Thursday, July 06, 2006

Jenis darah dan personaliti...

Jenis Darah Dan Personaliti

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh
kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar
diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di
Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis
darah yang mengalir di dalam tubuh manusia
ternyata mampu memberi gambaran terdekat
mengenai keperibadian individu itusendiri. Ingin
berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini
disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan
sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan
diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga
sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam
apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya
yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan
berusaha untuk mencapaimatlamat tersebut walau
dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
Selain itu kamu juga terlalu seriusdalam
persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang
demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi
diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat
utama dalam hidup kamu. Kamu gemar
melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan
kamu juga gemar melibatkan diri dengan
berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu
disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa
berasa senang untuk bekerjasama dengan
mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa
yang ada dalam diri kamu itu melambangkan
bahawa kamu tergolong dalam kategori individu
yang memiliki keperibadian penyayang. Walau
bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan
terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak
mengendahkan langsung waktu untuk
berehat.Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu
diutamakan. Jangan kerana terlalu lekadengan
kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang
terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan
mu. Kamu lebih selesadengan kesederhanaan.
Dalam perhubungan pula kamu adalah individu
yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang
dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan
sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih
gemar melaksanakannya dengan cara kamu
sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan
fleksibel, mudahbagi diri kamu untuk meletakkan
diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun
kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu
yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap
kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar
meminta bantuan orang lain itu, mampu
mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali
gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.
Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara
kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah
keperibadian yang jelas terpancar dalam diri
individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati
orang lain dan ini menjadikan individu yang berada
di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki
sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa
bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu
perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu
itu.Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk
membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang
lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri

Note: darah sya jenis AB A DA heheheh

0 comments: