Friday, October 23, 2009

Kisah Asyraf : ICU I

sambungan..

Khamis, 6/08/09..menjelang petang Doc tak  puas hati sebab kenapa asyraf kena fit, hampir-hampir juga Doc mengesyorkan untuk diambil air tulang belakang kerana menjangkakan Asyraf diserang meningitis, jika lakukan prosedur itu virus lebih senang dikenal pasti. Selepas zohor datang 2 orang pakar mata. Dr Mukhlisah dan sahabatnya membuat pemeriksaan pada Asyraf. Ketika itu, asyraf diberi antibiotik..dia tidur. Rindu nak susukan dia.

Doc memeriksa Asyraf, mendapati ada internal bleeding di matanya. Di kedua-dua belah mata. Masa tu, saya tak mampu menahan perasaan, membayangkan apa sebenarnya terjadi kepada Asyraf. Kenapa teruk sehingga sebegini? Saya cuba membayangkan kesakitan yang dialaminya. Sehinggakan pada malam sebelum tu, dia menangis sepanjang malam. Ya Allah...tangisan yang sayu dan amat memilukan hati. Tidur hanya beberapa minit. Menangis berpanjangan.

Petangnya, doc decide nak buat sekali lagi CT-Scan. Seperti yang mereka jangka. Result +ve. Malam tu, Asyraf semakin kerap diserang fit. Akhirnya Doc decide Asyraf perlu dimasukkan ke ICU untuk diberikan bantuan pernafasan. Menurut Doc, kadar O2 yang tidak cukup di otak itu menyebabkan Asyraf diserang sawan, tambahan pula badannya semakin pucat kerana hb yg semakin berkurangan. (menunjukkan darah pergi ke otak akibat pendarahan tu).

Saya menelefon dear yang ada di rumah pada pukul 2am, memintanya datang ke hospital dgn kadar segera. Kami berdua tidur di ruang menunggu ICU menanti doc membuat pemeriksaan dan memberikan bantuan kepada Asyraf. Saya telah sms semua ahli keluarga memberitahu keadaannya.


 Pagi Jumaat tu, pukul 9am, kami diminta masuk. Dr Nora, Ketua Jabatan memberitahu keadaan Asyraf yang sebenarnya. "Anak puan, keadaannya kritikal tetapi stabil. Stabil kerana kami memberi 100% bantuan di sini. Saya terpaksa berterus terang bahawa peluang untuk anak puan kembali seperti sedia kala amatlah tipis. Bahkan kebiasaannya kes sebegini berkakhir dengan kematian. Kalau hidup pun, jadi cacat."



 Tanpa segan silu kami menangis di hadapan Doc. Mengenang nasib Asyraf yang tidak diketahui. Kemudian Doc menyambung lagi.
"Kami tidurkan dia selama 48 jam, untuk bagi otak dia rehat.Lepas tu kita tunggu progress badan dia. Setakat ni di ICU dia dah tak fit lagi. Kami juga dah masukkan darah kepada dia. Apapun kita tunggu."

Kami membuat police report seperti yang disuruh doc.
Menjelang petang Jumaat, sudah semakin ramai yang datang menziarah, kawan pejabat, sepupu, saudara mara, malah kawan-kawan mak ayah.


bersambung...

Note : terima kasih kepada Kak Aya kerana mengambil gambar Asyraf sewaktu di icu. Ada juga kenangan di situ,

Thursday, October 22, 2009

Takziah

Salam ya salam...

Takziah di ucapkan kepada sahabat saya Khadijah dan Ramadhan yang baru sahaja kehilangan anak mereka pada jam 0620 tadi. Allah lebih sayangkan Nurfatimah, dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk dia. Bersabarlah, kerana pasti ada himah di atas segalanya...


Note : Saya baru pergi melawat thari semalam di icu, saya tak sangka akhirnya begini...kerana saya menjangkakan sebaliknya...detail here and here.

Tuesday, October 20, 2009

Kisah Asyraf : Ujian Allah II

Sambungan...
Di bawah ini saya ceritakan serba sedikit apa yang berlaku.

4 Ogos 2009 (Selasa)
-8.00am, hantar Asyraf ke taska.
-10am telefon taska tanya pasal Asyraf, mereka kata awal-awal masa hantar tadi Asyraf menangis sedikit, tapi kemudian dia ok, dan skrg dah tidur.
-3.56pm dpt phone called dr nursery beritahu Asyraf kejang, sebab dia menangis dari pagi.
-4 pm dpt phone called dr owner beritahu Asyraf menangis dari pagi.
-tak lama lepas tu dpt phone called dr nursery beritahu Asyraf dah tidur.
-Saya smpi ke taska dalam pukul 4.30pm, taska beritahu Asyraf tidur dan suruh saya
ambil sendiri.
-terkejut bukan kepalang saya melihat Asyraf yang pucat terbaring atas toto, dan bila mengangkatnya terasa badannya lembik longlai. Masa tu, dah seram sejuk badan...tapi saya tidak memikirkan perkara yang buruk.
-di dalam kereta Asyraf macam mamai je, seakan nak tidur. Saya cuba sedaya untuk mengejutkan dia, tetapi tetap kelihatan dia nak tidur.
-Saya dan dear ke Bahagian Kecemasan di Hospital Serdang.
-Asyraf di tahan di wad. Ketika itu, memang dia selalu menangis. Tangisannya kedengaran terlalu sayu, seakan memberitahu yang dia di dalam kesakitan.

5 Ogos 2009, Rabu.
-g KPJ (Kajang Sentosa Medical centre) buat ct scan, result normal.
-malam di wad, suhunya terlalu panas sehinggakan perlu dijaram dengan kain basah.

6 Ogos 2009, Khamis
- kena fit, pakar mata dtg cek ada internal bleeding kat both of eyes.
-Buat ct scan(rescan) kat hospital serdang, result (bleeding at the back of head), internal bleeding.
-menjelang tgh malam lagi kerap kena fit sebab O2 tak cukup kat otak akibat dari pendarahan tu.

7 Ogos 2009, Jumaat
- masuk ICU pukul 3am kerana pernafasan tidak normal.
- doc pakar beritahu khabar tidak gembira. "Tiada harapan untuk Asyraf kembali normal". Menurut doc keadaan Asyraf kritikal tetapi stabil (stabil kerana fully supported).
- doc berikan ubat tidur, tidurkan dia selama 48hrs, utk bagi otak dia rehat. Dan tunggu progress badan dia.

9 Ogos 2009 , Ahad
- asyraf mula sedar, gerakkan kaki tangan mata, menguap bila diganggu.

10 ogos 2009, Isnin
- mula sedar, dan bantuan yang diberi dicabut satu persatu.

11 ogos 2009, Selasa
- dpt kebenaran direct feeding, alhamdulillah
- lepas maghrib keluar icu, dpt wad biasa wad 5B, katil 11.

14 ogos 2009, Jumaat
- discharge.

bersambung...

Monday, October 19, 2009

Karnival Wanita & Keluarga ISMA

Assalamualaikum,

Kepada sesiapa yg tinggal di kawasan Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya dan lain2 yg x jauh dari Bangi (yg jauh2 nk dtg pun silakan..)

jemput dtg beramai2 memeriahkan hari “Karnival Wanita & Keluarga” anjuran ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) cawangan Hulu Langat.

Maklumat program seperti di bawah:-

Tarikh : 24 Oktober 2009 (Sabtu)

Tempat : Masjid Al Kauthar, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi

Masa : 8.30 pagi – 1.00 tgh





Jemputlah beramai-ramai ;)



Note : menarik....tp tak dpat datang..sebab nak g antar Asyraf berubat kat Behrang.

Sunday, October 18, 2009

Kisah Asyraf : Ujian Allah I

Salam ya salam...

Apa khabar sahabat sekalian? Alhamdulillah...segala puji bagi Allah di atas segalanya.Saya dan keluarga alhamdulillah sihat.

Terima  kasih banyak-banyak diucapkan kepada sahabat-sahabat yang bertanya khabar tentang Asyraf. Alhamdulillah kini saya dan keluarga sudah mampu tersenyum dan gembira seperti sebelum ini. Alhamdulillah Asyraf sudah sihat seperti biasa.

Gambar : diambil pada 14 Okt lepas.

Segala yang berlaku sebelum ini, bagaikan mimpi ngeri kepada kami sekeluarga. Ibu bapa mana yang inginkan perkara buruk terjadi kepada anaknya? Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anaknya? Semuanya terjadi kerana ada hikmah yang tersembunyi. Semua yang terjadi kerana Allah sayangkan kita.

Semua  bermula ketika pengasuh lama Asyraf ingin berhenti. Kemudian, saya dan suami bersetuju menghantar Asyraf ke taska berhampiran kawasan rumah kami. Hari pertama berlalu dengan tanda tanya, 'seronokkah Asyraf di taska?'. Malam itu, saya dan dear telah berbincang...sekiranya Asyraf tidak serasi di taska itu kami mungkin akan mencuba alternatif lain. Hari selasa 4/8, Asyraf bangun macam biasa...siap boleh bermain di bawah meja makan ketika saya sibuk menyiapkan bekal untuk bawa ke tempat kerja.

Hmm sewaktu hantar ke taska dalam 8 lebih tu, memang tergambar wajah sedih di muka Asyraf. Dan saya sama sekali tidak menyangka itu merupakan hari bermulanya mimpi ngeri kami sekeluarga.


Friday, October 16, 2009

Hospital Putrajaya : Tolong doakan bersama...

Salam ya salam..

Saya baru sahaja sampai di rumah. Pulang menziarahi seorang sahabat di Hospital Putrajaya. Sahabat yang baru saya kenali petang tadi. Sahabat yang dikenalkan oleh seorang sahabat. Kisahnya serupa dengan kisah hidup saya sekeluarga. Kisahnya memang serupa...Bezanya hanya sedikit...anak saya dulu di rawat di Hospital Serdang, anaknya di Hospital Putrajaya. Anak saya ketika itu 7 bulan lebih, anaknya pula hanya baru 3 bulan lebih.

Apa yang sama??? Anaknya kini berada di ICU. Anaknya juga mengalami pendarahan otak. Anaknya juga kemungkinan jatuh di nursery.

Kebetulan yang sama...taska anak sahabat itu berada berhampiran dgn taska anak saya.

Saya dapat bayangkan apa perasaan seorang ibu, seorang ayah dan ahli keluarga beliau. Sedih. Kecewa. Pasrah.

Mengikut cerita dari sahabat itu, anaknya baru sahaja di hantar 7 hari ke taska berkenaan. Masuk hospital putrajaya pada hari khamis lepas, 8/10. Dan dipindahkan ke ICU pada awal pagi Jumaat kerana kadar oksigen di dalam badan anaknya di tahap yang membahayakan.

Aduh...jalan cerita di hospital, semuanya hampir sama dengan kisah saya. Cuma, agak sedih dan membimbangkan, sudah hampir seminggu di ICU dan anaknya masih belum berupaya untuk bernafas sendiri. 100% oksigen masih disalurkan kepada bayi berkenaan. Dan kini, anak beliau berada di tahap kritikal.

Berdebar-debar dan menggigil jari saya sewaktu menceritakan kisah sendiri kepada sahabat itu.

Siapa yang harus disalahkan? Menuding jari bukanlah jalan penyelesaian sekarang. Mencari penyelasaian adalah yang terbaik. Saya hanya mampu memberi cadangan, menceritakan pengalaman seorang ibu iaitu saya sendiri. Seorang ibu sanggup lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan anaknya. Wang ringgit bukanlah perkara utama, yang penting nikmat melihat anak sihat dan membesar di depan mata.

Doa saya semoga anak sahabat itu berjaya melepasi tahap  kritikal. Mampu bernafas sendiri!! Kemudian barulah cadangan seterusnya saya akan syorkan.

InsyaAllah kepada Allah kita berdoa. KepadaNya kita panjatkan pengharapan. Kita dipilih untuk diuji kerana Allah sayangkan kita.



Wednesday, October 14, 2009

Salam Aidilfitri...

Salam ya salam....

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...
Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah....

Lamanya tak menaip kat blog...sampaikan hampir terlupa nak mula dari mana.
Tak terlewat rasanya nak ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua..maaf di atas salah silap dan segalanya...

Rasanya cukup dulu sebagai permulaan...insyaAllah nanti akan saya ceritakan kenapa lamanya blog ini tidak dikemaskini.

Akhir kalam...assalamualaikum.