Wednesday, October 31, 2007

Taqwa by Opick



Masa bulan puasa balik keje pkl 5, sempat la jugak jadi pengikut cerita bersiri Taqwa kat tv9 tu. Tapi, sekarang dah tak sempat. Apapun, memang best lagu tema untuk cerita bersiri tu. Cerita taqwa tu sampai sekarang tak habis-habis lagi. hehehe biasala tu. Tapi, mana lah larat nak ikut-ikut sangat cerita tu kan? Sampai rumah pun cerita dah habis...

Saya letakkan lirik dia. Lagu format mp3 pun saya ada. Sape nak boleh mintak. :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Taqwa

Laaillahailalloh 8x

Ku bersujud pada-Mu
Dan pasrahkan diri dike-maha-anMu
Ku berlindung selalu pada dosa-dosa
Dan setiap salahku
Kau jagalah lindungilah cintailah aku

Laaillahailalloh 8x

Setiap detik yang berlalu
Menghitung diriku
Bertanya padaku
Akankah sia-sia bila akhir waktu
Datang memanggilku
Kau jagalah lindungilah selamatkan aku

Alloh Alloh Alloh

Kau jagalah lindungilah selamatkan aku
Alloh (Laaillahailalloh)

Jagalah diriku jagalah diriku
Lindungi lindungi lindungilah aku ini
Jagalah cintai lindungi selamatkan
Ya Alloh 2x

(Laaillahailalloh)
Jagalah ya Alloh
Laaillahailalloh

Tuesday, October 30, 2007

Cerita...citer...criter...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya-galanya. Sedar tak sedar hari ni dah Syawal ke-18. Mungkin ada sahabat-sahabat yang sudah beraya puasa sunat. Saya??? masih ada baki sehari (kalau hari ni berjaya menyempurnakannya).

Jumaat lepas ada pot luck kat Ibtech office upm....untuk julung-julung kalinya saya membawa menu yang best hehehehe Hari ini dalam sejarah gak la. Isnin = dpt email inform pasal pot luck. Selasa = tanya resepi kat yong. Rabu = 1st trial. Khamis = Beta version (untuk bawa ke pot luck). Alhamdulillah...berjaya gak.

Citer pasal pot luck...insyaAllah hari Khamis minggu ni ada pot luck kat office Mines lak. Apa saya nak bawa? Menu yang last week tu macam boring lak. Sebab menu tu dah kena buat hari sabtu ni..sebab ahad ada jamuan kat rumah sewa. Pikir punya pikir....harap-harap jadilah sesuatu yang best malam rabu tu untuk dibawa pagi khamis hehehe

Sejak lepas cuti raya ni rasa masa terlalu cepat berlalu sebab banyak sangat hal nak diselesaikan. Dalam masa yang sama kena buat macam-macam kerja dalam satu masa. Rasa tak terkejar pun ada jugak...

Itulah kehidupan...masa 24 jam tu memang secukupnya yang Allah berikan. Kebijaksanaan kita untuk menguruskan masa itu sebaiknya. InsyaAllah....semoga Allah permudahkan segala urusan kita.


Note : diuji batuk2 pula sekarang....

Wednesday, October 24, 2007

Aidilfitri 2007



ALhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Tetiba terasa nak menaip panjang untuk entry kali ini. Kenapa ye?? Saya pun takde jawapan. Yang pasti, sudi-sudikanlah membaca sehingga ke perkataan terakhir :D

Apa nak cerita ye? Cerita pasal cuti raya baru nila...ok. Sedia...ke garisan sedia mula hehehe

10 Oktober 2007 - Rabu
Hari ini merupakan hari terakhir bekerja sebelum cuti, tapi nampak gayanya macam dah ramai yang mula bercuti. Terasa kosong kemain ofis ni. Ditambah hati yang sudah berada di kampung...tak sabar nak rasa masakan mak, tak sabar nak balik perak dan yang pasti tak sabar nak jumpa mak ayah!! Rindu!!

Ambik Intan dan Anez kat Seri Serdang, alhamdulillah takla susah sangat nak cari rumah diorang. Lepas tunggu diorang kemas-kemas baju dan barang. Bertolak ke rumah yong kat Subang. Berbuka kat rumah yong. Lepas isyak (sempat gak la tgk angkasawan berlepas), hampir pkl 10 malam juga kami mula bertolak dua kereta ke Perak. Ikut lebuhraya Rawang Selatan (tak taula betul ke tak nama hway tu). Selepas tu keluar di Tg Malim. Ikut jalan lama sampai la ke rumah. Alhamdulillah jalan lama tak sesesak jalan highway. Kami sampai KD hampir pkl 1 am. Kuteh dgn cik teh dah sampai nak ambik anak2 dia. Sempat jugak la late supper. Mak hidangkan kueh sepang (kueh n9). penat tak terkata....


11 Oktober 2007
Hari yang agak memenatkan, sebab tolong mak masak 'Masak Besar'. Sejenis rendang kebanggaan orang perak. Berjam-jam jugakla masak rendang ni. Yang uniknya rendang ni masak guna kerisik dan tanpa menggunakan santan. Pastu, nama pun masak besar...daging dipotong besar-besar. Kat rumah hanya ada wat dan saya. Pagi tu yong + lope dan anak-anak dah bertolak ke Penang. Hari ni sibuk tolong mak siapkan barang nak bawak balik n9 esok.

12 Oktober 2007
Sehari sebelum raya. Bertolak lebih kurang pukul 10 lebih. Sepatutnya dijadualkan lebih awal. Tapi disebabkan banyak nak selesaikan tu yang lewat dari jadual. Ikut jalan lama sehinggalah masuk highway dari Tg Malim dan keluar di Senawang/Seremban. Alhamdulillah kereta tak banyak. Sampai kat Bukit Putus pun kereta tak banyak mana. Alhamdulillah dipermudahkan urusan oleh Allah. Sampai kampung mak masa tu dah pkl 4 pm. Hanya ada ateh anak beranak dan wan atok je masa tu. Menjelang malam rumah wan dah penuh dgn anak-anak dan menantu makcik.



13 Oktober 2007
Hari raya pertama. Telefon Nur kat sabah lepas subuh. Sian dia beraya kt sana. G solat sunat kat masjid. Rasa terharu jugak tgk mak jumpa kawan2 lama dia. Ini raya ke-2 beraya kat n9. Best sangat2!!! Hari ni duk melayan tetamu je yang datang...petang raya baru nyahli dan suami sampai.

14 Oktober 2007
Beraya ke rumah tok dan wan sedara. Pastu, g palong 4 rumah abang mak yang sulong. Di jamu makan gulai daging salai.hehehehe best bangat!! Menjelang maghrib beraya kat Gemas rumah mak mah dan ayah abas. Mandi + solat + makan semua sekali kat situ. Lepas tu, mak request kat ayah nak jumpa kawan lama dia yg dah berpuluh2 tahun tak jumpa. Maka berlangsunglah jejak kasih..terharu jugak tengok! Sampai rumah wan malam tu hampir pkl 1am.

15 Oktober 2007
Seharian duk kat rumah, melayan tetamu yang datang. Mak andak dari johor pulak baru sampai. Siang tu, mak cik anak beranak balik Kl. so, agak lengang sikit rumah wan tu.

16 Oktober 2007.
Sebelum tengahhari bertolak ke Perak. Singgah solat kat Slim River, dan makan sekali kat situ. Sampai rumah dalam pkl 5 lebih. Belum sempat angkat barang mak ngah dan anak beranaknya sampai. Rumah kena serang... Mak ngah singgah dalam perjalanan ke Penang.

17 Oktober 2007
Kuteh anak beranak datang beraya, enda dan cik ha pun ikut sekali. On the way diorang nak ke KL.

18 Oktober 2007
Rumah jadi kelam kabut bila Yang dgn Yong sampai. 4 orang hero mula menjelajahi villa adi dan ida.

19 Oktober 2007
Nyahli dgn suami pula balik. Rumah dah makin meriah.

20 Oktober 2007
Menyerang rumah lee kat Ipoh. Dihidangkan dengan kueh raya dan mee sarawak. Yang bertolak ke Penang. Malam menyerang rumah nyah norli. Makan nasi.

21 Oktober 2007.
Rumah mak ayah dah jadi kosong. Nyah balik lepas makan thari. Saya dan wat bertolak lepas solat. Alhamdulillah perjalanan juga lancar. Sampai rumah sewa pkl 6pm. Penat tak terkata!!

Panjang kemain cerita raya kali ini, tapi sedih sebab cik nur tak dapat sama-sama masa kami semua berkumpul. Takpe kami semua doakan kamu Nur. Gembira sebab dapat luangkan masa yang lama bersama mak ayah dan adik beradik. Mungkinkah ada kesempatan itu lagi di masa hadapan??



Nota : hari ini adalah kenyataan. Semalam adalah masa silam. Esok....??

Monday, October 22, 2007

Family Picture!!




Alhamdulillah...segala puji bagi Allah di atas segalanya. Tak lewat rasanya untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua. Terima kasih banyak-banyak kepada sahabat yang menghantar testimonial raya di friendster, sms, email dan tidak kurang yang menghantar kad raya! Terima kasih banyak-banyak!!! Maaf kalau ada yang tidak berbalas...maaf!!

Macam-macam cerita pasal raya....!!! Saya pasti semua orang pun ada cerita tersendiri kan? Cuma, yang pasti seronoknya pulang beraya bila berkumpul dengan keluarga...bertukar cerita dan beramah mesra. Alhamdulillah!! Cuma, sedih sebab cik nur takde...!!

Peringatan untuk semua...semoga kita sama-sama ambil kesempatan untuk puasa sunat sebanyak 6 hari di bulan Syawal ini!!!


Nota : tak puas bersama dengan keluarga!!

Tuesday, October 09, 2007

Reunion....



Salam ya salam..

Date : 6th October 2007.
Venue : Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam
Enquiries: Iqbal, Shahir and Aisyah.
Price per person: RM 24.99 (buffet).



Alhamdulillah..dengan izinNya kami semua dapat berkumpul walau ada juga beberapa orang yang tidak dapat hadir atas alasan yang boleh diterima. Senarai yang hadir

1. Aisyah Tojid
2. Siti Aisyah Yusuf
3. Roslina Bidin
4. Norazriani
5. Murni Ibrahim
6. Mohd Shahir
7. Shahira
8. Isma
9. Sihazalwa
10. Muis
11. Hakim
12. Norliza Mohd Radzi
13. Azri
14. Khairul Nizam dan isteri
15. Mohd Razmin dan isteri beserta adik ipar
16. Khairul Zamri
17. Rosli
18. Faizai
19. Khuzairi
20. Huda
21. Mohd Iqbal
22. Fazaliyana
23. Hasril
24. Kaiyah
25. Wardah

Yang tak hadir dan dikenalpasti

1. Fadzilah Jainudin
2. Suhaila Abu Sairi
3. Rohana Abu Bakar
4. Rauf
5. Ainul Hakim

Mungkin ada nama yang tertinggal..harap maaf!! Terima kasih kepada angah(shahir), tomok (iqbal) dan aisyah yang bersusah payah!!


Note : Semoga ukhwah berkekalan ke akhir hayat...ameen ya rabb!!

Monday, October 08, 2007

Salam Aidilfitri!!!



Edisi Raya!!!

Di ofis, semua orang dah mula terasa mood raya....ada yang muka dah semakin muram. Buat kerja pun jasad je di pejabat...tapi, diri dan hati dah kat kampung. Lagu-lagu raya pun dah mula berkumandang dengan jelasnya!! Malah ada yang dah tukar ring tone ke ring tone raya!! hehehe memacam! Pagi tadi telefon mak, mulanya mak dgn ayah kat pasar. Beli barang-barang dan lauk pauk. Citer bab lauk lagi teringin nak balik...mesej kat ym pun dah ramai yang menunjukkan mood raya hehehe

Kat pejabat ni, ramai yang mula bercuti pada hari rabu....tapi, insyaAllah saya mula bercuti pada hari khamis. Balik perak pada hari rabu malam jumaat. Doakan semoga semuanya berjalan lancar!! Ameen ya rabb!!

Bila sebut soal cuti, bagi saya yang paling seronok ialah dapat bersama dengan mak ayah serta adik beradik. Tapi, raya kali ini sedih sebab si Penceria tak dapat balik. Rindu kat si Penceria..yang selalu tersenyum dan mulut tak henti-henti berceloteh macam-macam.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat yang dikenali atau tidak dikenali. Maafkan segala salah dan silap dan terlanjur kata. Andai ada izinNya nanti kita berjumpa lagi!! Ameen ya rabb!!


Nota : rindu pada si penceria!!

Friday, October 05, 2007

Jawapan Kepada Segala Persoalan


Seseorang berjalan berhampiran sebuah kebun tembikai. Buah-buah tembikai yang besar sedang masak ranum di kebun itu. Berhampiran pohon tembikai itu terdapat sepohon pinang yang berbuah.

Dia tertanya-tanya:

"Kenapa Tuhan jadikan buah tembikai yang besar berada di bawah sedangkan buah pinang yang kecil berada di atas?"

Oleh kerana terlalu mengantuk dia pun tertidur di bawah pohon pinang itu. Tiba-tiba sebiji buah pinang jatuh ke atas kepalanya,

"Aduh!!"

Dia pun terfikir:

"Kalaulah buah pinang ini sebesar buah tembikai, sudah tentu aku dah jadi arwah. Inilah menunjukkan bahawa adilnya Tuhan yang menjadikan buah pinang yang kecil di atas dan buah tembikai yang besar di bawah."

Setelah berpuas hati dengan jawapan yang telah ditemui bagi persoalannya tadi, dia pun bangun dan meneruskan perjalanan. Tidak berapa lama kemudian dia melalui di bawah sepohon kelapa. Tiba-tiba:

"Buppp!!!"

Sebiji buah kelapa yang sama besar saiznya dengan buah tembikai jatuh dan hampir-hampir mengenai kepalanya.

Dia pun terfikir sekali lagi:

"Kenapa pula Tuhan jadikan buah kelapa yang bersaiz besar berada di atas?"

"Aah... lupakan saja persoalan itu. Yang penting, Tuhan tetap Maha Adil dan Hanya Dia Yang Maha Mengetahui jawapan bagi segala persoalan-persoalan..."


Nota : Jangan di tanya kenapa, kerana Allah Maha Mengetahui segalanya...takkan dicipta sesuatu itu jika tiada sebabnya.

Thursday, October 04, 2007

KERANA SEBUTIR KURMA DOA DITOLAK


Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Masjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1kg kurma dari pedagang tua di dekat Masjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak di dekat timbangan. Menyangka kurma itu sebagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. Empat Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. ? Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. ? Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya, "Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar. ? Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda , "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. Kemana ia sekarang?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?" Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat. ?

"Nah, begitulah" kata Ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?"

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. ? Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.."

"Dimana alamat saudara-saudaramu?Biar saya temui mereka satu persatu." Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim. 4 bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba-tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap.

"Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat halalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."


Semoga bermanfaat.

Allahu a'lam.

Wassalam.

