Friday, November 28, 2008

Kelebihan Solat Jemaah..Mengikut Teori Fizik.

Salam ya salam..

Terima kasih kepada pengirim email. Mari kita kongsi sedikit ilmu yang mungkin kita sudah sedia tahu ataupun ianya sebagai ilmu baru untuk kita ketahui.

Kelebihan solat berjemaah menurut teori fizik



Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.



Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail) .

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.


Nota : Alangkah indahnya islam.....

Tuesday, November 25, 2008

Diarrhea??


In medicine, diarrhea, also spelled diarrhoea (see spelling differences), is frequent loose or liquid bowel movements. Acute diarrhea is a common cause of death in developing countries and the second most common cause of infant deaths worldwide.

Diarrhea commonly results from gastroenteritis caused by viral infections, parasites or bacterial toxins. In sanitary living conditions where there is ample food and a supply of clean water, an otherwise healthy patient usually recovers from viral infections in a few days. However, for ill or malnourished individuals diarrhea can lead to severe dehydration and can become life-threatening without treatment.

Diarrhea can also be a symptom of more serious diseases, such as dysentery, cholera, or botulism, and can also be indicative of a chronic syndrome such as Crohn's disease or severe mushroom poisoning syndromes. Though appendicitis patients do not generally have violent diarrhea, it is a common symptom of a ruptured appendix. It is also an effect of severe radiation sickness.

Diarrhea can also be caused by dairy intake in those who are lactose intolerant.

Symptomatic treatment for diarrhea involves the patient consuming adequate amounts of water to replace that loss, preferably mixed with electrolytes to provide essential salts and some amount of nutrients. For many people, further treatment is unnecessary. The following types of diarrhea indicate medical supervision is required:

* Diarrhea in infants
* Moderate or severe diarrhea in young children;
* Diarrhea associated with blood
* Diarrhea that continues for more than two days;
* Diarrhea that is associated with more general illness such as non-cramping abdominal pain, fever, weight loss, etc;
* Diarrhea in travelers, since they are more likely to have exotic infections such as parasites;
* Diarrhea in food handlers, because of the potential to infect others;
* Diarrhea in institutions such as hospitals, child care centers, or geriatric and convalescent homes. For more detail. click here ..

Diarrhea atau cirit-birit ni selalu gak saya alami semenjak dua menjak ni. Kalau orang biasa sekali teruknya, orang yg luar biasa seperti saya pula akan mengalami berkali-kali lebih teruk kerana perut yg agak sensitif.

Apapun semua tu memang dugaan...bagi sesiapa yg dah terkena elakkan makanan pedas dan minum susu. Eloklah jika anda minum teh pekat, minum air masak byk2 dan 100 plus untuk tambahkan tenaga dalam badan kembali. Sebab banyak air dalam badan kita yan gkeluar bila mengalaminya :)


Nota : memang hari yang panjang bila terkena.... :D


Friday, November 21, 2008

Mak nak datang....

Mak nak datang esok, bukan hanya mak..tp ayah, wat, yang dan anak-anak dia sekali. Hari ni diorang g rumah yong dulu, esok baru datang rumah. Tak kisah pun, malah memang suka sangat mak nak datang tu...tp tula, dalam fikiran sekarang ni..apa nak dihidangkan kat mak? Nak masak lauk apa? Nak buat breakfast apa? InsyaAllah petang esok diorang semua sampai kat teratak saya tu...dan dalam perancangan pagi esok nak g pasar beli lauk. Apa nak beli ek? Nak buat rendang? Tomyam?Masak lauk udang ke ketam ke sotong ke? Siakap? Apa ek?

Masak lauk yang mak tak biasa makan? Apa ek? Dahla yong sekeluarga pun datang sekali esok tu..confirm 5 per 6 daripada anak sedara ada kat rumah tu. Dengan pelbagai perangai dan ragam...hehehe semua tu tak jadi masalah, cuma masalah tak tau nak masak apa. Bukan tak tau nak masak, cuma tak tau apa nak masak.

Tunggu dan lihat je la...nanti akan dikemaskini kemudian...apa menu biarlah rahsia tu!!!


Note : chef besar chef kecik smeua datang untuk menghakimi masakan saya...berdebar-debar la pulak.....

Thursday, November 20, 2008

Huhu..ke tagged!

Salam ya salam...

Untuk julung-julung kalinya saya cuba memenuhi permintaan 'Puan Along anda telah ditag' sambil berkata di dalam hati...malasnya nak buat!!! Oklah memandangkan ada sedikit lagi baki-baki waktu kecemasan sebelum balik ni...saya cuba la memenuhi permintaan angah. Tagnya berbunyi seperti dibawah.....

Sila tempek pic perkahwinan korang yang paling korang suka paling korang sayang n paling korang rasa cun melecun.
dapat yang potret kawen lagiiiii cun!

Gambar di atas merupakan gambar yang paling best...sebab..selepas akad nikah tu (sah jadi suami isteri), masa nak batalkan air sembahyang...rasa macam tak percaya je...betul ke ni dah leh sentuh??? :D

Nak tag sape??

  1. Ainul
  2. Aina
  3. Suria
  4. Hafiz
  5. Pipah
  6. Hana

Hmm...sape nak tgk gambar lelebih kena la dtg rumah...tgk album :)


Nota : :)

Wednesday, November 12, 2008

Budak-budak zaman sekarang...

Budak-budak zaman sekarang memang petah..
Pelat-pelat pun tetap petah...

Kali ni nak cerita sikit pasal anak-anak sedara yang memang keletah dan banyak cakap. Selalu gak gaduh dengan diorang ni. Gambar kat atas tu..Nisa' baru berumur 10 bulan, tak pandai bercakap lagi tapi memang mulut bising kemain. Ikut abang-abang dia la tu.

Beberapa hari lepas kita dikejutkan oleh berita pasal video penyiaran kesedaran solat di sebuah sekolah di Malaysia ni yang dijadikan isu oleh segelintir masyarakat yang merasakan video seperti tu menakutkan anak-anak dan tak patut disiar/tunjuk kepada anak-anak mereka. Apa nak jadi dengan dunia ni?

Lagi pun bukankah bila mahu melentur buluh kena bermula dari rebungnya lagi. Maknanya kalau mahu menyedarkan anak-anak tentang dosa pahala, tentang siksa yang akan ditanggung di alam kubur dan alam akhirat jika melakukan dosa, maka ketika mereka masih kanak-kanaklah masa yang sesuai untuk diinfomasikan kepada mereka tentang itu kerana agama pun mahukan anak-anak disuruh mula sembahyang ketika berumur tujuh tahun. Jika masih juga tidak sembahyang ketika berusia 10 tahun, disuruh pukul.

Hmm...beralih pula dengan cerita yang sy nak cerita ni. Perbualan antara kakak saya dengan anak-anak dia Zikril, 7 tahun dan Zafran, 3 tahun.



Mama : Jiji, kamu jangan tinggal solat. Nanti dalam kubur ada ular dan binatang buas.
Zikril : Yeke mama, ok jiji tak nak tinggal solat.
Mama : Zafran pun sama tau, kena solat..jangan tinggal.
Zafran : Afan tak nak solat. Yela, nanti barula afan yeh kawan dengan uyar. Kalau tak nanti afan sorang-sorang.

Terdiam kakak saya mendengar jawapan Zafran yang memang sukakan binatang tu. Jawapan yang jujur.

Satu lagi cerita, pertanyaan seorang anak kecil yang dah tahu membaca.


Zikril : Mama, seks tu apa?
Mama : Seks.....errr
Zikril : Seks tu sama ke dengan seksi??
Mama : Lebih kurang la...nanti kamu tanya papa ye. (jawapan seorang ibu yang sukar untuk menjelaskan kepada anaknya 7 thn tentang erti seks)
Zikril : Habis tu...nisa' tu seks la mama ye?
(gulpp....mentang-mentang adik dia selalu pakai gown)

Sukarnya nak menjawab dan melayan persoalan dan pertanyaan anak-anak zaman sekarang ni. Sebagai ibu bapa memang perlu belajar untuk memberi jawapan yang relevan kepada anak-anak kita. Hebatnya cabaran ibu bapa di zaman millenium ni.


Nota : uish....sukarnya dan beratnya tanggungjawab kita.

Monday, November 10, 2008

Beberapa Sebab Yang Dapat Melunakkan Hati


1. Takut akan datangnya kematian secara tiba-tiba sebelum taubat.

2. Takut tidak dapat menunaikan hak-hak Allah secara sempurna. Sesungguhnya hak-hak Allah itu pasti akan dimintai pertanggungjawabannya.

3. Takut tergelincir dari jalan yang lurus, dan berjalan di atas jalan kemaksiatan dan jalan syetan.

4. Takut memandang remeh atas banyaknya nikmat Allah kepada diri Anda.
5. Takut akan balasan siksa yang segera di dunia, karena maksiat yang Anda lakukkan.

6. Takut terbongkarnya aib, akibat perbuatan buruk yang Anda lakukan.

7. Takut mengakhiri hidup dengan su'ul khatimah.

8. Takut menghadapi sakaratul maut dan sakitnya sakaratul maut.

9. Takut menghadapi pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir di alam kubur

10. Takut akan azab dan kedahsyatan di alam kubur.

11. Takut menghadapi pertanyaan hari kiamat atas dosa besar dan dosa kecil.

12. Takut melewati titian shirath yang tajam. Sesungguhnya titian shirath itu lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang.

13. Takut menghadapi siksa yang sangat pedih.

14. Takut dijauhkan dari jannah, tempat kenikmatan yang abadi.

15. Takut dijauhkan dari memandang wajah Allah.

16. Anda harus mengetahui dosa dan aib Anda.

17. Ma'rifah Anda kepada Allah yang Anda rasakan siang dan malam sedang Anda tidak bersyukur.

18. Takut tidak diterima amalan dan ucapan Anda.

19. Takut bahwa Allah tidak akan menolong dan membiarkan Anda sendiri.

20. Kekhawatiran Anda menjadi orang yang tersingkap aibnya pada hari kematian dan pada saat mizan ditegakkan.

21. Hendaknya anda menyerahkan urusan diri Anda, anak-anak Anda, keluarga, suami,dan harta Anda kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dan janganlah bersandar dalammemperbaiki urusan ini kecuali hanya kepada Allah.

22. Sembunyikanlah amal-amal Anda dari sifat riya' ke dalam hati Anda, seringkali sifat riya' itu memasuki hati Anda sedang Anda tidak merasakannya. Hasan al-Bashri Rahimahullah pernah berkata,

''Berbicaralah wahai engkau diri, dengan ucapan orang shalih yang qona'ah lagi ibadah.Sedang engkau mengerjakan amalan orang fasik dan riya'.Demi Allah, ini bukan sifat orang yang mukhlish.

23. Jika Anda ingin sampai pada derajat ikhlas, maka hendaknya akhlakmu seperti akhlak seorang bayi yang tidak peduli orang yang memujinya dan mencacinya.

24. Hendaknya Anda memiliki sifat cemburu ketika larangan Allah dilecehkan.

25. Ketahuilah bahwa amal shalih namun dengan sedikit dosa lebih disukai Allah dari pada amal shalih yang banyak namun diiringi dengan dosa yang banyak pula.

26. Ingatlah setiap Anda sakit bahwa Anda telah istirahat dari dunia dan akan menuju akhirat dan akan menemui Allah dengan amalmu yang buruk.

27. Hendaknya ketakutan Anda kepada Allah menjadi jalanmu menuju Allah selama Anda sehat.

28. Setiap Anda mendengar kematian seseorang, maka perbanyaklah mengambil pelajaran dan nasihat.

Dan jika Anda menyaksikan jenazah, maka bayangkanlah bahwa Anda yang sedang dihasung.

29. Hati-hatilah menjadi orang yang mengatakan bahwa Allah menjamin rizki kita sedang hatinya tidak tentram kecuali dengan adanya sesuatu yang ia kumpulkan. Dan menyatakan bahwa sesungguhnya akhirat itu lebih baik dari dunia, sedang kita mengumpulkan harta dan tidak menginfakkannya sedikitpun, dan mengatakan bahwa kita pasti mati padahal dia tidak pernah ingat mati.

30. Lihatlah dunia dengan pandangan i'tibar (penuh mengambil pelajaran) bukan dengan pandangan mahabbah (rasa cinta) kepadanya dan sibuk dengan perhiasannya.

31. Ingatlah bahwa Anda sangat tidak kuat menghadapi cobaan dunia. Lantas apakah Anda sanggup menghadapi panasnya api neraka jahannam?

32. Diantara akhlak sesama mukminah adalah menasihati sesama mukminah.

33. Jika Anda melihat orang yang lebih besar dari Anda maka muliakanlah ia dan katakanlah, ''Anda telah mendahului saya dalam Islam dan amal shalih, maka dia jauh lebih baik di sisi Allah.''

Sedangkan jika melihat orang yang lebih muda usianya, maka katakanlah kepadanya, ''

Anda keluar ke dunia setelah saya, maka dia lebih sedikit dosanya dari saya dan dia lebih baik dari saya di sisi Allah.''

Diketik ulang dari: 500 Nashihah lil Mar'ah Muslimah, Fathi Majdi As-Sayyid. Edisi Indonesia: Nasehat kepada para Muslimah. Penerjemah: Muzaidi Hasbullah, Lc., dkk.

Taip..taip...dan tulis...


Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Tak tahu la pulak nak mula dari mana. Apa ye nak cerita? Sedar tak sedar dah hampir ke pertengahan november. Cepat betul masa berlalu. Umur pun dah makin meningkat...berat badan pun sama...hari tu turun 1/2 kg je, tp pastu naik dekat 2kg gak hehehehe

Keje macam biasa je...tak bz sangat. Cuma update dan ubah code dan interface je sikit2...tp yang paling best tak perlu ke ST. Malas betul nak g sana.

Exam baru je lepas...okla jugak. Tips pulak baru je cek pagi tadi...huhuhu Hari jumaat ari tu takde update..puas gak tunggu email. Takpela....dah lepas pun.

Hidup....rasa makin susah pun ada sebab nak bawa badan dengan berat badan yang semakin bertambah. Kalau dah dapat baring tu, susah kemain nak bangun...duduk pun sama. Ambik masa jugak la untuk melakukan sesuatu. Tp yang paling ketara sekali bila berjalan...kalau dulu antara manusia yang berjalan laju, sekarang ni...nampaknya dah ketinggalan kat belakang sebab dah kena potong orang lain.

Sekarang ni, waktu tengahhari je mesti rasa mengantuk...susah juga mengantuk kat ofis ni. Nak capai tidur sebelum zohor memang susah sebab selalu ramai orang kat surau tu. Ramainya orang buat amal ibadah! :D

Tekanan..? Paling tertekan nak fikir apa nak masak hari ni...esok...dan hari seterusnya..... Wa....wa....uwa....penat betul fikir. Rasanya tugas itu paling berat..ramai surirumah mengalami nasib yang sama. Kan best kalau ada orang buatkan menu...harini masak apa, esok masak apa...selesai segala masalah ;D

Balik kampung....rasa lama pulak tak balik kampung....rindunya kat rumah!!!!!



Nota : aritu ada yang janji nak buat menu...tp......

Tuesday, November 04, 2008

Sejarah dan Kelebihan Ayat Kursi.



Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.

Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.

Rasullah S.A.W. dengan segera memerintahkan Zaid b. Sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua.....
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah S.A.W. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.", Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

* Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.


-------------------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah banyaknya kelebihan ayat kursi ni...elok diamalkan dan diajar kepada anak-anak dan saudara mara kita. Teringat masa kecik-kecik dulu, mak ayah memang bising kalau tak baca ayat kursi masa naik kereta, nak tdo, dan lepas solat.

Note :meh la kita...