Thursday, January 31, 2008

Kisah kelakar!!

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah di atas segalanya.
Syukur, masih sempat untuk menikmati keindahan dan kenikmatan anugerahNya.
Syukur masih sempat untuk memperbaiki dan menambah amal.
Syukur masih sempat untuk berbakti sebagai isteri dan anak yang solehah.
Syukur masih sempat untuk segalanya...
Alhamdulillah syukur.....

Semalam...ops kelmarin, sewaktu saya menonton Buletin Utama, keluar berita mengenai 2 orang tokoh yang dikenali meninggal dunia. Seorang dikenali kerana ketokohan dalam bidang agama, seorang mufti dan seorang lagi tokoh di dalam industri muzik tanah air.

Berita mengenai kematian dua tokoh itu disiarkan. Menjadi tanda tanya di dalam diri saya kerana berita kematian bekas mufti berkenaan disiarkan tak sampai dua minit disamping menyiarkan gambar beliau di dalam bentuk lukisan. Manakala tokoh muzik berkenaan pula disiarkan beserta liputan upacara pengkebumian malah turut diselitkan temuramah kepada rakan-rakan beliau.

Pelik tapi benar itulah yang saya rasakan. Seorang bekas mufti yang memang berkaliber dan berani dalam menyatakan kebenaran. Malah sumbangan beliau kepada agama, bangsa dan negara tidak ditonjolkan walau hakikatnya sumbangan itu amat besar dan bermakna. Sebaliknya pula kepada seorang tokoh muzik 'kehilangannya amat besar kepada negara' itulah ayat yang dinyatakan oleh pembaca berita berkenaan.



Note : Dunia akhir zaman....!!!

Al-Fatihah -Bekas Mufti Selangor Kembali Ke Rahmatullah



BEKAS Mufti Kerajaan Selangor Datuk Ishak Baharum (foto bawah) telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 12:50 tengah hari tadi di Hospital Sungai Buluh, Selangor.
Jenazah Allahyarham akan dibawa balik ke rumahnya di Jalan Tun Sambathan, Sri Andalas Klang, Selangor dan akan dikebumikan esok.

Berita kematian Mufti kontroversial ini dilaporkan oleh beberapa orang teman menerusi Khidmat Pesanan Ringkas. SMS pertama diterima dari pemesan tidak bernama, diikuti daripada sdr Pyan Habib, Zulkefli Nordin yang diforward dari sms Dr Zulkefli (Zulkefli Ahmaf?).
Semasa hanyatnya Allahyarham merupakan seorang ulama yang tegas dan menjadi kontroversial apabila bertegas mempertahankan hukum Allah dan bersedia menentang arus dalam perkhidmatnnya sebagai Mufti Selangor.

Beliau dipecat dari jawatan itu apabila mengambil tindakan tegas ke atas beberapa orang gadis Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik di Petaling Jaya yang difatwakan olehnya sebagai haram.

Tindakan Allahyarham itu tidak disenangi oleh Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad yang kemudian menyebabkan Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Abu Hassan Omar telah bertindak memecat Ishak Bahrum.

Selepas dipecat beliau bergerak secara bebas dengan mengadakan ceramah agama dan menjinakkan diri dengan perjuangan Pas. Beliau juga dikatakan menyertai Pas sebagai ahli biasa. Semoga Allah menempatkan roh Allayarham di makam orang-orang soleh. Al Fatihah!

Monday, January 28, 2008

Kawin dulu, baru boleh dating!!!


Al-Imam Ahmad berkata: “Aku tidak mengetahui sebuah dosa -setelah dosa membunuh jiwa- yang lebih besar dari dosa zina.”

“Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari Kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina kecuali orang-orang yang bertaubat …” (Al-Furqan: 68-70).

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).

Mendekati saja tidak boleh. Tahu maksudnya mendekati perzinaan? Ertinya dengan pergaulan yang bebas, rapat dengan perempuan yang bukan muhrimnya atau sudah tahu tempat itu tempat ‘kupu-kupu malam’ disitulah dia bermesra…“Tidak cuma mendekat saja, cuma melihat saja” Kenapa? “Cuci mata” katanya begitu. Itu namanya sudah mendekati perzinaan.

Allah is watching!

“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.” (Ghafir: 19).

Cinta itu indah? Cinta itu fitrah…

“Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah tempat kembali yang baik.” (Al-Qur`an: Al-Imran ayat 14)

Tetapi awas!

Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli (HR. Abu Dawud dan Ahmad)

JADI:

TUNDUKKANLAH PANDANGANMU

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30).

TUTUPLAH AURATMU

Dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31).

Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nuur: 59).

ADAKAN BATASAN ANTARA DIRIMU DAN KAUM SEJENISMU

Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

JANGAN BERDUA DUAAN!

Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).

JANGAN TUNDUK DALAM BERBICARA

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

JANGAN DISENTUH SIAPA YANG TIDAK HALAL BAGIMU

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir).

*PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG SERING LUPA….

Rindu by Hijjaz



Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahgiaan

Orang-orang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera

Merindukan tertegaknya
Kalimah allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Keampunan Tuhannya

Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan

Friday, January 25, 2008

Anak-anak...

Farhan dan Hanif.

Zikri dan Zafran


Hmmm..tak tau nak tulis apa, tp rindu kat bebudak ni!



InsyaAllah bakal menyusul tak lama lagi seorang, lelaki juga. Semoga semuanya berjalan lancar. Ameen ya rabb!!!

Nisa'

Thursday, January 24, 2008

Syaitan Pun Takut



Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam,

"Orang ini memang bagus menjadi sahabatku..! "

Begitu juga ketika waktu zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil
berkata, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga leka dengan kegiatannya, setan mulai terdiam... ...

Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadikecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji? bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?".

"Aku takut !", jawab setan dengan suara gemetar.

"Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untukbersujud kepada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!", kata setan sambil beransur pergi.

wallahua'lam





Tuesday, January 22, 2008

Hassan al-Basri Dan Khalifah Harun ar-Rashid


Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r. a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

Sewaktu menjelang hari perlantikan Harun Al Rashid menjadi khalifah, dia telah mengarahkan seorang Menterinya untuk mengutus surat jemputan kepada rakan-rakan rapatnya ke majlis meraikan perlantikannya. Dalam majlis tersebut, rakan-rakannya akan diraikan oleh Harun Al Rashid dengan jamuan yang lazat-lazat. Harun Al Rashid juga menghadiahkan kepada mereka dengan hadiah yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Antara yang dijemput ialah Hasan Al Basri.

Setelah tarikh majlis keraian tersebut menjelang, kesemua jemputan pun hadir. Seperti dirancang, mereka diraikan dengan jamuan yang enak dan lazat, serta dihadiahkan dengan barangan yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Setelah hadirin bersurai, Harun Al Rashid mendapati ada satu hadiah yang masih tinggal dan tidak diberikan kepada jemputan. Maka bertanyalah Harun Al Rashid kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Milik siapakah hadiah ini ? Apakah masih ada jemputan yang belum menerimanya ? Atau jemputan tersebut tidak sudi menerima hadiah ku ini ? Atau apakah ada jemputan yang tidak hadir ?

Menteri : Wahai khalifah, sebenarnya ada seorang jemputan yang tidak hadir. Maka dengan itulah terdapat satu lagi hadiah yang tinggal.

Harun Al Rashid : Siapakah jemputan yang tidak hadir tersebut ?

Menteri : Hassan Al Basri, wahai khalifah.

Harun Al Rashid terdiam sejenak setelah nama Hassan Al Basri disebut. Setelah berfikir sejenak, maka dia pun berkata kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Akan aku tulis surat peribadi ku khas untuk Hassan Al Basri. Mungkin kerana dia seorang berilmu tinggi, maka dia inginkan jemputan khusus dan majlis untuknya yang khusus, baru dia senang menerima hadiah anugerah ku. Setelah ku tulis surat itu, kau pergilah ke madrasahnya dan serahkan sendiri surat itu ke tangannya.

Harun Al Rashid pun menulis surat tersebut dan mengarahkan Menterinya untuk menyerahkan sendiri ke tangan Hassan Al Basri. Sang Menteri pun segera bertolak ke Madrasah Hassan Al Basri membawa surat tulisan tangan Harun Al Rashid, sambil diringi beberapa orang pegawai istana.

Sewaktu Menteri tersebut sampai ke Madrasah, Hassan Al Basri sedang memberikan kuliah pengajian kepada murid-muridnya. Menteri tersebut terus berjalan menuju ke pintu madrasah. Hassan Al Basri, sewaktu terpandang Menteri dari istana datang menuju ke tempatnya berubah riak muka Hasan Al Basri. Dia terus memalingkan mukanya dari Sang Menteri dengan riak muka yang marah dan benci.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya sambil memalingkan mukanya dari Sang Menteri. Seolah-olah Sang Menteri tidak wujud di situ.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Sang Menteri memberi salam buat kali ke-2.

Masih tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya. Murid-muridnya juga berasa kehairanan.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri. Kedatangan ku membawa surat peribadi milik Khalifah Harun Al Rashid.

Sang Menteri memberikan salam buat kali ke-3.

Maka berkatalah salah seorang murid tua kepada Hassan Al Basri.

Murid : Wahai tuan guru, ada Menteri diutuskan khalifah kepada Tuan, membawa surat dari khalifah.

Setelah mendengar kata-kata muridnya, barulah Hassan Al Basri menjawab salam Menteri tersebut.

Hassan Al Basri : Salam (Jawab Hassan Al Basri ringkas dengan nada yang marah). Untuk apa kau ke mari ?

Menteri : Kedatangan ku membawa surat peribadi tulisan tangan khalifah buat mu. Aku harap kau terimalah surat ini.

Jawab Menteri, sambil menghulurkan surat tersebut kepada Hassan Al Basri. Hassan Al Basri apabila dihulurkan surat tersebut, dengan segera mengelak dan menepis, agar surat tersebut tidak menyentuh dirinya. Hal ini juga mengejutkan murid-muridnya.

Murid : Wahai Tuan guru, apakah surat ini bernajis sehingga kau enggan menerimanya ? Kasihanilah Menteri ini kerana dia hanya menunaikan arahan Tuannya. Nanti dia pasti akan dihukum kerana kegagalannya menyampaikan surat Tuannya.

