Bila persoalan cantik ini menjadi isu, saya selalu memberi jawapan yang adil.
'semua orang cantik..cantik kan subjektif'
Sebab tu ramai yang cakap, saya ni kurang peka dan kurang menunjukkan perasaan (dulu selalu kawan2 ckp sy ni takde perasaan). Mungkin. Tapi, saya akui..saya jarang2 sangat...tunjuk perasaan suka ke, marah ke, pendek kata serius je! Entahla sy pun tak tahu kenapa..masalah jugak ni. Tapi, alhamdulillah walaupun saya jenis yang begitu saya mempunyai ramai sahabat di sekeliling saya. Tapi, sekarang saya sudah mula belajar banyak perkara. Tunjukkan perasaan kepada sahabat2 kita. Dalam erti kata lain, mula memberi perhatian dan minat terhadap apa yang mereka katakan. Sebagai contoh
contoh 1
(sekarang)
kawan 1 : lamanya tak jumpa awak...rindula kat awak wardah.
saya : tula lamakan kita tak jumpa, rindu jugak dekat awak.
(dahulu)
kawan 1 : lamanya tak jumpa awak...rindula kat awak wardah.
saya : tula lamakan kita tak jumpa, rindu?hehehe terima kasih!
contoh 2 (sekarang)
Kawan 2 : apa pendapat awak ye, kalau kita ke sana naik bus? ke naik LRT?
saya : naik LRT je la, senang sikit.
(dahulu)
Kawan 2 : apa pendapat awak ye, kalau kita ke sana naik bus? ke naik LRT?
saya : memana jela. Saya ikut je!
Contoh 3
(sekarang)
Kawan 3 : Cantikla pompuan tu kak. Pakwe dia pun hensem kan?
saya : A'a padan la diorang.
(dahulu)
Kawan 3 : Cantikla pompuan tu kak. Pakwe dia pun hensem kan?
saya : (senyum je, tak jawab apa2)
Itulah antara contoh. Sebenarnya, saya lebih suka menjawab soalan yang ditanyakan dengan senyuman sahaja. Senyuman yang menyimpan pelbagai maksud.
Persoalan cantik bg seseorang itu, bagi saya ia memang subjektif. Pendapat dan perspektif setiap manusia itu berbeza. Mungkin bagi En A, Cik AAA adalah orang paling cantik yang dia pernah jumpa. Tetapi bagi En B, En C dan En D, Cik BBB lebih cantik pada pandangan mata mereka.
Apapun, kita kena bersyukur..dianugerahkan oleh Allah perasaan, nikmat mempunyai perasaan. Juga bersyukur kepada Allah dikurniakan sifat dan diri yang cukup sifat dan sempurna. Selalu kita berfikir, ada orang yang lebih hebat diujinya dari kita. Mungkin cacat, tak sempurna berbanding dengan kita. Betul tak???
Alhamdulillah...syukur, kecantikan fizikal yang tak kekal abadi. Apa guna cantik dan kacak tetapi, dalam soal amal dan kebajikan tidak secantik dan sekacak parasa rupa fizikal kita. Syukur kita kepada Allah di atas kurniaanya. :)
Note : semua orang cantik...ciptaan Allah itu semua cantik!
Thursday, March 22, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment