skip to main |
skip to sidebar
Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya.Sedar tak sedar...cepat sungguh masa berlalu...tak sangka sudah sebulan saya bertukar status dan bak kata Enda An 'fitrahhati sudah dimiliki'.Cepatnya masa berlalu, usia juga semakin meningkat. Alhamdulilllah syukur tak terhingga kepadaNya, di atas segala rahmat dan nikmat yang dikurniaNya. Dan yang paling utama, syukur tak terhingga dikurniakan seorang suami seperti dia. Yang amat memahami, penyayang, penyabar dan sebagainya (semua penuh dengan pujian hehehehe).
Siapa sangka siapa menduga...kini, saya pula menjadi penasihat disamping mula menggalakkan sahabat-sahabat sekeliling untuk mengikut jejak saya yang sudah menyempurnakan separuh dari agama. Malah, saya juga yang menenangkan rakan-rakan yang gelabah dan gemuruh dengan persiapan perkahwinan mereka. Tak sangka, apa yang saya pernah lalui dan rasai itu kini dilalui pula oleh rakan-rakan dan sahabat-sahabat-sahabat saya.
Itulah kitaran kehidupan, setiap orang pasti akan melaluinya. Saya turut gembira dengan kegembiraan yang dilalui oleh rakan-rakan saya. Mereka gembira, saya turut menumpang sama.
Dalam tempoh sebulan ini, walau hanya menjadi surirumah dan isteri separuh masa (part time) saya amat bersyukur, kerana saya yakin ada hikmah yang kelihatan dan juga tidak kelihatan. Cuma, berharap dan berdoa kami berdua dapat disatukan dalam tempoh masa yang terdekat ini untuk kebaikan kami bersama. Tolong doakan bersama ye!!!! :)
Note : Allah Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk kita...
0 comments:
Post a Comment