Friday, September 01, 2006

Cerpen -Bahagia itu Milikku

Ok...release kan diri..baca cerpen kat bawah ni..santai-santaikan diri anda...

------------------------------------------------------------------------------

Dari jauh aku lihat Maria terkeseng-keseng dengan makanan penuh di mulut. Hish. . . budak nie, tak reti langsung nak bersopan.

Sorrylah, terlambat sikit. Jomlah, lambat pula nanti.”

Aku hanya mengangguk kecil. Miza sudah mula melangkah. Aku mempercepatkan langkah agar dapat bersaing dengan Miza dan Maria.

“Penuh pula hari ni. Lecehlah macam ni,” mulalah aku nak naik angin. Waktu ada moodstudy, ada sahaja halangan. Akhirnya kami menuju ke arah satu sudut yang agak terpencil. Baru sahaja aku nak letak punggung kat kerusi, tetiba sahaja mata aku menoleh ke arah satu wajah yang cukup buat hati aku goyang. Tenang betul hati aku bila pandang wajahnya. Tapi sayangnya dia dah keluar dengan kawannya.

“Dahlah tu Dina, tak habis-habis dengan ‘spirit' kau. Apa yang kau suka sangat dengan mamat tu pun aku tak tahu.”

Aku hanya tersenyum mendengar bebelan Miza. Ada

“Ah, sorrylah Dina kalau kau nak suruh aku jadi orang tengah. Malulah aku.”

“Bukannya aku nak suruh kau jadi orang tengah cik Maria oi . .! Aku cuma nak tahu nama dia ajer. Please Maria. . .,” hish. . . first time rasanya aku merayu dekat orang semata-mata nak tahu nama mamat tu.

“Nama dia Reaza. Student ABM. Puas hati kau!” Maria menggelengkan kepalanya. Mataku bersinar harapan. ‘Dia ku anggap ‘spirit' ku.

*********************************************************************************************************************

Bahang SPM mula terasa. Aku juga tidak ketinggalan untuk belajar di saat-saat akhir. Kisah ‘spirit' aku cuba lupakan. Namun tidak boleh dia tetap sumber inspirasi ku. Berita terbaru yang aku dengar sekarang, ‘spirit' join tusyen malam dekat sekolah. Kadang–kadang tu aku sanggup singgah sekejap kat sekolah semata-mata nak tengok dia sebelum pergi tuisyen rumah cikgu Syikin. Miza dengan Maria dah tak boleh nak kata apa lagi. Lagi ditegah, lagilah aku buat. Entahlah, aku masih tak dapat nak buang tabiat nie. Cuma aku harap sangat dapat cakap dengan dia walau sepatah sebelum aku tinggalkan sekolah ini.

*********************************************************************************************************************

Diam tak diam, minggu depan aku dah nak exam. Dalam masa aku ke hulu ke hilir cari nota, ada gak aku terserempak dengan mamat tu. Yang peliknya, kenapalah aku murah sangat dengan senyuman bila dia senyum kat aku. Sungguh! Aku sendiri terkejut tengok dia senyum kat aku. Tapi nak buat macam mana dah jodoh, aku terima ajerlah. Sedang aku mengelamun mamat tu betul-betul muncul depan aku. Dan di saat itu aku rasa macam nak pitam.

“Hai!” Dia menegur lembut.

“Hai!” balasku gugup.

Good luck exam. Dah prepare

Good luck untuk awak juga,” Senyuman yang paling manis aku lemparkan walaupun aku rasa macam nak tumbang.

“Err… awak. Saya pergi dulu.” Dan aku cuma hanya mampu mengangguk walaupun banyak lagi benda aku nak tanya.

“Awak. . . .” aku beranikan diri memanggilnya.

“Saya,” dia berpaling dan melangkah semula ke arah aku.

“Boleh saya jumpa awak pagi exam esok?” rasanya masa tu muka aku lebih kurang macam udang kena bakar dah.

Dia hanya membisu dengan pandangan matanya yang tidak berkelip langsung. Apa pandang aku macam ni.

“Takperlah kalau awak ada temu janji dengan orang lain. Saya pergi dulu,” kecewa betul aku rasa. Baru sahaja kaki aku nak melangkah. Aku terdengar suara lembut memanggilku.

“Dina...” segaris senyuman di wajahnya cukup melegakan hati aku. Dan akhirnya aku tersenyum sama. Di kala itu, pesta bunga api sedang berlangsung dalam hati aku.

*********************************************************************************************************************

Akhirnya aku berjaya juga buat yang terbaik untuk exam kali ini. Walaupun keputusannya aku sendiri tak pasti. ‘spirit' ? Mungkin takdir kisah antara aku dengan dia cukup di alam persekolahan. Aku tak pergi jumpa dia seperti mana yang telah kami rancang kan. Dan aku sendiri tak tahu sama ada dia menunggu atau tidak. Sepanjang minggu exam pun, aku langsung tak nampak wajahnya.

“Diana, termenung lagi. Sayang nak tinggalkan asrama ker?” Aku tersentak. Rasanya suara itulah yang aku rindukan selalu.

“Ibu... bila sampai? Kenapa lambat,” aku mencium tangan ibu. Perkara biasa yang aku lakukan padanya. Pipiku menjadi mangsa ciuman ibu. Ayah hanya tersenyum memandangku.

“Dahlah tu. Kita sambung kat rumah nanti. Semua barang dah kemas Diana?” Aku mengangguk.

Sewaktu kereta ayahku bergerak meninggalkan perkarangan sekolah, aku sempat menoleh tempat kali pertama dan terakhir aku berbicara dengannya. Selamat tinggal ‘spirit' . Aku doakan kau berjaya. Terima kasih sebab jadi sumber inspirasi aku untuk terus berusaha. Dan akhirnya aku melelapkan mata sambil ditemani bayangannya.

*********************************************************************************************************************

Masa lapang yang ada ku isikan dengan bekerja sambilan di syarikat pakcik ku. Sekurang-kurangnya boleh membantu meringankan beban ayah. Lagipun sebagai anak sulung dalam keluarga, aku kena belajar bersikap tanggungjawab. Mengikut perancangan, dengan keputusan yang aku peroleh aku mampu untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ayah menggalakkan aku terus belajar. Biar menjadi contoh adik-adik katanya.

Hi Diana” mataku terpaku pada seseorang di pintu bilikku. Abang Eddy! Mataku bersinar memandangnya. Segaris senyuman dilemparkan padaku. Sambil tangannya diajukan padaku. Jam Puma tersemat kemas di pergelangan tangannya. Patutlah, waktu lunch dah tiba. Aku mengangguk.

“Dah lama ke abang sampai. Maaflah Diana tak perasan.”

Dia menggelengkan kepala. Pelik memikirkan gadis di hadapannya ini. Terlalu sukar difahami. “Agaknya kalau Abang cium Diana pun, Diana tak sedar agaknya”. Gadis di sebelahnya memuncungkan muka.

“Hah... eloklah tu. Perangai mengalahkan budak kecil. Macam mana nak kahwin ini.”

Gurauan Abang Eddy tidak ku endahkan. Kakiku melangkah menuju ke bilik Pakcik Rahim. Bimbang pula kalau dia mencari aku nanti. Belum sempat pintu biliknya ku buka, Abang Eddy terlebih dulu menegurku.

Uncle tak ada dalam biliknya. Baru sekejap tadi dia keluar. Diana janganlah risau. Abang dah minta izin dengan uncle

“Memandai je abang ini. Mana Abang tahu Diana sudi atau tak,” aku mengusiknya.

Riak wajahnya berubah. Mungkin tersinggung dengan gurauan ku agaknya. Aku mulalah nak menggelabah ini. Aku manalah reti pujuk bapa budak. Budak kecil bolehlah. Bagi gula-gula ke, terus baik. Kalau dah besar macam ini. Apa aku nak buat?

“Abang, Diana minta maaf. Diana tak sengaja nak singgung hati abang,” aku memandangnya dengan penuh harapan dia akan memaafkan aku.

“Kalau Diana tak sudi pun, Abang still akan paksa Diana lunch dengan abang,” jawabnya selamba. “Jomlah, Abang dah lapar ini. Nanti dengan Diana sekali abang telan”.

Jawapan dari mulut itu benar-benar melegakan hati ku. Salah satu sifat abang yang aku puji. Sentiasa cool. Bertuah gadis yang akan bertakhta di hatinya. Pekerja pakcik ku yang paling aku senangi sepanjang aku bekerja di sini.

*********************************************************************************************************************

Mataku terlalu asyik menghadap komputer. Banyak kerja yang harus aku bereskan. Lagipun pagi esok aku terpaksa ikut pakcik ku ke Port Klang. Sebuah syarikat perkapalan meminta pakcik ku untuk menguruskan hal insurans syarikatnya. Deringan telefon di ruang tamu tidak aku hiraukan. Kerja aku ni lebih penting daripada aku nak mengangkat telefon yang dah tentu bukan untuk aku. Ini mesti balak adik aku yang phone. Dekat sekolah dah jumpa, malam pun nak telefon lagi. Melampau betul budak-budak sekarang bercinta. Asalkan adik aku tahu jaga diri sudahlah.

“Kak Diana, phone!” jeritan adikku mengejutkan aku dari lamunan. Ada je manusia yang nak mengganggu time aku tengah rajin nak buat kerja. Dengan langkah yang malas, aku dapatkan juga telefon yang terletak di ruang tamu.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam,” dada aku berdebar-debar. Aku rasa macam pernah dengar suara ni. Tapi takkan mamat tu. Mustahil dia yang call aku...

“Masih ingat saya lagi?”

Suara di sana cukup kedengaran di cuping telinga ku walaupun saat ni aku rasa dah nak pengsan.

“Saya tak pasti. Tapi awak ni…”

“Reaza. Saya harap awak masih ingatkan saya.”

Dan ternyata saat ini aku dah tak mampu nak berdiri dengan betul lagi. Memang betul dia. Orang yang paling aku rindu. Alahai, aku rasa macam dekat atas awangan pula.

“Hello. Awak masih ada dekat sana ke?”

Pertanyaan Reaza membuatkan aku sedikit tersentak. “Errr… saya dengar. Saya still ingat kat awak,” ish malunya kalau dia tahu aku berangan tadi. Ini kalau tahu dek Miza ngan Maria, mahu mati aku kena gelak dengan diorang yang takder hati dan perasaan langsung.

“Saya harap tak ganggu awak malam-malam ini. Saya cuma nak teruskan persahabatan kita yang tak kesampaian dulu. Saya harap awak masih ingat janji kita yang tak tertunai lagi.”

“Janji?” Janji apa pula ni. Bila masa aku janji dengan dia ni. Takkan dalam mimpi kut.

“Sepatutnya kita jumpa pagi sebelum periksa dulu. Tapi awak tak datang seperti mana yang telah kita rancang. Jadi, saya ada sesuatu permintaan. Saya harap awak dapat fikirkannya dengan baik,” di hujung suaranya ada sedikit getar. Dan di saat ini muka aku dah mula pucat.

“Baiklah, asalkan awak tak minta yang bukan-bukan dari saya,” suara aku pun dah mula terketar-ketar.

“Sudikah awak untuk jadi teman hidup saya, dan terima saya sebagai teman hidup awak untuk selamanya,” ada nada tegas pada permintaannya.

“Hah! Tapi awak…,” aku tak mampu untuk bersuara lagi. Bermacam-macam perasaan yang aku rasa sekarang ini. Aku tak tahu sama ada aku suka atau sebaliknya. Entah-entah aku mimpi agaknya. Tapi, aku still kat dalam rumah lagi.

“Saya harap keputusan awak, takkan kecewakan saya. Sepatutnya saya jumpa awak masa awak ambil result hari itu. Puas saya tunggu awak dekat pintu pagar. Hampir 2 jam. Awak tak muncul-muncul juga. Sebab itu, saya luahkan perasaan saya dalam telefon. Saya harap awak faham perasaan saya pada awak sekarang ini. Dan untuk pengetahuan awak, saya dah lama minat kat awak. Sejak dari bangku sekolah lagi. Cuma saya tak berkesempatan untuk mendekati awak.”

Aku tak mampu untuk berkata-kata lagi. Apa sebenarnya yang dah terjadi. Mustahil, dia boleh luahkan pada aku. Padahal kami tak pernah berbual langsung.

“Dina, sebenarnya…,” dia terhenti. Aku masih menunggu dengan sabar.

“Sebenarnya ini adalah kali terakhir saya akan call awak. Lepas ini, saya akan sambung belajar dekat selatan. Tiga tahun. Cuma saya nak dengar dari mulut awak sekarang. Mungkin juga untuk kali terakhir saya akan tanya awak.”

Hati aku mula berdebar. Aku rasa ada benda tajam yang tikam jantung aku saat ini. Aku terkejut sebenarnya. Tergamam aku seketika.

“Sudikah awak menjadi teman hidup saya untuk selamanya, dan sudikah awak menerima saya sebagai teman hidup awak untuk selamanya.”

“Reaza,” aku harap keputusan yang aku buat adalah yang terbaik untuk aku dan juga untuk dirinya. Walau pada hakikatnya, aku akan kecewa.

“Saya minta maaf sebab saya tak dapat terima awak dalam hidup saya. Saya tak nak jarak kita yang jauh nanti akan membuatkan kita terpisah. Terlalu banyak halangan yang perlu kita tempuhi nanti. Saya tak nak nanti, hubungan kita yang sedia ada ini, sebagai sahabat maksud saya, akan musnah. Lebih elok kalau kita kawan.” Dan di saat ini, aku tahu, aku akan terpisah dengannya lagi. Aku takkan berjumpa dengannya lagi.

“Saya faham. Cuma satu yang saya minta dari awak Dina. Boleh tak awak tunggu sampai saya habis belajar. Sebab saya betul-betul sayangkan awak. Saya akan cari awak setelah saya tamat belajar nanti,” dia mengharap.

“Saya tak boleh janji. Tapi saya harap awak akan terima orang lain bila awak jumpa dengan seseorang dekat sana. Jangan disebabkan saya, awak tolak orang yang mungkin dapat membahagiakan awak.”

“Dengar sini Dina. Saya takkan terima orang lain selain dari awak. Saya tetap akan cari awak nanti. Saya harap awak akan tunggu saya nanti,” dia masih mengharap.

*********************************************************************************************************************

Segala persiapan aku ke Universiti telah diatur. Pagi-pagi esok, aku akan berangkat ke sana. Tempat untuk aku meneruskan perjuangan sebagai seorang mahasiswi. Semalam aku keluar dengan abang Eddy. Dia yang beria-ia nak belanja aku makan. Meraikan sebab aku dapat sambung study. Tapi rupanya abang Eddy ada maksud yang tersirat sebenarnya.

“Diana marahkan abang?” Abang memulakan perbualan. Lagipun sepanjang perjalanan pulang, aku cuma senyap ajer.

“Kenapa pula Diana nak marah abang? Cuma Diana rasa gementar ajer. Yang abang tergelak ni kenapa?” Aku mulalah nak marah.

“Kalau bercinta dengan buku susah, bercinta dengan abangkan senang. Kalau boleh abang nak serius dengan Diana.” Abang Eddy memandangku tepat. Aku tergamam. Biar betul abang ini. Buang tabiat agaknya.

“Abang janganlah nak buat lawak. Kalau abang serius sekalipun, Diana anggap abang macam abang Diana, tak lebih dari itu,” jawabku tegas.

“Abang tak tahu apa perasaan Diana pada abang. Tapi abang nak Diana tahu yang abang sayangkan Diana. Abang sayangkan hubungan kita ini. Kalau boleh abang nak Diana anggap abang lebih dari seorang abang,” abang tenang menjawab. Matanya masih utuh memandang hadapan.

“Maafkan Diana abang. Diana tak mampu untuk terima abang lebih dari ini,” aku tak pandang pun wajah abang. Aku takut abang terluka. Perlahan-lahan ku lihat wajahnya. Tapi abang memang seorang yang tenang. Dia masih tersenyum dan mengangguk perlahan walau aku tak tahu hati dia saat ini. Entahlah, hati aku cuma untuk Reaza walau aku tak pasti akhirnya........

*********************************************************************************************************************

Pagi sebelum aku berangkat ke IPTA, aku memberanikan diri mendail nombor yang sentiasa tertera di atas skrin handphoneku.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam Diana,” suara di sana menjawab dengan penuh yakin.

Dan waktu itu aku tergaman seketika. Memang benar tekaanku. Reaza!

“Awak daftar hari ini?”

“Aah. Tapi alangkah baiknya kalau awak pun ada dekat sini sekarang,” Reaza mengeluh kecil. Aku hanya tersenyum walau tak mungkin dia dapat melihatnya.

“Saya doakan awak berjaya Reaza.”

“Terima kasih Dina. Cuma saya harap awak masih ingat janji kita.”

“Reaza, saya rasa tak perlu untuk awak mencari saya. Andai sememangnya kita memang ditakdirkan untuk bertemu semula, kita tidak perlu mencari. Siapa tahu, saya akan berdiri di depan mata awak nanti,” aku menjawab sambil tergelak kecil.

“Dan saya harap awak akan terima saya saat itu,” Reaza juga turut tergelak.

“Insyallah Reaza. Oklah Reaza. Jaga diri awak.”

“Awak pun sama Dina.”

*********************************************************************************************************************

Kesibukan minggu pertama di kampus membuatkan aku terlupa pada hajatku ketika kali pertama aku menjejakkan langkah ke sini. Lebih-lebih lagi minggu orientasi baru saja berakhir. Ada sesuatu impianku yang belum tertunai. Tapi aku harap segala-galanya akan terlaksana hari ini.

“Cepatlah Am, kalau lambat nanti mesti kawasan rehat itu dah penuh.”

“Kejaplah Dina. Kau ini memang tak tahu sabarlah,” rungut Am, room mate ku. Aku cuma tergelak memandang Am yang terkocoh-kocoh menyarung kasut sportnya.

Confirm ker kau boleh jumpa dia hari ini,” tanya Am perlahan sambil menghirup udara petang di kawasan taman ini. Nyaman sungguh. Aku memejamkan mata seketika. Membiarkan angin petang menampar-nampar pipiku.

“Woi minah! Aku bukannya nak tengok kau macam patung kat sini. Cepatlah cari dia,” Am masih mendesak. Walau sebenarnya aku dah mula tak menentu. Memang benar dia ada di sini. Aku masih leka memandangnya walau dia tidak sedar langsung yang dirinya menjadi perhatian sepasang mata.

“Hmmm… patutlah. Dah jumpa apa yang dia cari. Patutlah senyap semacam ajer. Pergilah Dina. Jangan sampai dia hilang lagi di depan mata kau. Jangan sia-siakan peluang ini. Manalah tahu kalau kali ini hati kau akan terbuka untuk lelaki.” Am masih memujukku.

Aku masih teragak-agak. Mestikah aku pergi atau biarkannya berlalu lagi. Dan melanggar janji yang aku buat pada diri ini. Aku mula melangkah ke arah sebatang tubuh yang membelakangiku. Am membiarkan aku berjalan keseorangan ke arahnya. Gayanya masih belum berubah. Tetap sama.

“Assalammualaikum.” Aku memberi salam. Tapi aku rasa macam dah nak pengsan saat ini. Minta-minta dia kenal suara aku.

Eh, macam aku kenal ajer suara gadis ini. Takkan… Serentak itu juga aku menoleh ke belakang dan… “Dina!” memang betul apa yang aku teka.

“Apa khabar Reaza,” aku tersenyum padanya.

“Kurang sihat.” Dia bersuara perlahan. Aku mula panik. Dia ini tak suka ker aku jumpa dia kat sini. Rugi ajer aku cuba

“Sakit jiwa sebab happy sangat bila tengok buah hati ada dekat sini.”

“Buah hati? Reaza ada temu janji dengan orang lain ke? Dina minta maaf sebab kacau Reaza?” Tatkala itu, hati aku dah mula hancur. Aku mula melangkah ke arah Am yang setia menanti ku di sana.

“Nanti dulu Dina!” Reaza memanggil ku. Aku memusingkan badan ku ke arah nya tanpa memandang wajahnya.

Kan awak pernah kata dulu Dina. Kalau kita dipertemukan lagi, awak akan terima saya. So, sekarang ini awak bukan buah hati saya ke,” matanya tajam memerhatikan muka ku.

Aku tertunduk malu. Rasa cam udang kena bakar ajer muka aku saat ini. Biar betul dia ini. Buat aku suspen ajer. Aku memberanikan diri memandang wajahnya. Kami sama-sama tersenyum. Memang benar kata orang. Kalau ada jodoh takkan ke mana.

*********************************************************************************************************************

“Tak sangka kan Dina. Dulu saya tak sempat nak rapat dengan awak. Tapi sekarang ini kita jumpa lagi dekat sini.” Dia tersenyum memandang ku. Aku hanya mengangguk.

Aku pun tak sangka sebenarnya. Macam mana agaknya kami boleh dapat satu tempat. Memang dah rezeki agaknya. Mungkin cinta kami ditakdirkan untuk bersatu bila rindu mula menemani hidup kami. Dan petang itu, kami sama-sama menyaksikan matahari terbenam. Menandakan berakhirnya siang dan malam akan mengambil alih.

Aku tersenyum memandang Reaza. Aku membalas genggaman tangannya. Aku tak mahu kehilangannya lagi. Cukuplah setahun yang lalu aku menjadi pemerhati yang setia. Aku mahu berada di samping nya. Bukan menjadi pemerhati. Akan ku serahkan hati ini hanya pada mu Reaza. Reaza Razak. nak sesuatu yang istimewa di wajahnya. Kalaulah aku boleh memiliki hatinya tentulah aku hanya bermimpi di siang hari. Budak dari kelas apa pun aku tak tahu. Nama lagilah, langsung aku tak kenal tapi, dia ni pengawas. Pandanganku berlaga dengan Maria. semua?”. tadi nak bawa Diana keluar makan.” tegur dia tadi. “Reaza sakit ke?” aku bertanya perlahan.

0 comments: