Wednesday, October 24, 2007

Aidilfitri 2007



ALhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Tetiba terasa nak menaip panjang untuk entry kali ini. Kenapa ye?? Saya pun takde jawapan. Yang pasti, sudi-sudikanlah membaca sehingga ke perkataan terakhir :D

Apa nak cerita ye? Cerita pasal cuti raya baru nila...ok. Sedia...ke garisan sedia mula hehehe

10 Oktober 2007 - Rabu
Hari ini merupakan hari terakhir bekerja sebelum cuti, tapi nampak gayanya macam dah ramai yang mula bercuti. Terasa kosong kemain ofis ni. Ditambah hati yang sudah berada di kampung...tak sabar nak rasa masakan mak, tak sabar nak balik perak dan yang pasti tak sabar nak jumpa mak ayah!! Rindu!!

Ambik Intan dan Anez kat Seri Serdang, alhamdulillah takla susah sangat nak cari rumah diorang. Lepas tunggu diorang kemas-kemas baju dan barang. Bertolak ke rumah yong kat Subang. Berbuka kat rumah yong. Lepas isyak (sempat gak la tgk angkasawan berlepas), hampir pkl 10 malam juga kami mula bertolak dua kereta ke Perak. Ikut lebuhraya Rawang Selatan (tak taula betul ke tak nama hway tu). Selepas tu keluar di Tg Malim. Ikut jalan lama sampai la ke rumah. Alhamdulillah jalan lama tak sesesak jalan highway. Kami sampai KD hampir pkl 1 am. Kuteh dgn cik teh dah sampai nak ambik anak2 dia. Sempat jugak la late supper. Mak hidangkan kueh sepang (kueh n9). penat tak terkata....


11 Oktober 2007
Hari yang agak memenatkan, sebab tolong mak masak 'Masak Besar'. Sejenis rendang kebanggaan orang perak. Berjam-jam jugakla masak rendang ni. Yang uniknya rendang ni masak guna kerisik dan tanpa menggunakan santan. Pastu, nama pun masak besar...daging dipotong besar-besar. Kat rumah hanya ada wat dan saya. Pagi tu yong + lope dan anak-anak dah bertolak ke Penang. Hari ni sibuk tolong mak siapkan barang nak bawak balik n9 esok.

12 Oktober 2007
Sehari sebelum raya. Bertolak lebih kurang pukul 10 lebih. Sepatutnya dijadualkan lebih awal. Tapi disebabkan banyak nak selesaikan tu yang lewat dari jadual. Ikut jalan lama sehinggalah masuk highway dari Tg Malim dan keluar di Senawang/Seremban. Alhamdulillah kereta tak banyak. Sampai kat Bukit Putus pun kereta tak banyak mana. Alhamdulillah dipermudahkan urusan oleh Allah. Sampai kampung mak masa tu dah pkl 4 pm. Hanya ada ateh anak beranak dan wan atok je masa tu. Menjelang malam rumah wan dah penuh dgn anak-anak dan menantu makcik.



13 Oktober 2007
Hari raya pertama. Telefon Nur kat sabah lepas subuh. Sian dia beraya kt sana. G solat sunat kat masjid. Rasa terharu jugak tgk mak jumpa kawan2 lama dia. Ini raya ke-2 beraya kat n9. Best sangat2!!! Hari ni duk melayan tetamu je yang datang...petang raya baru nyahli dan suami sampai.

14 Oktober 2007
Beraya ke rumah tok dan wan sedara. Pastu, g palong 4 rumah abang mak yang sulong. Di jamu makan gulai daging salai.hehehehe best bangat!! Menjelang maghrib beraya kat Gemas rumah mak mah dan ayah abas. Mandi + solat + makan semua sekali kat situ. Lepas tu, mak request kat ayah nak jumpa kawan lama dia yg dah berpuluh2 tahun tak jumpa. Maka berlangsunglah jejak kasih..terharu jugak tengok! Sampai rumah wan malam tu hampir pkl 1am.

15 Oktober 2007
Seharian duk kat rumah, melayan tetamu yang datang. Mak andak dari johor pulak baru sampai. Siang tu, mak cik anak beranak balik Kl. so, agak lengang sikit rumah wan tu.

16 Oktober 2007.
Sebelum tengahhari bertolak ke Perak. Singgah solat kat Slim River, dan makan sekali kat situ. Sampai rumah dalam pkl 5 lebih. Belum sempat angkat barang mak ngah dan anak beranaknya sampai. Rumah kena serang... Mak ngah singgah dalam perjalanan ke Penang.

17 Oktober 2007
Kuteh anak beranak datang beraya, enda dan cik ha pun ikut sekali. On the way diorang nak ke KL.

18 Oktober 2007
Rumah jadi kelam kabut bila Yang dgn Yong sampai. 4 orang hero mula menjelajahi villa adi dan ida.

19 Oktober 2007
Nyahli dgn suami pula balik. Rumah dah makin meriah.

20 Oktober 2007
Menyerang rumah lee kat Ipoh. Dihidangkan dengan kueh raya dan mee sarawak. Yang bertolak ke Penang. Malam menyerang rumah nyah norli. Makan nasi.

21 Oktober 2007.
Rumah mak ayah dah jadi kosong. Nyah balik lepas makan thari. Saya dan wat bertolak lepas solat. Alhamdulillah perjalanan juga lancar. Sampai rumah sewa pkl 6pm. Penat tak terkata!!

Panjang kemain cerita raya kali ini, tapi sedih sebab cik nur tak dapat sama-sama masa kami semua berkumpul. Takpe kami semua doakan kamu Nur. Gembira sebab dapat luangkan masa yang lama bersama mak ayah dan adik beradik. Mungkinkah ada kesempatan itu lagi di masa hadapan??



Nota : hari ini adalah kenyataan. Semalam adalah masa silam. Esok....??

2 comments:

Anonymous said...

Best la citer raye awk!

wardah said...

cerita di sebalik cerita..hehehe