Thursday, September 28, 2006

puasa..

Seperti biasa...setiap hari mesti akan call mak....rasa tak lengkap la hari kalau tak cakap dengan mak dan ayah kat KD. Cerita memacam, melaporkan apa yg terjadi pada hari itu hehehe sebab tu la kerinduan nak balik rumah tu lagi terasa....meronta-ronta perasaan tu hehehe

Ada satu hari tu, lepas call mak called yong...cakap dengan zikril...
zikril : Enda, jiji nak hadiah....
enda : hait...kenapa pulak?
zikril : jiji dah puasa 3 hari...

Tula antara bait-bait perbualan dengan si zikril tu...pepandai je yong ckp dkt anak dia...kalau puasa penuh nanti opah, tok cho, enda, mak ngah, cik nur, tok....bagi hadiah. Manala budak tu tak menuntut...hehehehe takpela boleh la bagi, sebagai hadiah sebab puasa nanti. Tapi, tak taula nak bagi apa..

Memang patut la bagi ganjaran sebab baru 5 tahun dah mula puasa. Saya tak ingat apa ayah dan mak kasi masa puasa penuh 5 tahun dan 6 tahun dulu...dah lupa. Masa kecik2 puasa penuh dah besar2 ni makin tak penuh la pulak...hehehehehe


Note : ramai orang mudah lakukan ibadah puasa...tp solat susah orang nak buat...kenapa ek??

Wednesday, September 27, 2006

ahlan wasahlan ya ramadhan..

Alhamdulillah hari sudah masuk hari ke empat ramadhan..dan masih berpuasa lagi hehehe
Ramadhan kali ini agak sedih la...sebab kali ni sambut ramadhan macam ala kadar je...masak untuk makan sensorang...sahur sensorang...dan solat pun sensorang...kalau ada kawan nak gak solat jemaah kat bawah tu...tp, yela kekadang rasa unsecured...turun kat bawah sensorang..takpela, semoga Allah terima jugak amalan walau dilakukan seorang.

Rasa nak sangat balik KD bulan puasa ni, yela dapat makan berjemaah..dan yg paling best solat tarawikh berjemaah huhuhu rindunya!!!!

Note : terasa kosong...mujur ada Dia..

Monday, September 25, 2006

Selamat berpuasa!!




Kita sudah pun menjalani ibadah puasa bermula daripada semalam...

Semoga segala amalan kita diterima Allah...dan semoga ramadhan kali ini lebih barik dari ramadhan kita sebelumnya...ameen!!

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita...ameen!!


Note: sesungguhnya hidupku..matiku...hanyalah kerana Allah

Friday, September 22, 2006

wedding of the decade!!

Ramai yang menyangka perkahwinan Siti dan Datuk K yang telah diwar-warkan itu "The Wedding of the Decade", Muncul lak artis yang mana hantaran nya merupakan sebuah kereta mercedez SLK, pastu meletup lak pasangan model yang hantarannya, yang mungkin telah memecah rekod Malaysian Book of Record dengan jumlah RM444,444.44. Malangnya semuanya kini terkebelakang dengan kemunculan satu pasangan yang setiap pembaca akan bersetuju as Wedding of the Century. Bukan dari segi harta atau pun wang hantaran tapi sesuatu yang pembaca sendiri akan tahu.
Lihatlah gambar persandingan dan tepuk dada, tanya selera. Kalau tak setuju, sila reply e-mail ini dengan kadar SEGERA!!!!!
Selamat Mengamati Potrait "The Wedding of the Century"

Note :


Thursday, September 21, 2006

pesan mak..


Dah ada kete..jgn panjang langkah...
jangan nak keluar memalam....
jangan nak selalu dating...
kalau selalu, cepat kawin huhuhu

Bawa kete jgn nak kejar-kejar....
jangan nak berlumba....
jangan nak cepat je....huhuhuh

banyaknya pesan mak.....pesan mak tanda sayang tu...pesan mak tanda mak sudi lagi memberi pesan pada anaknya yg sorang ni hehehehe pesan mak tu tandanya mak ingat kat kita selalu. Berbakul2 pesan mak....sampai tak muat bonet kete...huhuhu

apapun, thanks mak sebab sudi berpesan..thanks jugak ayah segala nasihat...walau ayah kurang bercakap dari mak...sebab apa ayah nak ckp mak dah ckp..so tu yg kurangnya hehehehe


Note : Love u all...............

WPK5908

Alhamdulillah bermula 14 September 2006, kedatangan WPK5908...

Hehehehe sekarang ni, dah semakin awal keluar dari rumah..kalau dulu jalan kaki tunggu bas kuar rumah 7.25am, sekarang ni 7.15 dah kuar rumah..panaskan enjin...7.35-7.40 baru gerak g LRT sg besi ambik Aisyah dan En Din.

Sekarang ni kerana WPK5908, kuar ofis 5.30...g solat Asar kat surau..pastu dalam 5.45pm gerak balik..sampai rumah pkl 6.10pm...parking dan naik rumah. hehehe sekarang ni kena kejar parking tu yg balik awal tu hehehe


Note : nothing.......

Wednesday, September 20, 2006

satu....dua...tiga...

satu hari di ofis baru..
dua hari di ofis baru..
tiga hari di ofis baru....
empat hari ofis baruuuuuuuuuuuuuuu.................

Wednesday, September 13, 2006

everything was new...



Hijrah...Hijr..

everything was new...and still new for me....
a lots of changes made me feel uncomfortable....

welcome to mines resort city.....huhuhuhu

Tuesday, September 12, 2006

apa aktiviti?


bagi menjawab soalan cik M semalam...
Antara aktiviti yg telah pun dirancang...dan kertas kerja juga telah dihantar...hanya tunggu approval je dari BOD..hehehehe


Aktiviti yg dah difikirkan seorang diri..berdua...dan bertiga berempat ialah..

1-balik KD(kuala Dipang)
2-g jogging

3-g berkelah kat memana

4-g jenjalan...

5-g merapatkan silaturrahim..jumpa kawan2 lama

6-g konvoi ke utara,timur dan selatan hehehehe

7-sedang dalam perancangan

8-sda

9-sda

10-sda



Note:
Aktiviti-aktiviti ini bergantung kepada segalanya...masa,wang,tenaga,etc....
Kita hanya merancang..Allah juga yg menentukannya...ameen!

Monday, September 11, 2006

hujung minggu..



Alhamdulillah hujung minggu berlalu dengan jayanya...hihihi
Alhamdulillah masa hujung minggu juga telah berjaya di manfaatkan dengn sebaiknya...

Jumaat..

Dapat msg dari Aina..inform IR dibatalkan...so, masa tu terdetik nak g Subang or KD (kuala dipang my beloved hometown right now). Malas nak bgtau kat Yong dan mak hujung minggu ni free, sebab nanti diorang suruh balik..bukan tak nak tp, keadaan e-co-no-money ni..memang la terapaksa di tahan-tahan segalanya. sedih kan? hehehehe

Masa balik keje dalam bus dapat sms from Aina, minta temankan dia ke Shah Alam esok....teman dia servis kete....rancang kuar 9 am. So, tersetuju (dengan tak sengaja tu) hehehe

Sabtu....

Pkl 10am bergerak ke SA...dan selesai semua urusan pkl 12 lebih..dgn sesatnya lagi la dan memacam lagi hehehehe kesia driver tak leh harapkan pada core pilot, sebab memang tak tau jalan kat sini..kalau jalan kat KD tu or ke opis tu tau la hehehehe

Makan kat Anjung,Serdang. Pastu balik rumah..sampai 3 lebih...lepak2 kat rumah. dan tak sangka sangat si Aina ajak p tido kat rumah dia mlm tu...demi tak menghampakan, lepas asar g kajang, hentian kajang, pasar malam bandar baru bangi, dan destinasi seterusnya..sg ramal!!!

Ahad..

Sampai rumah pkl 9am...
Kuar semula dgn dia pkl 12pm...ke Pertama dan Sogo...
* tak sangka sangat leh jumpa kawan baik dia masa dalam LRT....keciknya dunia!!!
Balik rumah pkl 3pm...
Pastu buat keje sikit....main game...sampai 6 lebih..hehehe

Alhamdulillah masa memang terisi tanpa rasa boring minggu ni...
Nampaknya masa akan lebih terisi tak lama lagi...hehehe supriseeeeeeeee............


till meet again...

adios..
wassalam

Thursday, September 07, 2006

hari-hari :)

Hari-hari..bukan pasaraya hari-hari tau hehehehe

Ni nak cerita sikitla.. ..hehehe
Betapa canggihnya dunia hari ni...

'Esok akak bukak gerai tak?'

Tu bunyi sms yg dihantar kepada ada sorang akak gerai tu...yela, tiap2 hari beli kat dia...walaupun pose (pose belikan untuk aisyah la..kalau dia tak pose)....hehehe di zaman canggih manggih ni, leh order semua kat hujung jari je....yg penting ada pulus kan???hehehe

Tapi, ukhwah dengan akak tu dan org setempat pun makin ok la...sebab selalu bertegur sapa dan murahkan senyuman masa membeli tu hehehehe

Tapi paling best kat situ...nasi lemak dia...bihun goreng dia dan cekodok...yg lain tu bukan tak best...tapi tak pernah beli lagi...ops lupa pau pun best tau..inti dia best....Bukan apa, jenis tak suka ubah menu..kalau dah suka satu benda tu...akan makan sampai la boring hehehehe
Promote gerai akak tu, tak dapat pape pun, tp saje nak cerita...hehehe tambahan hari ni masa g gerai td, nampak cekodok...teringin...tp kalau beli pun tak leh makan hehehehe so, tak yah la kan,,just beli nasi lemak untuk aisyah je la!!!


c u soon..


Note : alhamdulillah....dah tambah kenalan!!

Wednesday, September 06, 2006

Alhamdulillah...26 ogos...




Tarikh 26 Ogos lepas memang tak leh nak dilupakan sampai bebila..hehehe satu lembaran sejarah la katakan.

Alhamdulillah akhirnya Allah dah bukakan hatinya untuk bertemu dengan keluarga sy...walaupun membincangkan soal masa depan bukan merupakan tajuk utama yg diutarakan kerana sesi perkenalan merupakan agenda utama. Really thanks to Ms Aina, kerana sudi menghantar ke Sate Kajang...and to Ms Murni kerana tak habis2 menyakat sy di rumah dan di dalam kelas. Yang paling kelakar, macam kita pulak nak jumpa mak mertua sebab seram sejuk tangan tu toksah nak cakap la....tak percaya tanya la Aina dan Murni. Diorang sebagai saksi...menyaksikan kegelabahan diri ini. Dan diorang jugakla yg tak penat2 menyakat....kena bg award kat diorang ni hehehehe anyway thanks!!!

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...dan misi utama nak kenalkan dia dengan mak ayah dah tercapai. Namun, dapat rasakan kegelabahan hati dia..apataknya 3 buah kereta dtg menyerang. Dahtu, 8 orang dewasa dan 2 orang kanak2 turut serta...hehehehe sape tak gelabah kak oiii!! huhuhu

Terima kasih jugak kat dia sebab berjaya berlagak biasa dan menjadi diri dia....thanks!!!

Terima kasih jugak sebab dia dah banyak berubah selepas bertemu dgn family sy hari tu..mungkin dia tak perasan...tp, bg orang yg mengalaminya teramatlah perasan akan perubahan ketara itu..alhamdulillah perubahan ke arah yg lebih positif.


wassalam..


Note : thanks ya Allah...Ya Allah..engkau permudahkanla segala urusan kami...ameen!!

A..Z...A...M...

Assalamualaikum...

Jangan terkejut...walaupun tarikh hari ini merupakan 6 september 2006, tp tak bermakna tajuk AZAM tak leh ditulis kan? hehehe

Sedar tak sedar sekarang kita dah berada di bulan Syaaban, Rejab telah berlalu beberapa hari lalu..dan insyaAllah di hujung September ni kita akan menyambut bulan Ramadhan pula. Seperti biasa, bulan rejab dan syaaban sebagai bulan untuk kita melatih diri...dan menggantikan puasa2 ramadhan lepas yg masih berbaki. Ada juga yg menjadikan dua bulan ini sebagai medan latihan untuk menempuh puasa sebulan Ramadhan nanti..ye, semoga ramadhan dapat di sambut dengan lebih bermakna dari ramadhan sebelumnya....ameen.

Azam kali ini, sy bermula pada bulan syaaban..mula untuk lebih istiqamah di dalam membaca alQuran, dan menghafal ayat2 alQuran..tambahan dah semakin banyak ayat alQuran yang sudah semakin dilupakan. huhuhu sedihnya!!!

Nak jadi lebih baik....dari sebelumnya...



ameeeeen...


Note: Semoga kita dan keluarga kita sentiasa dalam rahmat dan keampunan dari Allah..ameen

Tuesday, September 05, 2006

What Is ISLAM?

Islam is a way of life, try it.
Islam is a gift, accept it.
Islam is a journey, complete it.
Islam is a struggle, fight for it.
Islam is a goal, achieve it.
Islam is an opportunity, take it.
Islam is not for sinners, overcome it.
Islam is not a game, don't play with it.
Islam is not a mystery, behold it.
Islam is not for cowards, face it.
Islam is not for the dead, live it.
Islam is a promise, fulfill it.
Islam is a duty, perform it.
Islam is a treasure (the Prayer), pray it.
Islam is a beautiful way of life, see it.
Islam has a message for you, hear it.
Islam is love , love it.


Note :Islam is the best way of life.....believe it or not?? believe it..

Friday, September 01, 2006

What is love..what is marriage??

This is interesting…

A student asks a teacher, "What is love?"

The teacher said, "In order to answer your question, go to the padi field and choose the biggest padi and come back. But the rule is:

You can go through them only once and cannot turn back to pick."

The student went to the field, go thru first row, he saw one big padi, but he wonders....may be there is a bigger one later. Then he saw another bigger one... but may be there is an even bigger one waiting for him.

Later, when he finished more than half of the padi field, he start to realise that the padi is not as big as the previous one he saw, he know he has missed the biggest one, and he regreted!!!! So, he ended up went back to the teacher with empty hand.

The teacher told him, "...this is love... you keep looking for a better one, but when later you realise, you have already miss the person...."

"What is marriage then?" the student asked.

The teacher said, "In order to answer your question, go to the corn field and choose the biggest corn and come back. But the rule is:

You can go through them only once and cannot turn back to pick." The student went to the corn field, this time he is careful not to repeat the previous mistake, when he reach the middle of the field, he has picked one medium corn that he feel satisfy, and come back to the teacher.

The teacher told him, "This time you bring back a corn.... you look for one that is just nice, and you have faith and believe this is the best one you get.... this is marriage."

I need ur comment...

Salam and a good day to all of us..

I need ur comment for my new face of my blog...

Please drop ur comment at the shoutbox on ur right...or drop ur comment below...or u also can drop it by email to fitrahhati@yahoo.com

THankssssssssssss................arigato!!

Cerpen -Bahagia itu Milikku

Ok...release kan diri..baca cerpen kat bawah ni..santai-santaikan diri anda...

------------------------------------------------------------------------------

Dari jauh aku lihat Maria terkeseng-keseng dengan makanan penuh di mulut. Hish. . . budak nie, tak reti langsung nak bersopan.

Sorrylah, terlambat sikit. Jomlah, lambat pula nanti.”

Aku hanya mengangguk kecil. Miza sudah mula melangkah. Aku mempercepatkan langkah agar dapat bersaing dengan Miza dan Maria.

“Penuh pula hari ni. Lecehlah macam ni,” mulalah aku nak naik angin. Waktu ada moodstudy, ada sahaja halangan. Akhirnya kami menuju ke arah satu sudut yang agak terpencil. Baru sahaja aku nak letak punggung kat kerusi, tetiba sahaja mata aku menoleh ke arah satu wajah yang cukup buat hati aku goyang. Tenang betul hati aku bila pandang wajahnya. Tapi sayangnya dia dah keluar dengan kawannya.

“Dahlah tu Dina, tak habis-habis dengan ‘spirit' kau. Apa yang kau suka sangat dengan mamat tu pun aku tak tahu.”

Aku hanya tersenyum mendengar bebelan Miza. Ada

“Ah, sorrylah Dina kalau kau nak suruh aku jadi orang tengah. Malulah aku.”

“Bukannya aku nak suruh kau jadi orang tengah cik Maria oi . .! Aku cuma nak tahu nama dia ajer. Please Maria. . .,” hish. . . first time rasanya aku merayu dekat orang semata-mata nak tahu nama mamat tu.

“Nama dia Reaza. Student ABM. Puas hati kau!” Maria menggelengkan kepalanya. Mataku bersinar harapan. ‘Dia ku anggap ‘spirit' ku.

*********************************************************************************************************************

Bahang SPM mula terasa. Aku juga tidak ketinggalan untuk belajar di saat-saat akhir. Kisah ‘spirit' aku cuba lupakan. Namun tidak boleh dia tetap sumber inspirasi ku. Berita terbaru yang aku dengar sekarang, ‘spirit' join tusyen malam dekat sekolah. Kadang–kadang tu aku sanggup singgah sekejap kat sekolah semata-mata nak tengok dia sebelum pergi tuisyen rumah cikgu Syikin. Miza dengan Maria dah tak boleh nak kata apa lagi. Lagi ditegah, lagilah aku buat. Entahlah, aku masih tak dapat nak buang tabiat nie. Cuma aku harap sangat dapat cakap dengan dia walau sepatah sebelum aku tinggalkan sekolah ini.

*********************************************************************************************************************

Diam tak diam, minggu depan aku dah nak exam. Dalam masa aku ke hulu ke hilir cari nota, ada gak aku terserempak dengan mamat tu. Yang peliknya, kenapalah aku murah sangat dengan senyuman bila dia senyum kat aku. Sungguh! Aku sendiri terkejut tengok dia senyum kat aku. Tapi nak buat macam mana dah jodoh, aku terima ajerlah. Sedang aku mengelamun mamat tu betul-betul muncul depan aku. Dan di saat itu aku rasa macam nak pitam.

“Hai!” Dia menegur lembut.

“Hai!” balasku gugup.

Good luck exam. Dah prepare

Good luck untuk awak juga,” Senyuman yang paling manis aku lemparkan walaupun aku rasa macam nak tumbang.

“Err… awak. Saya pergi dulu.” Dan aku cuma hanya mampu mengangguk walaupun banyak lagi benda aku nak tanya.

“Awak. . . .” aku beranikan diri memanggilnya.

“Saya,” dia berpaling dan melangkah semula ke arah aku.

“Boleh saya jumpa awak pagi exam esok?” rasanya masa tu muka aku lebih kurang macam udang kena bakar dah.

Dia hanya membisu dengan pandangan matanya yang tidak berkelip langsung. Apa pandang aku macam ni.

“Takperlah kalau awak ada temu janji dengan orang lain. Saya pergi dulu,” kecewa betul aku rasa. Baru sahaja kaki aku nak melangkah. Aku terdengar suara lembut memanggilku.

“Dina...” segaris senyuman di wajahnya cukup melegakan hati aku. Dan akhirnya aku tersenyum sama. Di kala itu, pesta bunga api sedang berlangsung dalam hati aku.

*********************************************************************************************************************

Akhirnya aku berjaya juga buat yang terbaik untuk exam kali ini. Walaupun keputusannya aku sendiri tak pasti. ‘spirit' ? Mungkin takdir kisah antara aku dengan dia cukup di alam persekolahan. Aku tak pergi jumpa dia seperti mana yang telah kami rancang kan. Dan aku sendiri tak tahu sama ada dia menunggu atau tidak. Sepanjang minggu exam pun, aku langsung tak nampak wajahnya.

“Diana, termenung lagi. Sayang nak tinggalkan asrama ker?” Aku tersentak. Rasanya suara itulah yang aku rindukan selalu.

“Ibu... bila sampai? Kenapa lambat,” aku mencium tangan ibu. Perkara biasa yang aku lakukan padanya. Pipiku menjadi mangsa ciuman ibu. Ayah hanya tersenyum memandangku.

“Dahlah tu. Kita sambung kat rumah nanti. Semua barang dah kemas Diana?” Aku mengangguk.

Sewaktu kereta ayahku bergerak meninggalkan perkarangan sekolah, aku sempat menoleh tempat kali pertama dan terakhir aku berbicara dengannya. Selamat tinggal ‘spirit' . Aku doakan kau berjaya. Terima kasih sebab jadi sumber inspirasi aku untuk terus berusaha. Dan akhirnya aku melelapkan mata sambil ditemani bayangannya.

*********************************************************************************************************************

Masa lapang yang ada ku isikan dengan bekerja sambilan di syarikat pakcik ku. Sekurang-kurangnya boleh membantu meringankan beban ayah. Lagipun sebagai anak sulung dalam keluarga, aku kena belajar bersikap tanggungjawab. Mengikut perancangan, dengan keputusan yang aku peroleh aku mampu untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ayah menggalakkan aku terus belajar. Biar menjadi contoh adik-adik katanya.

Hi Diana” mataku terpaku pada seseorang di pintu bilikku. Abang Eddy! Mataku bersinar memandangnya. Segaris senyuman dilemparkan padaku. Sambil tangannya diajukan padaku. Jam Puma tersemat kemas di pergelangan tangannya. Patutlah, waktu lunch dah tiba. Aku mengangguk.

“Dah lama ke abang sampai. Maaflah Diana tak perasan.”

Dia menggelengkan kepala. Pelik memikirkan gadis di hadapannya ini. Terlalu sukar difahami. “Agaknya kalau Abang cium Diana pun, Diana tak sedar agaknya”. Gadis di sebelahnya memuncungkan muka.

“Hah... eloklah tu. Perangai mengalahkan budak kecil. Macam mana nak kahwin ini.”

Gurauan Abang Eddy tidak ku endahkan. Kakiku melangkah menuju ke bilik Pakcik Rahim. Bimbang pula kalau dia mencari aku nanti. Belum sempat pintu biliknya ku buka, Abang Eddy terlebih dulu menegurku.

Uncle tak ada dalam biliknya. Baru sekejap tadi dia keluar. Diana janganlah risau. Abang dah minta izin dengan uncle

“Memandai je abang ini. Mana Abang tahu Diana sudi atau tak,” aku mengusiknya.

Riak wajahnya berubah. Mungkin tersinggung dengan gurauan ku agaknya. Aku mulalah nak menggelabah ini. Aku manalah reti pujuk bapa budak. Budak kecil bolehlah. Bagi gula-gula ke, terus baik. Kalau dah besar macam ini. Apa aku nak buat?

“Abang, Diana minta maaf. Diana tak sengaja nak singgung hati abang,” aku memandangnya dengan penuh harapan dia akan memaafkan aku.

“Kalau Diana tak sudi pun, Abang still akan paksa Diana lunch dengan abang,” jawabnya selamba. “Jomlah, Abang dah lapar ini. Nanti dengan Diana sekali abang telan”.

Jawapan dari mulut itu benar-benar melegakan hati ku. Salah satu sifat abang yang aku puji. Sentiasa cool. Bertuah gadis yang akan bertakhta di hatinya. Pekerja pakcik ku yang paling aku senangi sepanjang aku bekerja di sini.

*********************************************************************************************************************

Mataku terlalu asyik menghadap komputer. Banyak kerja yang harus aku bereskan. Lagipun pagi esok aku terpaksa ikut pakcik ku ke Port Klang. Sebuah syarikat perkapalan meminta pakcik ku untuk menguruskan hal insurans syarikatnya. Deringan telefon di ruang tamu tidak aku hiraukan. Kerja aku ni lebih penting daripada aku nak mengangkat telefon yang dah tentu bukan untuk aku. Ini mesti balak adik aku yang phone. Dekat sekolah dah jumpa, malam pun nak telefon lagi. Melampau betul budak-budak sekarang bercinta. Asalkan adik aku tahu jaga diri sudahlah.

“Kak Diana, phone!” jeritan adikku mengejutkan aku dari lamunan. Ada je manusia yang nak mengganggu time aku tengah rajin nak buat kerja. Dengan langkah yang malas, aku dapatkan juga telefon yang terletak di ruang tamu.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam,” dada aku berdebar-debar. Aku rasa macam pernah dengar suara ni. Tapi takkan mamat tu. Mustahil dia yang call aku...

“Masih ingat saya lagi?”

Suara di sana cukup kedengaran di cuping telinga ku walaupun saat ni aku rasa dah nak pengsan.

“Saya tak pasti. Tapi awak ni…”

“Reaza. Saya harap awak masih ingatkan saya.”

Dan ternyata saat ini aku dah tak mampu nak berdiri dengan betul lagi. Memang betul dia. Orang yang paling aku rindu. Alahai, aku rasa macam dekat atas awangan pula.

“Hello. Awak masih ada dekat sana ke?”

Pertanyaan Reaza membuatkan aku sedikit tersentak. “Errr… saya dengar. Saya still ingat kat awak,” ish malunya kalau dia tahu aku berangan tadi. Ini kalau tahu dek Miza ngan Maria, mahu mati aku kena gelak dengan diorang yang takder hati dan perasaan langsung.

“Saya harap tak ganggu awak malam-malam ini. Saya cuma nak teruskan persahabatan kita yang tak kesampaian dulu. Saya harap awak masih ingat janji kita yang tak tertunai lagi.”

“Janji?” Janji apa pula ni. Bila masa aku janji dengan dia ni. Takkan dalam mimpi kut.

“Sepatutnya kita jumpa pagi sebelum periksa dulu. Tapi awak tak datang seperti mana yang telah kita rancang. Jadi, saya ada sesuatu permintaan. Saya harap awak dapat fikirkannya dengan baik,” di hujung suaranya ada sedikit getar. Dan di saat ini muka aku dah mula pucat.

“Baiklah, asalkan awak tak minta yang bukan-bukan dari saya,” suara aku pun dah mula terketar-ketar.

“Sudikah awak untuk jadi teman hidup saya, dan terima saya sebagai teman hidup awak untuk selamanya,” ada nada tegas pada permintaannya.

“Hah! Tapi awak…,” aku tak mampu untuk bersuara lagi. Bermacam-macam perasaan yang aku rasa sekarang ini. Aku tak tahu sama ada aku suka atau sebaliknya. Entah-entah aku mimpi agaknya. Tapi, aku still kat dalam rumah lagi.

“Saya harap keputusan awak, takkan kecewakan saya. Sepatutnya saya jumpa awak masa awak ambil result hari itu. Puas saya tunggu awak dekat pintu pagar. Hampir 2 jam. Awak tak muncul-muncul juga. Sebab itu, saya luahkan perasaan saya dalam telefon. Saya harap awak faham perasaan saya pada awak sekarang ini. Dan untuk pengetahuan awak, saya dah lama minat kat awak. Sejak dari bangku sekolah lagi. Cuma saya tak berkesempatan untuk mendekati awak.”

Aku tak mampu untuk berkata-kata lagi. Apa sebenarnya yang dah terjadi. Mustahil, dia boleh luahkan pada aku. Padahal kami tak pernah berbual langsung.

“Dina, sebenarnya…,” dia terhenti. Aku masih menunggu dengan sabar.

“Sebenarnya ini adalah kali terakhir saya akan call awak. Lepas ini, saya akan sambung belajar dekat selatan. Tiga tahun. Cuma saya nak dengar dari mulut awak sekarang. Mungkin juga untuk kali terakhir saya akan tanya awak.”

Hati aku mula berdebar. Aku rasa ada benda tajam yang tikam jantung aku saat ini. Aku terkejut sebenarnya. Tergamam aku seketika.

“Sudikah awak menjadi teman hidup saya untuk selamanya, dan sudikah awak menerima saya sebagai teman hidup awak untuk selamanya.”

“Reaza,” aku harap keputusan yang aku buat adalah yang terbaik untuk aku dan juga untuk dirinya. Walau pada hakikatnya, aku akan kecewa.

“Saya minta maaf sebab saya tak dapat terima awak dalam hidup saya. Saya tak nak jarak kita yang jauh nanti akan membuatkan kita terpisah. Terlalu banyak halangan yang perlu kita tempuhi nanti. Saya tak nak nanti, hubungan kita yang sedia ada ini, sebagai sahabat maksud saya, akan musnah. Lebih elok kalau kita kawan.” Dan di saat ini, aku tahu, aku akan terpisah dengannya lagi. Aku takkan berjumpa dengannya lagi.

“Saya faham. Cuma satu yang saya minta dari awak Dina. Boleh tak awak tunggu sampai saya habis belajar. Sebab saya betul-betul sayangkan awak. Saya akan cari awak setelah saya tamat belajar nanti,” dia mengharap.

“Saya tak boleh janji. Tapi saya harap awak akan terima orang lain bila awak jumpa dengan seseorang dekat sana. Jangan disebabkan saya, awak tolak orang yang mungkin dapat membahagiakan awak.”

“Dengar sini Dina. Saya takkan terima orang lain selain dari awak. Saya tetap akan cari awak nanti. Saya harap awak akan tunggu saya nanti,” dia masih mengharap.

*********************************************************************************************************************

Segala persiapan aku ke Universiti telah diatur. Pagi-pagi esok, aku akan berangkat ke sana. Tempat untuk aku meneruskan perjuangan sebagai seorang mahasiswi. Semalam aku keluar dengan abang Eddy. Dia yang beria-ia nak belanja aku makan. Meraikan sebab aku dapat sambung study. Tapi rupanya abang Eddy ada maksud yang tersirat sebenarnya.

“Diana marahkan abang?” Abang memulakan perbualan. Lagipun sepanjang perjalanan pulang, aku cuma senyap ajer.

“Kenapa pula Diana nak marah abang? Cuma Diana rasa gementar ajer. Yang abang tergelak ni kenapa?” Aku mulalah nak marah.

“Kalau bercinta dengan buku susah, bercinta dengan abangkan senang. Kalau boleh abang nak serius dengan Diana.” Abang Eddy memandangku tepat. Aku tergamam. Biar betul abang ini. Buang tabiat agaknya.

“Abang janganlah nak buat lawak. Kalau abang serius sekalipun, Diana anggap abang macam abang Diana, tak lebih dari itu,” jawabku tegas.

“Abang tak tahu apa perasaan Diana pada abang. Tapi abang nak Diana tahu yang abang sayangkan Diana. Abang sayangkan hubungan kita ini. Kalau boleh abang nak Diana anggap abang lebih dari seorang abang,” abang tenang menjawab. Matanya masih utuh memandang hadapan.

“Maafkan Diana abang. Diana tak mampu untuk terima abang lebih dari ini,” aku tak pandang pun wajah abang. Aku takut abang terluka. Perlahan-lahan ku lihat wajahnya. Tapi abang memang seorang yang tenang. Dia masih tersenyum dan mengangguk perlahan walau aku tak tahu hati dia saat ini. Entahlah, hati aku cuma untuk Reaza walau aku tak pasti akhirnya........

*********************************************************************************************************************

Pagi sebelum aku berangkat ke IPTA, aku memberanikan diri mendail nombor yang sentiasa tertera di atas skrin handphoneku.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam Diana,” suara di sana menjawab dengan penuh yakin.

Dan waktu itu aku tergaman seketika. Memang benar tekaanku. Reaza!

“Awak daftar hari ini?”

“Aah. Tapi alangkah baiknya kalau awak pun ada dekat sini sekarang,” Reaza mengeluh kecil. Aku hanya tersenyum walau tak mungkin dia dapat melihatnya.

“Saya doakan awak berjaya Reaza.”

“Terima kasih Dina. Cuma saya harap awak masih ingat janji kita.”

“Reaza, saya rasa tak perlu untuk awak mencari saya. Andai sememangnya kita memang ditakdirkan untuk bertemu semula, kita tidak perlu mencari. Siapa tahu, saya akan berdiri di depan mata awak nanti,” aku menjawab sambil tergelak kecil.

“Dan saya harap awak akan terima saya saat itu,” Reaza juga turut tergelak.

“Insyallah Reaza. Oklah Reaza. Jaga diri awak.”

“Awak pun sama Dina.”

*********************************************************************************************************************

Kesibukan minggu pertama di kampus membuatkan aku terlupa pada hajatku ketika kali pertama aku menjejakkan langkah ke sini. Lebih-lebih lagi minggu orientasi baru saja berakhir. Ada sesuatu impianku yang belum tertunai. Tapi aku harap segala-galanya akan terlaksana hari ini.

“Cepatlah Am, kalau lambat nanti mesti kawasan rehat itu dah penuh.”

“Kejaplah Dina. Kau ini memang tak tahu sabarlah,” rungut Am, room mate ku. Aku cuma tergelak memandang Am yang terkocoh-kocoh menyarung kasut sportnya.

Confirm ker kau boleh jumpa dia hari ini,” tanya Am perlahan sambil menghirup udara petang di kawasan taman ini. Nyaman sungguh. Aku memejamkan mata seketika. Membiarkan angin petang menampar-nampar pipiku.

“Woi minah! Aku bukannya nak tengok kau macam patung kat sini. Cepatlah cari dia,” Am masih mendesak. Walau sebenarnya aku dah mula tak menentu. Memang benar dia ada di sini. Aku masih leka memandangnya walau dia tidak sedar langsung yang dirinya menjadi perhatian sepasang mata.

“Hmmm… patutlah. Dah jumpa apa yang dia cari. Patutlah senyap semacam ajer. Pergilah Dina. Jangan sampai dia hilang lagi di depan mata kau. Jangan sia-siakan peluang ini. Manalah tahu kalau kali ini hati kau akan terbuka untuk lelaki.” Am masih memujukku.

Aku masih teragak-agak. Mestikah aku pergi atau biarkannya berlalu lagi. Dan melanggar janji yang aku buat pada diri ini. Aku mula melangkah ke arah sebatang tubuh yang membelakangiku. Am membiarkan aku berjalan keseorangan ke arahnya. Gayanya masih belum berubah. Tetap sama.

“Assalammualaikum.” Aku memberi salam. Tapi aku rasa macam dah nak pengsan saat ini. Minta-minta dia kenal suara aku.

Eh, macam aku kenal ajer suara gadis ini. Takkan… Serentak itu juga aku menoleh ke belakang dan… “Dina!” memang betul apa yang aku teka.

“Apa khabar Reaza,” aku tersenyum padanya.

“Kurang sihat.” Dia bersuara perlahan. Aku mula panik. Dia ini tak suka ker aku jumpa dia kat sini. Rugi ajer aku cuba

“Sakit jiwa sebab happy sangat bila tengok buah hati ada dekat sini.”

“Buah hati? Reaza ada temu janji dengan orang lain ke? Dina minta maaf sebab kacau Reaza?” Tatkala itu, hati aku dah mula hancur. Aku mula melangkah ke arah Am yang setia menanti ku di sana.

“Nanti dulu Dina!” Reaza memanggil ku. Aku memusingkan badan ku ke arah nya tanpa memandang wajahnya.

Kan awak pernah kata dulu Dina. Kalau kita dipertemukan lagi, awak akan terima saya. So, sekarang ini awak bukan buah hati saya ke,” matanya tajam memerhatikan muka ku.

Aku tertunduk malu. Rasa cam udang kena bakar ajer muka aku saat ini. Biar betul dia ini. Buat aku suspen ajer. Aku memberanikan diri memandang wajahnya. Kami sama-sama tersenyum. Memang benar kata orang. Kalau ada jodoh takkan ke mana.

*********************************************************************************************************************

“Tak sangka kan Dina. Dulu saya tak sempat nak rapat dengan awak. Tapi sekarang ini kita jumpa lagi dekat sini.” Dia tersenyum memandang ku. Aku hanya mengangguk.

Aku pun tak sangka sebenarnya. Macam mana agaknya kami boleh dapat satu tempat. Memang dah rezeki agaknya. Mungkin cinta kami ditakdirkan untuk bersatu bila rindu mula menemani hidup kami. Dan petang itu, kami sama-sama menyaksikan matahari terbenam. Menandakan berakhirnya siang dan malam akan mengambil alih.

Aku tersenyum memandang Reaza. Aku membalas genggaman tangannya. Aku tak mahu kehilangannya lagi. Cukuplah setahun yang lalu aku menjadi pemerhati yang setia. Aku mahu berada di samping nya. Bukan menjadi pemerhati. Akan ku serahkan hati ini hanya pada mu Reaza. Reaza Razak. nak sesuatu yang istimewa di wajahnya. Kalaulah aku boleh memiliki hatinya tentulah aku hanya bermimpi di siang hari. Budak dari kelas apa pun aku tak tahu. Nama lagilah, langsung aku tak kenal tapi, dia ni pengawas. Pandanganku berlaga dengan Maria. semua?”. tadi nak bawa Diana keluar makan.” tegur dia tadi. “Reaza sakit ke?” aku bertanya perlahan.

Selamat Hari Merdeka ke 49

Dengan ini saya penyimpan mohor-mohor besar mengumumkan...

Hari Merdeka ke-49 untuk negara Malaysia..
Jatuh pada 31 Ogos 2006 bersamaan hari Khamis, 7 Syaaban 1427..

Selamat Hari Merdeka!!!!!


Note: Merdekakan diri..merdekakan hati...merdekakan...jiwa....