Friday, September 05, 2008

Semalam...

Salam...

Dalam beberapa hari ni memang tiap2 hari hujan. Semalam pun sama, alhamdulillah masa tengahhari tu keluar dgn Ejan dah bawa payung siap2. Jadi, petang tu masa balik dapatla menyelamatkan baju, kepala dan beg dari basah. Jalan kat parking tu pun dah ditenggelam air. Alhamdulillah pakai selipar asadi hehehe jadi dapatlah menyelamatkan dari tergelincir dan sebagainya...hehehe macam iklan tuu la!!!

Takde apa nak kejar sangat semalam, sebab berbuka sensorang. Masa dalam perjalanan balik tu sempatla mendengar Ikim.fm. Selalunya memang selalu skip kalau lebih banyak cakap dari lagu...cepat2 ubah radio lain. Tapi entah semalam, dibukakan pintu hati oleh Allah nak dengar ruangan tajaan tu. Anis! Tetamu jemputan dia Ketua Editor Anis, Pn Jalilah. Bicara tentang bulan ramadhan dan AlQuran. Hampir 10 min juga saya sengaja tak keluar dari kereta walau dah sampai ke rumah.



Saya tertarik dgn banyak point Pn Jalilah tu...antaranya

1. Jadikan Al Quran (AQ) sebagai kawan kita...bukan sebagai kenalan...maksudnya selalulah membaca dan mendampingi AQ. Sebab hanya kawan akan bantu kawan bila kawan berada dalam kesusahan.
2. Sesiapa yang lancar membaca AQ, perlu membaca sekurang-kurangya 100 ayat sehari. Jika tidak, AQ itu sendiri akan mencela kita. Nauzubillah. Tetapi ada kelonggaran kerana Allah itu Maha Memahami dan Maha Penyayang, bacalah sekadar termampu cuma jangan tinggalkan terus.
3. AQ itu sendiri mempunyai roh.
4. AQ merupakan tinggalan Nabi Muhammad selain sunnah. AQ lah pegangan kita.
5. Tanamkan sifat suka membca AQ di dalam diri dan keluarga kita.
6. Jika kita lupakan AQ, dia turut melarikan diri dari kita. Sebab tu kalau perasan banyak ayat2 atau surah2 yang kita lupa..mungkin antara faktornya sebab kita jarang baca Quran.

Banyak lagi, tapi maaf tak mampu nak senaraikan kat sini sebab tak ingat sangat. Tp, pendek kata jadikanlah AQ itu sebagai kawan baik kita. Kawan di masa susah dan di masa senang. Dan JAGA lah al Quran.


Nota : Baca al Quran insyaAllah hati akan tenang....

0 comments: