Monday, October 08, 2007

Salam Aidilfitri!!!



Edisi Raya!!!

Di ofis, semua orang dah mula terasa mood raya....ada yang muka dah semakin muram. Buat kerja pun jasad je di pejabat...tapi, diri dan hati dah kat kampung. Lagu-lagu raya pun dah mula berkumandang dengan jelasnya!! Malah ada yang dah tukar ring tone ke ring tone raya!! hehehe memacam! Pagi tadi telefon mak, mulanya mak dgn ayah kat pasar. Beli barang-barang dan lauk pauk. Citer bab lauk lagi teringin nak balik...mesej kat ym pun dah ramai yang menunjukkan mood raya hehehe

Kat pejabat ni, ramai yang mula bercuti pada hari rabu....tapi, insyaAllah saya mula bercuti pada hari khamis. Balik perak pada hari rabu malam jumaat. Doakan semoga semuanya berjalan lancar!! Ameen ya rabb!!

Bila sebut soal cuti, bagi saya yang paling seronok ialah dapat bersama dengan mak ayah serta adik beradik. Tapi, raya kali ini sedih sebab si Penceria tak dapat balik. Rindu kat si Penceria..yang selalu tersenyum dan mulut tak henti-henti berceloteh macam-macam.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat yang dikenali atau tidak dikenali. Maafkan segala salah dan silap dan terlanjur kata. Andai ada izinNya nanti kita berjumpa lagi!! Ameen ya rabb!!


Nota : rindu pada si penceria!!

0 comments: