Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Tak tahu la pulak nak mula dari mana. Apa ye nak cerita? Sedar tak sedar dah hampir ke pertengahan november. Cepat betul masa berlalu. Umur pun dah makin meningkat...berat badan pun sama...hari tu turun 1/2 kg je, tp pastu naik dekat 2kg gak hehehehe
Keje macam biasa je...tak bz sangat. Cuma update dan ubah code dan interface je sikit2...tp yang paling best tak perlu ke ST. Malas betul nak g sana.
Exam baru je lepas...okla jugak. Tips pulak baru je cek pagi tadi...huhuhu Hari jumaat ari tu takde update..puas gak tunggu email. Takpela....dah lepas pun.
Hidup....rasa makin susah pun ada sebab nak bawa badan dengan berat badan yang semakin bertambah. Kalau dah dapat baring tu, susah kemain nak bangun...duduk pun sama. Ambik masa jugak la untuk melakukan sesuatu. Tp yang paling ketara sekali bila berjalan...kalau dulu antara manusia yang berjalan laju, sekarang ni...nampaknya dah ketinggalan kat belakang sebab dah kena potong orang lain.
Sekarang ni, waktu tengahhari je mesti rasa mengantuk...susah juga mengantuk kat ofis ni. Nak capai tidur sebelum zohor memang susah sebab selalu ramai orang kat surau tu. Ramainya orang buat amal ibadah! :D
Tekanan..? Paling tertekan nak fikir apa nak masak hari ni...esok...dan hari seterusnya..... Wa....wa....uwa....penat betul fikir. Rasanya tugas itu paling berat..ramai surirumah mengalami nasib yang sama. Kan best kalau ada orang buatkan menu...harini masak apa, esok masak apa...selesai segala masalah ;D
Balik kampung....rasa lama pulak tak balik kampung....rindunya kat rumah!!!!!
Nota : aritu ada yang janji nak buat menu...tp......
1 comments:
menu masakan? hmmm... belajar2laa.. itu dah lama sy rasa hehe
Post a Comment