Tuesday, February 12, 2008
Cerita dan cerita...tentang CNY!
Hmm...hari ini hari ke-2 bekerja selepas bercuti selama 4 hari. Bestnya cuti kali ni, sebabnya dapat menghabiskan masa dengan insan-insan tersayang. Walau penat ke hulu dan ke hilir tapi rasanya berbaloi dan semua terbayar dengan melihat wajah-wajah insan yang penting di dalam hidup ini.
Rabu - 6/2
Bermula dengan hari Rabu, saya melangkah ke Subang untuk tidur kat sana. Demi menyambut mak ayah dan dear yang akan tiba pada hari esok. Ketibaan saya disambut oleh zikril dan zafran dengan teriakan dan jeritan keriangan. Dah berminggu tak ke Subang memaksa mereka bertindak sedemikian.
Khamis - 7/2
Lewat petang baru dear sampai, bertolak dari KT. Dapat dirasakan penatnya badan, memandu lebih 7 jam. Hampir 6.30 ptg saya dan dear bergerak ke Kota Damansara untuk dating. Dah lama kami tak jumpa. Kami pulang ke Subang semula ketika jam melangkah pukul 12.20 pagi. Mak ayah dah sampai, dan sewaktu kami kat Subang diorang dah tido. Hanya sempat bersalam dan bertanya khabar.
Jumaat - 8/2
Bertolak ke Pahang pukul 10.30 pagi. 2 kereta. Tetiba ayah plan nak menziarah sahabat lamanya di Pulau Tawar, Jerantut. Kami makan tengah hari kat sana. Sampai di rumah mertua pukul 5 ptg. Alhamdulillah, untuk pulang kali pertama selepas kenduri kali ini ditemani oleh mak dan ayah kerana nak pergi kenduri anak sahabat baik ayah pada hari esok. Hilang juga kegugupan kerana mak dan ayah ada sebagai kekuatan. Walaupun saya dapat merasakan keluarga mertua saya OK. :D
Sabtu - 9/2
Kami semua pergi ke kenduri. Ayah dan mak jejak kasih pula dengan kawan-kawan lama. Sebetulnya hampir 14 tahun kami sekeluarga tinggal di Pahang menjadikan terlalu banyak kenangan dan kawan-kawan di sini. Di tambah pula, saya sendiri ditakdirkan bertemu jodoh dengan orang Pahang. Maka, satu kelebihan buat saya dan keluarga untuk bertemu kembali dengan rakan-rakan lama.
Mak dan ayah balik Perak selepas makan kenduri.
Ahad - 10/2
Saya dan dear pulang ke KL. Balik Subang. Sempat juga singgah kat Serendah menziarah kakak ipar.
Kesimpulannya, masa memang terisi. Menjadi seorang isteri, anak dan menantu sekaligus. Pulang ke Pahang memang penuh dengan cerita...kerana mengimbau kembali kenangan saya sewaktu tinggal di sana. Tidak banyak yang berubah, cuma mungkin masa yang membezakan corak kehidupan seseorang. Dulu kecil, sekarang dah besar. ;D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment