Rindu itu adalah..anugerah dari Allah.
Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu..
Lagu tu asalnya dinyanyikan oleh Kumpulan Nadamurni, kemudian dinyanyikan semula oleh Kumpulan Hijjaz kalau tak silap saya.
Semenjak dua menjak ni, perasaan rindu saya pada sahabat-sahabat lama begitu membuak2..saya berusaha mencari, brtanya dan menghubungi kawan-kawan lama. Sekadar untuk mengetahui perkembangan mereka. Teringat zaman sekolah rendah, sekolah menengah. Rindu masa zaman hingusan dulu.
Perbezaan antara kawan baru dan kawan lama?
Bagi saya ianya nyata berbeza..satu dari segi tempoh masa perkenalan. Kawan lama, istilah lama itu sendiri membuktikan sudah lama kenal. Pastinya kita lebih mengetahui kesukaan dan kebenciaan sahabat kita itu. Tempoh yang lama juga menjadikan kita semakin matang dalam persahabatan. Tempoh itu juga mengajar kita lebih erti rindu sekiranya sudah lama tidak mengetahui khabar mereka. Berbanding dgn kawan baru. Ianya baru dan masih segar. Masih terlalu banyak untuk dikongsi bersama. Barangkali, cara keakraban kita juga berbeza. Ditambah dengan tempoh masa yang masih baru.
Kawan lama mungkin mengenali seluruh ahli keluarga kita, begitu juga kita mengenali dan rapat dengan keluarga mereka. Kawan lama lebih mesra berbanding kawan baru.
Memang benar jika kita menyatakan bahawa tempoh masa itu juga bukan ukuran. Kerana ianya bergantung kepada cara kita menghargai tempoh perkenalan itu. Seperti saya sendiri, ada sahabat yang baru sahaja kenal..tetapi telah melangkau beberapa langkah dan ianya menjadikan kami rapat walau tempoh masa nya singkat. Ada juga kawan lama, yang sudah lama kenal dan rapat tidak sampai kepada fasa tertentu. Itulah bezanya ianya bergantung kepada cara kita menghargai sebuah perkenalan itu.
Ada juga kawan rapat, pernah rapat pada satu masa dahulu...terlalu rapat. Tetapi di masa kini terasa ada jurang yang memisahkan kami. Sedih!
Semuanya bergantung kepada cara kita menghargai sahabat kita itu sendiri. Beruntunglah kita mempunyai sahabat yang baik. Bersyukurlah kita mempunyai sahabat yang berani menegur kesalahan kesalahan kita. Bersyukur kita mempunyai sahabat yang jujur dengan kita, bukan sahabat yang hipokrit..tidak mampu berterus terang kerana ingin menjaga hati kita.
"Temanmu yang sebenarnya ialah orang yang ada bersamamu dan orang yang menyusahkan dirinya supaya ia bermanfaat kepadamu... Di waktu membimbangkan, ia berkata terus terang kepadamu... dia pecah berantakan.. supaya kamu terkumpul selalu...." Puisi indah-Saidina Ali KarromAllahuwajhah
"Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.
Oleh itu apabila kamu berdoa janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi
mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh."
"Ingatlah Sahabat....Persahabatan ibarat janji yang dibuat di dalam hati...ianya tidak dapat ditulis..apatah lagi untuk dibaca...namun ianya tak akan terpisah dek jarak masa dan ketika....Sekali kita bersahabat ianya kekal selamanya...."
Hmmm...rindu pada seorang sahabat. rindu....
"Ya Allah berkatilah semua sahabat-sahabatku...berikanlah petunjuk dan hidayah kepada mereka. Janganlah Engkau biarkan mereka jauh dariMu. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan mereka dan keluarga mereka."
Note : sedih......
Tuesday, March 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment