Wednesday, November 18, 2009

Kisah Asyraf : Wad

sambungan lagi...

Salam ya salam...
Alhamdulillah segala syukur kepada Allah di atas segalanya..

Alhamdulillah berat doa semua, dan dengan izinNya Asyraf di pindahkan ke wad biasa..5B katil 11 pada maghrib 11 Ogos 2009. Bila dah masuk wad automatiknya salah seorang je dibenarkan menjaga anak. Ibu atau ayah. Dan pastinya, saya kena jaga Asyraf...sebab...Asyraf bf. Bayangkan tidur didalam baby cot dengan Asyaf. Muat lak tu hehehe

Masuk wad magrib tu, jadi tumpuan gak sebab special case. Masa tu kat badan Asyraf dah tak banyak wayar-wayar dah. Air tak perlu masuk dah sebab dia dah bf. So dah senang la nak angkat kalau dia meragam dan nak bf dia. Malam tu dia memerap dengan saya sepanjang malam...punyalah rindu agaknya..almaklumlah dah banyak hari dia berpuasa. Tak henti-henti dia menyusu..sehinggakan diapers dia  penuh dan bocor kena cadar hospital hehehehe Alhamdulillah malam tu dia tidur lena.

Esoknya,doc datang dan beritahu saya perlu berbuat sesuatu untuk anak. Meminta cuti untuk satu tempoh masa yang lama kepada majikan. Siapa yang sanggup menjaga bayi yang tidak sihat? Di sini ibu dan bapa memainkan peranan paling penting....berkorban. Korbankan kerjaya untuk menjaga anak tersayang.

Sepanjang di wad Asyraf sihat dan tidak demam. Selera makannya juga amat memberangsangkan. Mampu menelan bubur dengan baik. Kencing dan berak juga tiada masalah. Cuma, Asyraf selalu merengek-rengek di waktu malam. Sewaktu di wad, baru saya perasan ada dua kesan/parut di belakang kepala Asyraf. (gambarnya nanti akan di upload kemudian) Jadi memang pasti Asyraf terjatuh dan terhantuk sesuatu. Kesan hentakannya juga pasti kuat...jika tidak, tidak mungkin akan terdapat kesan yang seperti itu. Memang saya tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya jatuh. Jatuh setinggi mana. Sekuat mana. Dan bagaimana. Bila mengenangkannya hati saya jadi sedih dan ngeri...tak dapat saya bayangkan!!

Terpandangkan Asyraf saya amat sedih...memikirkan bagaimana nasib dan keadaannya pada hari esok. Alhamdulillah ada suami, ibu bapa, adik beradik, sahabat handai yang tak putus-putus memberikan semangat. Ujian ini juga menjadikan saya semakin dekat denganNya. Ya, padaNya sahaja tempat saya berkongsi segala rahsia hati saya.

Pagi Jumaat...hari ketiga Asyraf di wad. Doc dah beritahu di awal pagi..jika tiada apa-apa insyaAllah Asyraf sudah dibernarkan keluar pada hari ini. Keadaannya yang baik juga menjadi faktor utama untuk dibernarkan keluar disamping keadaan di hospital yang terdedah dengan penyakit dan virus lebih membimbangkan jika Asyraf ditahan lebih lama.

Sedang menunggu pihak hospital sediakan dokumen yang sepatutnya, saya menyanyikan lagu 'cak cekur dang gamit...mintak cekur bagi kunyit' kepada Asyraf. Tiba-tiba....Asyraf tersenyum. Ya Allah gembiranya hati....seakan Allah memberikan satu tanda...ada sinar harapan kepada saya. Dia tersenyum....itulah senyuman pertama yang saya rindukan setelah hampir 2  minggu dia di hospital. Semasa di ICU, saya merindukan suara tangisan Asyraf...lantaran doc yang memberikan Asyraf ubat tidur untuk berehat selama 48 jam. Kini,senyuman pula hadir di bibirnya. Alhamdulillah....terima kasih ya Allah.

Alhamdulillah petang itu, Asyraf sudah dibenarkan keluar.

3 comments:

Adila said...

Untungnya Asyraf ada ibu setabah Wardah =)

Kalau saya di tempat Wardah, tak tau la..InsyaALLAH, setiap ujian pasti ada hikmah disebalikNya. kalau ada kesempatan sambung lagi ye ceritanya...

Rizziela said...

semoga wardah terus tabah dalam menghadapi ujian ALLAH...

saya rasa..kalau saya di tempat Wardah...tak taulah mcm mana keadaannyer..huru hara dunia

wardah said...

Adilla : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...Apapun, Alhamdulillah.

Rizziela : terima kasih.