Friday, September 19, 2008

Thanks MyEG!!


Alhamdulillah akhirnya berjaya juga membayar roadtax untuk WPK59**, dah beberapa hari jugakla gelisah sebab tunggu ejen insurans telefon, roadtax dah hampir mati. Panggilan yang ditunggu tak juga kunjung tiba, 15/9 lepas pepagi lagi dah telefon ayah tanya macam mana nak renew roadtax dan lesen.

saya : Ayah, macam mana nak renew roadtax?
Ayah : Kamu nak mudah pergi je ke pej pos, kat situ semua boleh buat...renew insurans, roadtax dan claim rebate sekali.
saya : dokumen apa yg kena bawa?
Ayah : bawa geran kereta, dan dokumen insurans.
saya : ok ayah. tq.

Dalam kepala dah fikir nak mintak dear selesaikan masalah tu, sebab kebetulan 16/9 dia cuti. Tiba-tiba terfikir....sebenarnya teringat lope pernah renew roadtax kat MyEG.

Tanpa melengahkan masa, pagi tu saya cuba mengisi form kat page tu. Alamak susahnya...dan saya pun bercadang untuk tidak menggunakan khidmat MyEG sebab terlalu banyak maklumat yang perlu diisi. Terlalu komplikasi or complicated. Nak no engine la, no chasis la, memacam lagila..

Tetiba...dlm 12 thari lebih, ada call masuk. 03-7801 8888 ...terfikir nak angkat ke tak. Akhirnya angkat. Rupanya...org MyEG. Tak lama lepas tu dia membantu saya untuk selesaikan kekusutan tadi. Dan dalam setengah jam MyEG emailkan quotation. Saya setuju!! Bayar online!



Esoknya, ada org MyEG antarkan roadtax tu kat ofis. Dan semalam saya cek akaun saya rebate dah dimasukkan ke dalam akaun saya. Semua dihujung jari anda!!! :D

Alhamdulillah Allah dah permudahkan urusan saya...dan Alhamdulillah juga dgn bantuan teknologi itu..... saya berjaya menyelesaikan pelbagai urusan saya!!!

0 comments: