Friday, April 22, 2011

Cemas..ada sesuatu dalam hidung..

Tajuk pun dah cemas, tak tau sebenarnya nak buh tajuk apa...dah la dalam hati ni Allah je tahu. Tengah gelisah, gundah dan gulana. Sebagai penyedap hati...jangan bandingkan diri kita dengan orang yang lebih baik nasib dari kita. Kerana ia akan menyebabkan kita rasa rendah diri...dan mungkin menyebabkan kita rasa kurang bersyukur. Tetapi jika kita bandingkan dengan nasib orang yang kurang bernasib baik dari kita...nescaya kita akan lebih lapang hati dan rasa bersyukur!!! Betul...test la!! ;)
Hmmm...tu tazkirah untuk petang jumaat ni. Tapi sebenarnya nak cerita pasal Asyraf budak baik yang semenjak dua menjak ni...kena awasi kalau dia senyap je. Nak tahu apa dia buat??
image from here
Sebenarnya dah lama juga dia tak buat ni...iaitu 'Kagum dengan hidung sendiri?' dulu masa umur setahun pernah juga dia buat. Masukkan tisu, gabus...dalam hidung. Aduhai....mesti dia pelik...apasal ada lubang pulak ni?? 

Nampaknya dah besar ni dia buat lagi...masukkan plastik (yang dah disiat kecil-kecil) ke dalam hidung. Ya Allah tak tahu nak cakap apa. Alhamdulillah dapat juga keluar semua benda yang dia masukkan tu...dengan menyuruh dia hembus banyak kali!! Wahai anak kenapalah buat ibu cemas?? ;) Asyraf ni...mulutnya riuh...jadi, kalau dia diam...memang kena siasat!!!

Agaknya orang lain pernah alami macam ni jugak ke??


Nota : kalau anak-anak senyap je...kena periksa apa dia buat!!!

6 comments:

Anna Kuhn said...

sy penah mskkn biji saga dlm idung..lekat smpi kene bwk jmp doctor..experiment nye psl..huuu~..
asraf pon suke buat experimen..

wardah said...

tula...semangat nak mencuba ;)

norulaina said...

insyirah kalu dia senyap tu tanda dia ada wat salah :) mslhnye senyap, kita sendiri yg kena siasat apa yg 'salah' tue.. :(

sue said...

budak2kan suka wat experimen kat diri sendiri.....

kena sentiasa awasi budak2 ni

Anna Kuhn said...

budak 'mut mut' yg active..hihihi..
mmg byk bende tu nk explore...antara dpt pelepasan atau tak je tuh..hihihi

wardah said...

aina : kalau kita sibuk, tak perasan jugak apa projek dia...tp apapun, mmg kena alert.

suria : betul...mmg kena awasi...pintu bilik air kena sentiasa tutup, brg2 berbahaya tak leh di pandangan mata dia la etc.

aishah : suke kemain asyraf jumpa aunty semalam...siap tunjuk perangai ;)