Hassan Al Basri : Kalau begitu kau saja yang baca surat ini. Biar ku dengar. Maka muridnya pun mengutip surat tersebut yang jatuh ke lantai Madrasah. Lalu dibuka surat tersebut dan dibaca.

Salam sejahtera buat sahabat ku, Sheikh Hassan Al Basri.

Tujuan ku tulis surat ini, adalah untuk menjemput mu ke majlis meraikan perlantikan ku sebagai khalifah. Mungkin engkau sibuk sewaktu hari pertama perlantikan ku, maka engkau tidak sempat hadir ke majlis tersebut. Maka atas dasar persahabatan kita, maka akan ku adakan sekali lagi majlis keraian tersebut hanya buat mu. Akan ku jamu engkau dengan hidangan yang enak dan lazat. Dan akan ku anugerahkan kepada mu hadiah yang cantik dan mahal. Aku harap engkau akan hadir ke istana ku esok hari untuk majlis ini.

Sekian.

Daripada Khalifah Umat Islam, Khalifah Harun Al Rashid


Dengan riak muka yang marah, dan nada yang tegas Hassan Al Basri mengarahkan muridnya.

Hassan Al Basri : Kau tulis jawapan ku kepada Harun Al Rashid dibelakang suratnya.

Salam,

Harun,

Apakah kau sangka dengan menjamu aku dengan hidangan enak dan lazat, serta anugerah hadiah yang mahal, mampu menjadikan aku menyokong perbuatan mungkar mu ?

Tahukah kamu, perbelanjaan majlis meraikan perlantikan mu sebagai khalifah, datangnya dari pembiayaan Baitul Mal ? Engkau tergamak menggunakan harta Baitul Mal yang hakikatnya milik rakyat bagi membiayai majlis peribadi mu. Kau nafikan hak rakyat yang fakir dan miskin, anak-anak yang yatim dan piatu serta janda-janda yang tiada tempat bergantung. Kau biarkan mereka tidur dalam kelaparan bersama fikiran yang rungsing memikirkan, "Dimanakah akan ku cari rezeki keesokan hari ?"

Di waktu yang sama, kau menjamu sahabat-sahabat mu dengan hidangan yang enak dan lazat walaupun mereka mampu mengenyangkan diri mereka sendiri dengan kekayaan mereka. Di waktu yang sama, kau anugerahkan mereka dengan hadiah yang mahal-mahal, sedangkan rakyat mu ada yang daif dalam kemiskinan. Kehidupan mereka tenggelam dalam lautan air mata penderitaan dan kesedihan akibat kemiskinan.

Belum pun genap sehari engkau menjadi khalifah, sudah banyak dosa yang telah engkau lakukan. Amanah rakyat telah engkau khianati. Apatah lagi jika semakin banyak dan lama hari engkau memerintah, maka akan semakin banyaklah dosa dan kemungkaran yang bakal engkau lakukan.

Apakah untuk ini engkau dijadikan Allah ?

Mulai saat ini, jangan sesekali engkau melafazkan bahwa Hassan Al Basri adalah sahabat mu. Mulai hari ini dan saat ini, ku putuskan persahabatan ku dengan mu !!!

Sekian.

Hassan Al Basri


Tersentuh hati Menteri mendengar ketegasan jawapan yang dilafazkan oleh Hassan Al Basri. Setelah murid Hassan Al Basri selesai menulis jawapan gurunya, surat tersebut pun diserahkan kepada Menteri untuk dikembalikan kepada Harun Al Rashid.

Hassan Al Basri : Ambillah surat ini dan kembalikannya kepada Tuan mu.

Menteri itu pun mengambil surat tersebut dan berlalu. Kata-kata Hassan Al Basri terus bermain di dalam hati dan fikirannya. Kini hatinya menjadi rungsing. Dalam perjalanan pulang ke istana, dia melalui pasar jualan. Di hentikan kudanya, dan turun sambil diiringi pegawai-pegawai yang mengikutinya. Lalu bekatalah Menteri tersebut kepada para pedagang di pasar itu.

Menteri : Wahai para saudagar, mahukah kamu membeli jubah yang kupakai ini ? Jubah yang bermutu tinggi, lagi ranggi dan cantik ini merupakan anugerah Khalifah kepada ku sebagai salah seorang Menteri di istana. Akan ku jualkan kepada mu dengan harga yang murah.

Para pedagang di pasar tersebut berasa hairan dengan kata-kata menteri tersebut. Berkatalah salah seorang daripada mereka.

Pedagang : Mengapa engkau ingin menjual jubah kebesaran mu itu ? Berapakah harganya ?

Menteri : Mengapa ingin ku jualkannya, adalah urusan ku dengan Tuhan ku. Harganya amat murah. Aku hanya memerlukan pakaian yang diperbuat dari kain yang kasar seperti yang dipakai oleh ahli sufi.

Maka urusniaga itu pun berjalan lancar antara Menteri dan saudagar di situ. Setelah Menteri mengenakan jubah dari kain yang kasar, dia pun kembali ke istana untuk mengembalikan surat dari Hassan Al Basri. Setibanya Menteri di istana, dia terus pergi menemui khalifah dengan pakaiannya yang kasar dan murah. Harun Al Rashid tersentak kehairanan, melihat Menterinya berpakaian demikian. Lalu dia bertanya kepada Menteri.

Harun Al Rashid : Mengapa engkau berpakaian demikian ? Ke manakah perginya jubah kebesaran mu sebagai seorang menteri di istana ku ?

Menteri : Wahai khalifah. Sekembalinya aku dari Madrasah Hassan Al Basri, aku telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan ku sebagai Menteri. Maka ku tukarkan jubah kebesaran seorang menteri anugerah mu kepada pakaian yang kasar dan murah ini. Anggaplah aku membawa surat jawapan Hassan Al Basri merupakan tugas dan khidmat ku yang terakhir buat mu. Kerana selepas ini, aku akan mengikuti tuan ku yang baru, iaitu Tuan Hassan Al Basri. Agar aku dapat dididik untuk mentaati Allah dan Rasul Nya.

Menteri itu pun menyerahkan surat jawapan Hassan Al Basri kepada Harun Al Rashid dan terus berlalu dari situ. Menteri itu telah pergi ke Madrasah Hassan Al Basri dan menjadi salah seorang muridnya. Harun Al Rashid, setelah menerima surat jawapan dari Hassan Al Basri, terus membuka dan membacanya. Tersentaklah Harun Al Rashid buat kali kedua di hari itu. Tidak disangka oleh Harun Al Rashid, jawapan yang diberikan oleh Hassan Al Basri amat tegas. Jawapan Hassan Al BAsri telah menyebabkan Harun Al Rashid menangis dan terus menangis. Tangisan keinsafan.

Di beritakan, Sesudah peristiwa itu, Harun Al Rashid akan meletakkan surat Hassan Al Basri di sebelahnya sewaktu solat. Sesudah selesai solat, Harun Al Rashid akan membaca surat jawapan Hassan Al Basri dan terus menangis. Dia melakukan ini sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia menjadikan surat tersebut sebagai peringatan buat dirinya yang sering lupa agar dia tidak tergelincir dalam pentadbirannya. Maka tidak hairanlah, Harun Al Rashid merupakan salah seorang khalifah Abbasiah yang yang dikenali kewarakannya.

Sebulan berlalu.....


Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya.
Sedar tak sedar...cepat sungguh masa berlalu...tak sangka sudah sebulan saya bertukar status dan bak kata Enda An 'fitrahhati sudah dimiliki'.

Cepatnya masa berlalu, usia juga semakin meningkat. Alhamdulilllah syukur tak terhingga kepadaNya, di atas segala rahmat dan nikmat yang dikurniaNya. Dan yang paling utama, syukur tak terhingga dikurniakan seorang suami seperti dia. Yang amat memahami, penyayang, penyabar dan sebagainya (semua penuh dengan pujian hehehehe).

Siapa sangka siapa menduga...kini, saya pula menjadi penasihat disamping mula menggalakkan sahabat-sahabat sekeliling untuk mengikut jejak saya yang sudah menyempurnakan separuh dari agama. Malah, saya juga yang menenangkan rakan-rakan yang gelabah dan gemuruh dengan persiapan perkahwinan mereka. Tak sangka, apa yang saya pernah lalui dan rasai itu kini dilalui pula oleh rakan-rakan dan sahabat-sahabat-sahabat saya.

Itulah kitaran kehidupan, setiap orang pasti akan melaluinya. Saya turut gembira dengan kegembiraan yang dilalui oleh rakan-rakan saya. Mereka gembira, saya turut menumpang sama.

Dalam tempoh sebulan ini, walau hanya menjadi surirumah dan isteri separuh masa (part time) saya amat bersyukur, kerana saya yakin ada hikmah yang kelihatan dan juga tidak kelihatan. Cuma, berharap dan berdoa kami berdua dapat disatukan dalam tempoh masa yang terdekat ini untuk kebaikan kami bersama. Tolong doakan bersama ye!!!! :)



Note : Allah Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk kita...

Maafkan Dan Berkasih Sayanglah!!!!


Suatu ketika Rasululah sedang memimpin sholat jamaah. Tidak seperti biasa, kali ini sujudnya panjang sekali. Para sahabat yang berada di belakangnya mulai resah, terfikir oleh mereka pasti ada sesuatu yang menimpa pada Rasulullah. Ketika sholat usia, mereka bertanya tentang perkara tersebut.

Nabi menjelaskan bahawa ketika dia sedang bersujud, tiba-tiba Hasan dan Husain cucunya naik ke atas punggungnya. Nabi tidak segera berdiri hingga cucunya turun sendiri. Nabi khuatir bila dia paksakan berdiri cucunya akan terjatuh ke lantai.

Di lain waktu Rasulullah sedang berkhutbah. Di tengah-tengah khutbahnya tiba- tiba cucunya berlari menuju ke mimbar. Rasulullah turun dari mimbarnya dan menyambut kedatangan cucunya sambil memberi isyarat agar cucunya kembali tenang. Tidak lama kemudian Rasulullah melanjutkan khutbahnya.

Rasulullah adalah manusia yang dipilih Allah dengan sifat yang penuh dengan kasih sayang. Sifat kasihnya tidak terbatas hanya untuk anggota keluarganya, tetapi merangkumi seluruh manusia.

Suatu ketika ada seorang ibu sedang menggendong anaknya. Tiba-tiba Rasulullah mendekati dan ingin memangkunya. Maka beralihlah si anak dari pangkuan ibu kepada pangkuan Rasulullah. Tak disangka-sangka si anak itu kencing hingga membasahi jubah Rasulullah. Melihat kejadian itu si ibu terus merenggut anaknya dari tangan Rasulullah. Sambil memarahi, si ibu tidak lupa memukul punggung anaknya. Rasulullah mencegahnya, tetapi si ibu tetap memaksa.

Atas kejadian tersebut Rasulullah mengingatkan bahawa kotornya jubah boleh dicuci di rumah, tetapi kemarahan ibu tetap akan membekas dalam hati si anak hingga ia meningkat dewasa, dapatkan ibu membersihkannya?

Begitulah keadaan manusia yang bernama Muhammad. Beliau tidak ingin seorangpun yang terluka hatinya, kecewa, sedih, marah, dan benci kepada sesamanya. Beliau ingin memberikan yang terbaik kepada orang lain, dengan sekuat daya dan kemampuannya.

Menyayangi keluarga, isteri, anak atau cucu, itu perkara biasa. Binatang buas sekalipun memberikan kasih sayangnya kepada anggota keluarganya. Harimau tetap menyusukan anaknya, demikian pula binatang buas lainnya. Untuk itu Rasulullah SAW bersabda;

" Tidak sempurna iman kalian sehingga kalian saling berkasih sayang. "

Para sahabat berkata; " Kami sudah saling kasih sayang. "

Nabi bersabda; " Bahawa sayang yang dimaksud di sini bukan sahaja sayang sekadar kepada salah seorang temannya, dalam ruang lingkungan terbatas, tetapi sayang ( yang dimaksud ) adalah sayang yang bersifat menyeluruh. " HR. At-Thabrani

Kerananya ia mengajari manusia untuk bersikap lembut dan kasih sayang semua yang melata di muka bumi. Beliau bersabda; " Sayangilah orang-orang yang ada di bumi, nescaya kamu disayangi oleh orang yang di langit ( yakni para malaikat ). " HR. At-Thabrani

Bukankah hidup kita di dunia ini atas kasih sayang Allah? Tanpa kasihNya tidak mungkin kita dapat hidup dan menikmati kehidupan seperti saat ini. Udara disiapkan secara percuma, tanpa pembayaran. Air disediakan melimpah untuk sesiapa sahaja. Matahari, bulan, bintang, dan bumi yang kita injak ini adalah berkat Rahmat Allah SWT. Sedikit sahaja Rahmat Allah dicabut, hidup kita akan sengsara. Saluran nafas kita diberi sumbatan sedikit sahaja sudah kalang kabut hidup kita. Belum lagi jika denyut jantung kita dihentikan sejenak, maka matilah kita.

Suatu ketika Aisyah menceritakan kepada Rasulullah SAW sebuah peristiwa yang baru sahaja dilihatnya. Aisyah melihat seorang ibu dengan dua orang anaknya yang sedang kelaparan. Dalam keadaan seperti itu seseorang memberikan tiga potong roti. Dua diberikan kepada anaknya sedangkan yang sepotong disisakan untuk dirinya. Kerana kelaparan si anak terus melahap dan menghabiskannya. Tidak tega terhadap keinginan kedua anaknya tersebut, sepotong roti bahagiannya dibagi dua untuk mereka. Si ibu rela kelaparan demi anak-anaknya.

Setelah mendengar cerita tersebut, Rasulullah SAW bersabda;

" Kasih sayang Allah kepada hambaNya melebihi kasih sayang ibu yang baru anda ceritakan tadi. Si ibu yang dikisahkan oleh 'Aisyah itu benar-benar telah menghayati nilai kasih sayang. Dia telah meresapi nilai kasih sayang Tuhan, yang dimplementasikan kepada anak-anaknya. Namun demikian, kasih sayang Allah jauh melebihi demonstrasi kasih sayang ibu tersebut. Atas kasih sayangNya kita hidup, dengan kasih sayangNya pula kita dapat menikmati kehidupan dunia, dan insyaAllah akan menikmati pula kehidupan akhirat, suatu kehidupan yang sesungguhnya. Rasulullah membenci orang-orang yang bersifat kasar, tak berperasaan. Beliau bersabda; " Bahawasanya sejauh-jauh manusia dengan Allah ialah orang-orang yang keras hatinya. " HR. At-Tirmidzi

Sebagai Rasul yang membawa ajaran baru, beliau tentu sahaja menghadapi cabaran dan permusuhan yang amat berat. Caki maki, hinaan, penyiksaan mental dan fizikal, serta kejaran musuh, serta ancaman pembunuhan selalu menyertai kehidupannya. Akan tetapi dalam menghadapi mereka, Rasulullah justeru diperintahkan untuk tetap bersikap lemah lembut. Beliau berpantang untuk bersikap keras. Allah berfirman;

" Maka dengan sebab rahmat ( yang melimpah-limpah ) dari Allah ( kepadamu wahai Muhammad ), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka ( sahabat- sahabat dan pengikutmu ), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka ( mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu ) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan ( peperangan dan hal-hal keduniaan ) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam ( sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu ) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. " QS. Aali Imran : 159

Di Thaif, Rasulullah SAW terluka. Zaid bin Haritsah yang mendampinginya pun terluka ketika berusaha memberikan perlindungan. Penduduk negeri itu melemparinya dengan batu. Padahal, ajakannya adalah ajakan tauhid. Seruannya adalah seruan untuk mengesakan Allah. " Agar Allah diesakan dan tidak disekutukan dengan apapun."

Namun, Bani Thaif malah memusuhinya. Pegawai negeri itu menghasut khalayak ramai untuk menyambutnya dengan cercaan dan lontaranan batu. Meskipun diperlakukan sedemikian kasar, Rasulullah tetap pemaaf. Beliau tetap bersikap lemah lembut. Tidak sedikitpun kemarahan nampak pada wajahnya. Kecintaannya kepada umat mengubati derita yang dialaminya. Ketika Malaikat Jibril datang menawarkan bantuan untuk menghancurkan Bani Thaif dengan batu-batu gunung, beliau justeru menjawab; " Ya Allah, berilah kaumku hidayah, sebab mereka belum tahu. "

Bani Thaif ketika itu belum lagi menjadi kaumnya, bahkan mereka ketika itu adalah musuhnya. Akan tetapi dalam doanya, beliau menyebut mereka sebagai kaumnya. Itulah bentuk kasih sayang Rasulullah SAW yang besar kepada umat manusia.

Di Bukit Uhud, peribadi pilihan itu kembali terluka. Wajah Rasulullah SAW terluka, gigi seri beliau patah, serta topi pelindung beliau hancur. Fatimah Az- Zahra, puteri beliau, bersusah payah untuk menghentikan pendarahan tersebut.

Dua pelindungnya terakhir, Ali RA dan Thalhah RA juga terluka parah.

Bukit Uhud menjadi saksi kekalahan pahit itu. Pasukan pemanah yang diperintahkan menjaga bukit, dijangkiti cinta dunia. Silaunya harta rampasan menguasai keikhlasan mereka. Akibatnya, pasukan kaum muslimin porak-peranda dan Rasulullah SAW terluka. Meski kembali disakiti, cinta Beliau tetap bergema, ? Ya Tuhanku! Berilah keampunan kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.?

Sesungguhnya sifat kasih sayang itu ada dalam jiwa manusia. Besar kecilnya tergantung kepada setiap individu untuk menumbuhkan dan merawatnya. Ada orang yang berhasil membesarkannya, tetapi ramai gagal sehingga kasih sayangnya tertutupi oleh rasa benci, sombong, dan cita-citanya Sebagaimana sifat-sifat yang lain, sifat kasih sayang hendaknya juga dilatih.

Pertama, dengan mengasah kepekaan sosial. Tumbuhkan rasa simpati dan kasih sayang kepada sesama.

Kedua, hulurkan tangan, berikanlah bantuan kepada orang-orang yang lemah dan memerlukan bantuan.

Ketiga, hiasi penampilan dengan seyuman yang manis, perangai yang halus, dan perilaku yang menyenangkan.

Keempat, jaga lisan dari kata-kata kasar, kotor, dan menyakitkan perasaan. Lebih baik diam jika tidak dapat berkata manis dan menyenangkan.

Dengan empat langkah di atas, insyaAllah kita tampil menawan, penuh pesona dan berwibawa.

Semoga Bermanfaat.

Monday, January 21, 2008

Eye on Malaysia!



Lokasi : Taman Tasik Titiwangsa
Tujuan : Lawatan Muhibbah
Tarikh : 19 Januari 2008, Sabtu
Tiket : RM15 sahaja (dewasa)

Alhamdulillah berkat izinNya, merasa juga naik Eye On Malaysia. Lawatan Muhibbah itu disertai oleh saya, dia dan Murni. Cadangan ni pernah juga disusulkan pada tahun lepas. Dan Alhamdulillah tahun ni berkesempatan juga.



Terima kasih kepada Cik M, yang sudi turut serta (kes paksa, memang dia kena ikut jugak).


Note : makan aiskrim sedap ditambah mahal kat sana...huhuhu

Friday, January 18, 2008

Hari Asyura - 19 Januari, Sabtu


Perkara-perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan Sabtu, 19 Januari, 2008 )

1. Melapangkan masa / belanja anak-isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan Fakir Miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan Marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan Orang Sesat
Fadhilat Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala!"

9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala". Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Thursday, January 17, 2008

Kisah Cicak


Salam ya salam...

Untuk kesekian kalinya saya membuka email wardahmustapa@yahoo.com dan sebetulnya saya agak jarang membuka email ini berbanding email fitrahhati@yahoo.com yang sentiasa available. Dan saya tertarik dengan satu cerita yang dihantar oleh seorang sahabat.. Kita hayati bersama!!

-------------------------------------------------

ketika sedang mengubahsuai rumahnya, seorang petani cuba meruntuhkan dindingnya. rumah jepun biasanya memiliki ruang kosong antara 2 dinding yang diperbuat dari papan. bila sebelah dindingnya dibuka, petani tersebut mendapati ada seekor cicak melekat di dinding tersebut kerana kakinya terlekat pada
paku. petani tersebut kasihan dan membuka paku yang memasak kaki cicak itu, seingatnya paku tersebut sudah tertanam selama tiga tahun, sejak rumah itu mula dibina.

apa sebenarnya terjadi? bagaimana cicak itu dapat bertahan selama tiga tahun menanggung kesakitan dan dalam suasana gelap selama itu. petani itu berfikir sendiri... petani itu berehat sebentar, sambil memikirkan bagaimana cicak itu dapat bertahan selama tiga tahun... mungkinkah tanpa teman dan tanpa makanan?

tidak lama kemudian dia melihat seekor cicak lain datang ke tempat itu dengan makanan di mulutnya. betapa petani itu tersentuh, terharu melihat rupanya ada cicak lain yang menyedari temannya terperangkap
dan membantu sedayanya selama tiga tahun...

begitulah cinta...cinta yang indah. cinta menjadikan makhluk picisan bagi kita, yang sekecil dua ekor cicak sedar tentang keajaibannya. atas nama cinta ia tak pernah menyerah atau mengalah. bayangkan
haiwan sekecil itu sanggup melakukan segala yang terbaik untuk sat hati yang disayanginya.

*****************************************************

saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. lalu mula terfikir, tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki & perempuan... berusahalah semampu kita untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi. JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG KITA KASIHI!

kirimkan cerita ini kepada semua orang yang telah menyentuh hidup kita dan membuat kita bertumbuh, mengerti, dan memahami lebih dalam lagi tentang hidup. semoga kita semua sesungguh hargai nilainya CINTA & DICINTAI

Kehebatan Surah Al-Ikhlas


"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab
persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Tuesday, January 15, 2008

Model Muslimah Sejati.



Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s. w. t. Malah Rasulullah s. a. w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud:

"Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.

Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.

Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.

Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s. a. w bersabda yang bermaksud:

" Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda." - (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.

Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri.

Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah s. a. w bersabda maksudnya:

"Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu." - (Riwayat Abdullah ibn Humaid).

Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk.

Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud:

"... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah..." - (Surah an-Nisa: 34)

Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud:

"Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya. " - (Riwayat Imam Ahmad)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.

Sabda Rasulullah bermaksud:

"Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga." - (Riwayat Al-Hakim dan Tirmizi)

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.

Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Akhirnya, Rasulullah s. a. w pernah bersabda, maksudnya:

"Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain." - (Riwayat Al-Tausi)

Monday, January 14, 2008

Kehadiran - Nor Qudratun Nisa'



Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya..seminggu juga saya berulang dari Subang ke tempat keje....penat?? Terpaksa diakui semua tu...tapi memandangkan ada misi yang perlu diselesaikan hehehe

Yela, lope dengan yong minta tlg jaga anak-anak dia kalau2 yong admit hospital waktu malam. Tambahan pula, menjadi mak sedara kesayangan bebudak tu hehehe.


Segala penantian terjawab.

Jumaat, 11 Januari 2008

Baru je bercadang nak pergi rumah Ainul dan Mazlinda...lawatan silaturrahim. Sampai rumah yong maghrib tu, lepas bersiap2 nak pergi...tetiba dapat called dari lope yang beritahu yong dah masuk hospital. Lope suruh g DEMC (Darul Ehsan Medical Center) dengan kadar segera...

Lepas isi perut ala kadar saya dan suami pergi ke DEMC (walau ingat-ingat lupa jalan ke sana). Sebetulnya yong ada check up petang tadi, bila kena check tgk2 dah ada tanda2 nak bersalin. Malam tu kami berdua dapat anak segera... :D Tidur sekali dengan kami satu bilik.

Esoknya, 12 Januari yong bersalin pukul 12.53 petang...2.7 kg, perempuan. Anak saudara perempuan sulong dan cucu pertama perempuan bagi keluarga M.Sa'di.

Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar. Syukur juga ada 'dia' tlg saya menjaga budak-budak dua orang tu. Kalau tak, tak tau la nak cakap macam mana.

Pagi tadi telefon...nama dah diberi... NOR QUDRATUN NISA'.


Nota : terima kasih kepada Ainul dan Wan yang sudi mencemar duli ke DEMC petang sabtu tu. :)

Friday, January 11, 2008

Tanggungjawab suami dan isteri..



Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Rasa macam dalam mimpi pun ada juga..dan seperti kata sahabat-sahabat saya...'percayalah itu adalah kenyataan'. Dan dengan itu..sy juga percaya.

Soalan lazim yang ditanyakan oleh rakan-rakan saya ialah...BEST tak kahwin?? Macam mana nak jawab tu?? Tapi dan jawapan lazim yang saya berikan...'Alhamdulillah'.

Cuma, yang pasti...saya telah melaluinya. Secara jujur dikatakan bahawa setelah berkahwin perasaan kasih sayang antara kami semakin bertambah. Kerana perasaan rindu dan cinta itu telah halal dan layak untuk diluahkan. Alhamdulillah.

----------------------------------------------------------------------------------------------

1. Tanggungjawab suami;

· Menyediakan keperluan asas kepada isteri dan anak berdasarkan kemampuan

· Memberi nafkah zahir dan batin

· Bertanggungjawab terhdap pendidikan anak

· Mencurahkan kasih sayang kepada isteri dan anak

· Mewujudkan pergaulan yang baik

· Memberi perlindungan kepada isteri dan anak

· Adil jika berpoligmi

2. Ciri-ciri suami yang baik;

· Beriman

· Berakhlak mulia

· Bertanggungjawab

· Taat pada ajaran islam

· Berilmu pengetahuan

3. Tanggungjawab isteri;

· Mentaati suami berdasarkan kehendak islam

· Menjaga maruah diri dan harta suaminya

· Menjaga kebersihan diri dan anak seta rumah tangga

· Menjaga dan mendidik anak dengan sempurna

· Mengadakan pergaulan yang baik

· Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami

4. Ciri-ciri isteri yang solehah;

· Beriman

· Berakhlak mulia

· Patuh pada ajaran islam

· Menjaga kehormatan / maruah diri

· Berilmu pengetahuan

· Sentiasa melakukan kebaikan

5. Tanggungjawab bersama;

· Berusaha mengekalkan kebahagiaan rumah tangga

· Memberi pendidikan kepada anak

· Memberi kasih sayang kepada anak

· Memberi layanan baik kepada keluarga kedua-dua belah pihak

· Sama-sama berkorban untuk kebahagiaan anak

6. Kesan pengabaian tanggungjawab terhadap keluarga

· Hubungan suami isteri akan renggang dan berlaku perselisihan

· Pasangan suami isteri mungkin akan memilih perceraian sebagai jalan penyelesaian masalah hubungan suami isteri

· Anak-anak menjadi mangsa perceraian dan akan terabai didikan serta kasih sayang

7. Kesan kerukunan rumahtangga terhadap pembangunan umat

· Keluarga merupakan salah satu komponen terpenting yang membentuk identiti masyarakat

· Akan lahir para cendekiawan dan pemimpin berkaliber kerana mendapat didikan yang baik dari keluarga yang harmoni

· Akan lahir anak-anak yang cemerlang dan bijak

Wednesday, January 09, 2008

Salam Muharam!!


Satu Muharam detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam Hijrah,
Perpindahan nabi dan umat Islam,
Dari kota Mekah ke Kota Madinah..

Hijrah itu perjuangan...
Hijrah itu persaudaraan..
Hijrah membentuk perpaduan..

Siapa masih ingat lagu tu? dulu masa zaman sekolah pernah gak masuk team nasyid nyanyi lagu tu. Best pulak ingat zaman2 dulu hehehehe

Ada lagi satu lagu yang ayah saya selalu ajar, dan menjadi hafalan kami adik beradik...sejak kecil sampai sekarang.

Awal Muharam..
Bulan lah Safar..
Rabiul Awal...Rabiul Akhir..
Jamadil Awal..Jamadil Akhir..
Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal..
Zulkaedah...Zulhijjah...


Sekarang sedar tak sedar umur pun dah makin meningkat, kalau kira tahun hijrah umur pun dah lagi tua. Bila dikenang balik...banyak perkara yang dah berjaya dilalui. Tak kurang juga ada dugaan dan cabaran yang menjadi asam garam kehidupan.

SALAM Tahun Baru Hijrah untuk semua!!!

Semoga dengan kedatangan tahun ini kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya, menjadi lebih berjaya dari sebelumnya, menjadi lebih soleh, menjadi lebih taat pada Pencipta, menjadi lebih alim, semakin menambah amal, mengurangkan dosa...pendek kata, semua yang baik-baik belaka. Betul tak?

Ingatan untuk semua dan terlebih lagi untuk saya...!!!


Nota : Jangan lupa baca doa awal dan akhir tahun.


Sedikit artikel untuk dikongsi bersama...

-------------------------------------------------------------------------------------

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga.

Doa awal tahun

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Peristiwa-peristiwa penting

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1.Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2.Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3.Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4.Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8.Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9.Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.Allah menjadikan 'Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.Nabi Isa diangkat ke langit.

Amalan-amalan sunat

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharam)
1.Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2.Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3.Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4.Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5.Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6.Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7.Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8.Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9.Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11.Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12.Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

KUKU PANJANG & PAKAI CINCIN


Rencana yg diambil dr email dihantar dari seorg sahabat, semoga dijadikan panduan bersama, insyaAllah...

Sekarang ni ramai yg pakai cincin...tapi ikut suka dia je.. sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua
babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun Hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia
tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll.
Apa ilmu pun yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan & mahu anak yg pandai & mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu,
sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad Saw berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk & jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi
Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita
memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat
pahala.

Tuesday, January 08, 2008

Alhamdulillah...



ALhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Terima kasih kepada semua terutamanya ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang tak jemu-jemu mendoakan saya dan suami. Alhamdulillah pada 22 Disember lepas saya telah selamat menjadi isteri kepada Wahiddin Bin Mohd Amir atau seperti kata enda an 'fitrahhati telah dimiliki'....hehehehe

Terima kasih kepada semua...tak kurang kepada sanak saudara yang bersusah payah menjayakan walimah ini. Terima kasih juga kepada sanak saudara yang menghadirkan diri tak lupa juga yang turut memberikan hadiah.

Salam tahun baru kepada semua...!!!!



Nota : alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas segalanya...