Nota : Risaunya kita dengan makanan yang masuk ke tubuh kita...halal ke? entah sebab itu doa kita amat berat untuk Allah kabulkan...nauzubillah!!!

Wednesday, October 03, 2007

Menghitung hari!!!!


Bila semalam saya letakkan mesej 'menghitung hari' kat ym..ramai jugak sahabat yang menegur bertanya!! 'awak menghitung hari nak balik raya ke?' 'awak menghitung hari nak kawin ke?' 'awak hitung apa ni?' 'ingat lagu KD tadi...' hehehe memacam... apa-apa lah diorang ni. Tp yang pasti memang tak sabar nak balik rabu depan...rindu sangat kat mak ayah ni!! Dan yang terlebih pasti...ramadhan dah nak tinggalkan kita!!!!

Puasa oo puasa....susahnya nak didik diri. Cuma kekadang saya terfikir, ramai orang puasa...tp, kenapa ramai orang tak solat walau dia puasa? Agaknya diorang fikir Tuhan yang menilai setiap amalan tu lain-lain kot? InsyaAllah lain kali saya ulas!

Sedar tak sedar hari ini sudah hari ke-21 kita berpuasa!! Oktober pun dah menjengahkan diri...tak lama lagi nak sambut hari warga tua pulak hehehe ramai pulak yang lahir bulan oktober ni!!! Antaranya :-

1. Aisyah Tojid - 4 Oktober
2. Angah (Farwina Faroque) - 6 Oktober
3. Wawa - 7 Oktober
4. Ainul A.B - 11 Oktober
5. Doc Nur - 13 Oktober
6. pu3bongsue - 23 Oktober
7. Rozita - 25 Oktober
8. Nyahli - 25 Oktober
9. Tazwat - 25 Oktober
10. Cik Mawar - 28 Oktober!!


Nota : Selamat hari lahir semua!!! :D

Monday, October 01, 2007

Sunnah To Follow In Ramadhan


Understanding the Prophet's Life

Sunnah's to Follow in Ramadan

1. Waking up to have suhûr, even if it is something little. The Messenger of Allah, peace be upon him, said: "Eat suhûr for in suhûr there is blessing." [Narrated by al-Bukhârî and by Muslim]

2. Not delaying the iftâr. The Messenger of Allah, upon whom be peace, said: "The people will remain upon goodness as long as they hasten in breaking their fasts" [Narrated by al-Bukhârî and by Muslim]

3. Supplicating throughout the day and night, especially during iftâr time. The Messenger of Allah, peace be upon him, said: "Three prayers are not rejected: the prayer of a father, the prayer of a fasting person, and the prayer of a traveller." [Narrated by al-Bayhaqi 3/345]

4. Spending the nights in prayer, as well as encouraging the family to do so. The Messenger of Allah, peace be upon him, said: "Whoever establishes prayers during the nights of Ramadhân out of sincere faith and hoping to attain Allah's rewards, all his past sins will be forgiven." [Narrated by al-Bukhârî]

5. Being generous and feeding the people iftâr. The Messenger of Allah said: "Whoever gives iftâr to one who is fasting will have a reward like his, without detracting from the reward of the person fasting." [Narrated by al-Bukhârî and by Muslim]

6. Staying away from all immoral acts, especially those of the tongue. The Messenger of Allah, peace be upon him, said: "Fasting is not abstaining from eating and drinking alone, but it is also abstaining from vain speech and foul language. If one of you is being cursed or annoyed, he should say: I am fasting, I am fasting." [Narrated by al-Bukhârî and by Muslim]

7. Performing 'umrah. The Messenger of Allah, upon whom be peace, said: "Perform 'umrah when Ramadhân comes, for 'umrah in Ramadhân is equal to hajj (in reward)." [Narrated by al-Bukhârî]

Source:

"Ramadhân: The Month of Love" - Abu 'Abdir-Rahman Mohammad Navaid Aziz