Friday, October 05, 2007
Jawapan Kepada Segala Persoalan
Seseorang berjalan berhampiran sebuah kebun tembikai. Buah-buah tembikai yang besar sedang masak ranum di kebun itu. Berhampiran pohon tembikai itu terdapat sepohon pinang yang berbuah.
Dia tertanya-tanya:
"Kenapa Tuhan jadikan buah tembikai yang besar berada di bawah sedangkan buah pinang yang kecil berada di atas?"
Oleh kerana terlalu mengantuk dia pun tertidur di bawah pohon pinang itu. Tiba-tiba sebiji buah pinang jatuh ke atas kepalanya,
"Aduh!!"
Dia pun terfikir:
"Kalaulah buah pinang ini sebesar buah tembikai, sudah tentu aku dah jadi arwah. Inilah menunjukkan bahawa adilnya Tuhan yang menjadikan buah pinang yang kecil di atas dan buah tembikai yang besar di bawah."
Setelah berpuas hati dengan jawapan yang telah ditemui bagi persoalannya tadi, dia pun bangun dan meneruskan perjalanan. Tidak berapa lama kemudian dia melalui di bawah sepohon kelapa. Tiba-tiba:
"Buppp!!!"
Sebiji buah kelapa yang sama besar saiznya dengan buah tembikai jatuh dan hampir-hampir mengenai kepalanya.
Dia pun terfikir sekali lagi:
"Kenapa pula Tuhan jadikan buah kelapa yang bersaiz besar berada di atas?"
"Aah... lupakan saja persoalan itu. Yang penting, Tuhan tetap Maha Adil dan Hanya Dia Yang Maha Mengetahui jawapan bagi segala persoalan-persoalan..."
Nota : Jangan di tanya kenapa, kerana Allah Maha Mengetahui segalanya...takkan dicipta sesuatu itu jika tiada sebabnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
hi wardah, Nice story!
Salam Aidilfitri utk awak sekeluarga. Maaf zahir & batin. Jemputlah beraye ke manjung...
Post a Comment