Friday, March 30, 2007

Adab dan adat..

Seronok dan meremang bulu roma saya membaca artikel dr Ustaz SaifulIslam mengenai 'Biar Mati Anak Jangan Mati Adat.' Kerap kali juga saya menziarah web page beliau, dan saya minat hasil tulisan beliau yang lembut dan berilmiah. Secara peribadi saya meminati hasil tulisan beliau.

Saya bukan seorang yang hak untuk bicarakan soal ini. Kerana secara benarnya saya tidak layak sama sekali. Namun saya selalu berfikir, setuju dgn apa yang dikatakan oleh ustaz. Kekadang kita terlalu keras dalam soal agama sehingga melanggar adab dengan ibubapa ataupun orang lebih tua. Bila difikir2 balik, mungkin saya juga pernah melanggar adab kerana mempertahankan kepercayaan saya. Adat juga memang tak lari dari ibubapa kita dan orang2 tua. Mungkin kerana adat sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Mungkin kerana mereka mahukan yang terbaik untuk kita sebagai anak dan generasi muda.

Saya teringat, masa tahun 1988. Allahyarhamah Opah saya meminta kami sekeluarga mandi bunga kerana ketika itu adik beradik saya semuanya perempuan seramai 5 orang. Kalau ikut menentang, ayah saya memang kaki tentang perkara-perkara yang sebegitu. Puas juga ayah menerangkan kepada kami adik beradik kenapa ayah setuju dengan usul arwah opah. Katanya 'ikut je la kata opah, nanti kecik hati opah'. Saya tidak ingat tarikh, cuma gambarnya masih ada sampai sekarang :)

Teringat, bila ada kaitan dgn adat dan orang2 tua..cuba la sehikmah mungkin kita selesaikan masalah itu. Jangan kerana tindakan kita bakal mengaibkan mereka dan mengecilkan hati mereka. Apa yang difikiran kita tidak sama dengan pemikiran mereka.


Note : adab? adat? huhuuhu

0 comments: