Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Lamanya rasa tak update blog ni. Banyak hari juga rasanya. Sebab-sebabnya :
- Dah berhari tak masuk ofis.
- Dapat online, tp tak dapat nak access page blog.
- Tak berkesempatan.
Hmmm....terima kasih kepada rakan-rakan yang masih sudi menjengah walau mungkin sekadar sekali lalu. Maaf sebab mungkin menghampakan anda sekalian kerana tiada artikel terkini yang dapat saya post kan. Maaf!!!!
Banyak hari berlalu, banyak juga perkara yang berlaku dalam tempoh masa berkenaan. Sehinggakan antaranya, saya tak sedar bahawa dah hampir hujung bulan yuran parking tak berbayar (sebab jarang masuk ofis). Malah, kereta pun dah lama tak berbasuh...kat luar memang kotor, tp dlm kete bersih..tak percaya sila tanya Aisyah hehehe Lama gak tak g subang, ziarah anak-anak kat sana.
Apapun yang berlaku, ada cerita sedih ada duka...ada cerita gembira diselangi tawa...semuanya sebagai pelengkap kehidupan ini.
Cuma, sedikit nasihat untuk diri dan teman-teman semua. Jika ada masalah jangan pendam sorang-sorang. Mungkin ada baiknya kita berkongsi dengan pasangan kita, atau mungkin sahabat yang kita percayai. Jangan lupa kita masih ada ramai insan yang sayangkan kita, dan yang pasti jangan sesekali lupa kita masih ada DIA.
'tidaklah dinamakan beriman jika kita tidak diuji'
Sabar...sabar...dan sabar...insyaAllah pasti akan kita temui kemanisan bersabar itu. Cuma, sentiasalah yakin dan bersangka baik kepada Allah. Nescaya segalanya akan berlaku seperti yang kita sangkakan. YAKIN!!!!!
Cuma, kita cek balik diri kita..mungkin ada dosa di mana-mana...mungkin dosa dengan Allah itu sendiri, atau pun mungkin dengan ibu atau bapa kita atau dengan pasangan kita sendiri. Ataupun tak mustahil juga ada dosa dengan sesama manusia.
Note : setiap orang diuji oleh Allah...sabarlah hati...sabarlah diri!!!
2 comments:
saya stuju..bersabar dalam menghapai ujian allah..
allah amik sesautu dari kita, kemudian akan hadiah kite sesuatu yg lain and mgkn lebih..insya allah..
beli komputer di rumah adalah lebih baik memiliki astro di rumah. kakak saya sanggup membeli komputer peribadi RM3000 dan diletakkan di ruang tamunya. Menurutnya dia memang tidak akan melangan astro dan berpendapat bayar duit untuk internet lebih baik daripada duit untuk hiburan..saya tersentak..dan merenung sejenak emmm betul jugak apa pendapat anda Cabai Burung
Post a Comment