Wednesday, July 11, 2007

Musim Durian...!!!


Awal2 pagi sampai pejabat tadi ayah dah telefon, tanya khabar. Dan tanyakan kepada saya adakah saya balik minggu ni. Jawapannya TIDAK. InsyaAllah mungkin minggu depan saya balik itupun kalau tiada aral melintang.

Saya sedar, agak jarang menelefon mereka seminggu dua ni. Keadaan ini memaksa mereka yg menelefon saya. Timbul rasa bersalah kat hati ni. Maaf mak ayah...!!!

Cerita pasal durian, sekarang memang musim durian kat perak tu. Ikut kata ayah ada la dalam 19 batang pokok yang berbuah kat dusun di Chenderiang tu. Banyak durian, boleh la buat tempoyak hehehe

Dijemput kepada sesapa teman rapat yang nak merasa durian perak boleh la singgah ke KD. Tp kena bgtau dulu...senang nak inform kepada orang yang jaga dusun tu.


Note : makan durian tak penting sangat...jumpa mak ayah tu yg lagi penting..rindu kat diorang!!!

1 comments:

Murni Ibrahim said...

bole jek..nt bgtau k