Budak-budak zaman sekarang memang petah..
Pelat-pelat pun tetap petah...
Kali ni nak cerita sikit pasal anak-anak sedara yang memang keletah dan banyak cakap. Selalu gak gaduh dengan diorang ni. Gambar kat atas tu..Nisa' baru berumur 10 bulan, tak pandai bercakap lagi tapi memang mulut bising kemain. Ikut abang-abang dia la tu.
Beberapa hari lepas kita dikejutkan oleh berita pasal video penyiaran kesedaran solat di sebuah sekolah di Malaysia ni yang dijadikan isu oleh segelintir masyarakat yang merasakan video seperti tu menakutkan anak-anak dan tak patut disiar/tunjuk kepada anak-anak mereka. Apa nak jadi dengan dunia ni?
Lagi pun bukankah bila mahu melentur buluh kena bermula dari rebungnya lagi. Maknanya kalau mahu menyedarkan anak-anak tentang dosa pahala, tentang siksa yang akan ditanggung di alam kubur dan alam akhirat jika melakukan dosa, maka ketika mereka masih kanak-kanaklah masa yang sesuai untuk diinfomasikan kepada mereka tentang itu kerana agama pun mahukan anak-anak disuruh mula sembahyang ketika berumur tujuh tahun. Jika masih juga tidak sembahyang ketika berusia 10 tahun, disuruh pukul.
Hmm...beralih pula dengan cerita yang sy nak cerita ni. Perbualan antara kakak saya dengan anak-anak dia Zikril, 7 tahun dan Zafran, 3 tahun.
Mama : Jiji, kamu jangan tinggal solat. Nanti dalam kubur ada ular dan binatang buas.
Zikril : Yeke mama, ok jiji tak nak tinggal solat.
Mama : Zafran pun sama tau, kena solat..jangan tinggal.
Zafran : Afan tak nak solat. Yela, nanti barula afan yeh kawan dengan uyar. Kalau tak nanti afan sorang-sorang.
Terdiam kakak saya mendengar jawapan Zafran yang memang sukakan binatang tu. Jawapan yang jujur.
Satu lagi cerita, pertanyaan seorang anak kecil yang dah tahu membaca.
Zikril : Mama, seks tu apa?
Mama : Seks.....errr
Zikril : Seks tu sama ke dengan seksi??
Mama : Lebih kurang la...nanti kamu tanya papa ye. (jawapan seorang ibu yang sukar untuk menjelaskan kepada anaknya 7 thn tentang erti seks)
Zikril : Habis tu...nisa' tu seks la mama ye?
(gulpp....mentang-mentang adik dia selalu pakai gown)
Sukarnya nak menjawab dan melayan persoalan dan pertanyaan anak-anak zaman sekarang ni. Sebagai ibu bapa memang perlu belajar untuk memberi jawapan yang relevan kepada anak-anak kita. Hebatnya cabaran ibu bapa di zaman millenium ni.
Nota : uish....sukarnya dan beratnya tanggungjawab kita.
Wednesday, November 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment