ni amatlah sementara.

Ainul : saya pun rasa macam tu jugak. Sebab masuk je ward, automatik dia nangis...kalau keluar diam lak. Banyak kali sy try, nak uji teori sy tu. Dan nampaknya macam betul je...mungkin dia ternampak sesuatu. Syafiq, anak nyahli pun mcm tu gak..nangis. :)