Thursday, February 21, 2008

Macam-macam ada.

Salam ya salam..

Apa khabar semua? Saya alhamdulillah sihat. Syukur sangat masih diberi peluang olehNya untuk kita teruskan hidup ini. Syukur sangat sebab masih diberi kesempatan olehNya untuk kita menambah amal ibadah. Membetulkan mana yang lompong, mana yang kurang dan sebagainya.

Rasa nak menulis tu membuak-buak. Tapi, bila tang nak karang cerpen takde idea pulak. Bila nak post artikel kat blog ni, insyaAllah ada kesempatan akan saya post kan. Macam-macam nak saya ceritakan kat sini, tapi tak tahulah jika saya sempat menaipkannya. Atau sekadar disimpaan di salam hati.


Kurus

Ini bukan kali pertama...dan bukan seorang...tapi dah dua tiga orang menegur saya semakin kurus. Tang mana yang kurus??? Tak nampak pulak. Kenapa kurus?? Saya pun takde jawapan untuk soalan itu. Bila tanya Aisyah dia tak perasan pulak. Tapi, ikut kata Suria dan Kak Fauziah sebaliknya pulak.

Pelbagai anggapan keluar dari mulut mereka. Apapun, yang pasti...selera makan saya masih ada, saya masih mampu tidur walaupun adakalanya kurang lena. Saya masih mampu pergi kerja walau di arah ke sana dan ke sini. Saya masih boleh bergaul dengan teman rumah dan teman kerja seperti biasa.


Ngantuk

Hmmmm susahnya nak bangun pagi tadi. Rasa macam nak letak batang mancis kat mata ni. Tapi, alhamdulillah dekat ofis tak mengantuk, sebabnya kerja banyak nak kena selesaikan sebelum esok. Esok nak g JBPM.

Air mata

Orang kata wanita dan air mata tak boleh dipisahkan. Tapi, saya tak setuju. Cuma, kebelakangan ni hati dan perasaan saya amat sensitif. Menangis??? sama sekali tidak.

Kekangan masa

Kekangan masa menjarakkan saya dengan semua!!!!!

RIndu

Ye....saya rindu pada semua!!!!



Nota : macam-macam perasaan dalam hati ni.

0 comments: