Friday, August 20, 2010

Sahaja aku berpuasa...

Sedar tak sedar kita dah nak masuk round ke-2 bulan ramadhan...sepuluh kedua. Sekejap je rasa kan?? Hari ni dan semalam asyraf tak sihat...demam...dan hari ni dan semalam juga asyraf dijaga oleh ayah. Tp tengah hari karang nak kena balik jaga asyraf sebab ayahnya nak g solat.

Semenjak dua menjak ni ada perasaan geram dekat  beberapa orang tertentu. Yela, suka sangat cari pasal dengan kita. Tapi, bila teringat kata dear 'Sahaja Aku Berpuasa' terus hilang perasaan-perasaan mazmumah tu. Huhuhu nak buat macam mana kan...saya hanya seorang manusia!!!

nota : salam takziah buat keluarga Ainul dan kak Liza yang baru sahaja kehilangan ayah kesayangan mereka semalam (19/8/10).

Thursday, August 12, 2010

jom tengok tanyalah ustaz...di tv9

Jom tengok tanyalah ustaz di tv9, bagi yang berkesempatan boleh tengok siaran langsung di tv9 atau secara online. Rancangan itu ke udara siaran langsung sepanjang bulan ramadhan ni pada jam 7 pagi. Sebelum ramadhan hanya siaran langsung pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Elok juga rasanya kita bagi makan pada jiwa kita dengan rancangan ilmiah macam tu kan? ;)


Nota : hari ni ada tazkirah ramadhan....kena pergi tu...

Wednesday, August 11, 2010

sahur....

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)


Cerita pasal sahur, pagi tadi...asyraf pun bangun sama...siap boleh makan lagi. Hehehe apapun, asyraf la sebagai peneman di kala ayah bertugas dan tiada di rumah.

Salam ramadhan semua dari kami sekeluarga ;)

Friday, August 06, 2010

Kecilnya hati mereka...

Jumaat terakhir sebelum ramadhan...

Rasa nak menaip...tapi tak tahu nak bermula dari mana. Rasa nak bercerita, tapi tak tahu nak cerita dengan siapa. Sekadar peringatan  buat diri dan sahabat-sahabat sekalian...

Samada kita sedar atau tidak....hati orang yang kita sayang dan orang yang sayangkan kita ni cepat terasa dan tersentuh jika berlaku sesuatu yang tidak disengajakan apatah lagi yang disengajakan. Setuju tak?? Kekadang kita tak perasan perbuatan atau percakapan kita akan memberi kesan kepada mereka.



Emak, merupakan seorang insan yang paling sensitif jiwanya. Tambahan dengan anak yang mereka sayang. 'Kenapa kamu dah lama tak telefon mak?' tanya mak saya suatu hari. Lama?? Sedangkan saya hanya ter'skip' satu hari. Mungkin kebiasaannya saya akan menelefon setiap hari, maka apabila satu hari tidak telefon menjadikan emak ternanti-nanti panggilan saya. Aduh....takut jika emak kecil hati dengan kita!!

Emak pernah bercakap dengan saya bahawa sebagai emak...harta dan duit bukanlah satu kewajipan baginya. Cukuplah jika anak-anak selalu datang menjenguk dan bertanya khabar. Mungkin ada di antara kita mewajibkan diri memberi wang kepada ibu dan ayah mereka setiap bulan. Alhamdulillah...teruskan. Cuma, di sebalik itu jangan lupa pulang ke kampung jika ada kesempatan untuk menziarahi mereka....dan hubungilah mereka selalu.


Hmm...entry kali ni takde kaitan dengan sesiapa, cuma sekadar berkongsi cerita....ingatan untuk semua dan diri saya sendiri terutamanya.

“ Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah ibuku, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil ”


Nota : tiada beza antara ibu kandung dan ibu mertua...

Thursday, August 05, 2010

Jalan-jalan KL.

KL...atau kuala lumpur...sebenarnya dah lama juga tak ke sana. Kalau urusan kerja tu ada la juga sekali sekala. Tapi, pergi jalan-jalan ni kalau takde ajakan Yong dengan Lope jarang dan susah la nak ke sana. Bukannya apa, banyak nak diambil kira kalau nak pergi...dengan jalan-jalan yang mengelirukan, apa tidaknya silap sikit masuk jalan....mahu berpeluh dibuatnya. Nak cari parking pula bukannya senang, dapat masuk tempat parking per entry tu bagus juga. Kalau kira perjam....sediakan jela duitnya.

Jumaat tu, dengar Ejan nak ke Sogo, malam tu terusulkan cadangan tu pada dear...tengok-tengok dia setuju...tapi rupanya niat dear nak ke Pertama Kompleks hehehe.

MFM...Manhattan Fisherman Market...tak pernah pun terfikir nak makan situ. Personally rasa macam tak best je hehehe tp dah tempat lain penuh nak makan, dan si kecik pun bising-bising sebab lapar...jadi makan je la kat situ hehehe.

Masa balik tu, asyraf tertidur...sambil pegang belon. Dapat belon percuma masa kat Semua House....sape entah tertinggalkan belon kat surau tu.

Nota : memang semua budak-budak sukakan bola dengan belon ke??

Wednesday, August 04, 2010

Dulu...setahun lepas...

Hari ini....pada tarikh hari ini...4 ogos 2010...sudah genap setahun berlakunya kejadian yang tidak pernah disangka dan dijangka akan berlaku kepada saya dan keluarga. Mungkin pada orang lain tarikh ini istimewa, tapi bagi saya dan keluarga ianya merupakan hari yang memang tidak akan kami lupakan sepanjang hayat.
asyraf yang keletihan tertidur sewaktu perjalanan balik dari KL.

Tahun lepas, tarikh hari ini..saya dikejutkan dengan berita yang memang mengejutkan. Ujian itu alhamdulillah telah berjaya kami sekeluarga harungi. Alhamdulillah dengan ujian itu kami lebih menghargai apa yang kami ada. Malah, menjadikan kami sekeluarga lebih dekat padaNya.

Walau sudah setahun, saya masih teringat saat-saat mencemaskan itu...berada di Hospital Serdang, Wad Kecemasan, ICU...walau sudah setahun airmata masih bergenang.
Namun, kami bersyukur.....Allah masih memberi kami peluang kedua...peluang untuk membesarkan Asyraf dan melihat dia membesar seperti kanak-kanak lain. Alhamdulillah!!!

Bagi mereka yang tidak tahu cerita, sudah pasti tidak akan menyangka ianya berlaku kepada si kecil itu. Kelincahan dan keaktifannya seolah-olah tidak pernah berlaku apa-apa. Alhamdulillah...pembesaran dan tumbesarannya normal dan membanggakan. Mulutnya yang becok dan bising juga memang menghiburkan. ;)

Allah Maha Besar....Allah Maha Hebat....disaat insan biasa mengatakan 'tiada harapan'....Allah memberi kami harapan dan jawapan serta jalan. Sesungguhnya tiada kuasa yang dapat menandingiNya.Mintalah pertolongan kepada Allah, kerana Allah sahaja yang mampu membantu kita. 'mintalah kepadaKu nescaya akanKu perkenankan'



Nota : alhamdulillah....syukur di atas segalanya...