Suatu pagi, seorang Guru berdiri di hadapan kelas sambil mengangkat segelas air. Dia bertanya Kepada murid-muridnya: " Cuba teka , berapa berat gelas ini?"
Jawab murid-murid yang duduk di hadapan kelas, "50 gram."
"saya rasa mungkin 100 gram," jawab seorang pelajar perempuan. Bangun pula seorang pelajar lelaki di tengah-tengah kelas, "Jawapannya mesti 150 gram, Cik Gu!" Beberapa orang pelajar lagi bangun untuuk memberi jawapan, jawapan mereka berkisar antara 50 ke 150 gram.
Siapakah yang berjaya memberi jawapan yang betul? Adakah berat gelas itu 200 gram? 300 gram, atau 410 gram?
Jawab Guru, "Jawapan kamu mungkin betul dan mungkin juga salah! Sebenarnya, berat segelas air tidak begitu penting sebab ianya bergantung kepada beberapa lama kamu memegangnya. Jika kamu pegang gelas ini satu minit , tak jadi masaalah, kalau satu jam, tanhgan kamu akan sakit. Sehari! kamu perlu di usung ke ambulans."Ketawa murid-muridnya mendengar kata-katan Guru mereka.
Sambung Guru tersebut, "Murid-murid sekelian, berat gelas air ini tidak akan berubah tapi semakin lama kamu memegangnya ia akan menjadi semakin berat. Apa yang patut kamu lakukan ialah letakkan gelas tadi kebawah, rehat beberapa minit dan sambungnya kembali.
"Begitu juga dengan kehidupan seharian kita, jika kita ada masaalah, selesaikannya secepat mungkin. Kalau kita masih gagal menyelesaikannya, rehat sebentar. Lupakan masaalah ini untuk seketika. Jangan terlalu memikirkan kerana ia akan menyebabkan fikiran kita tidak tenang dan terganggu. Ketenangan amat penting sebelum kita memikirkan masaalah sendiri."
Moga mendapat manfaat bersama ....
Wednesday, July 18, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment