Friday, July 28, 2006

Untukmu sahabat..

Kubiar kalam berbicara.....memendam rindu di jiwa..agar dapat ku lalui segala yg terjadi...sudah suratan Ilahi...

Tetiba teringat lagu dari kumpulan UNIC...rindu pulak kat sahabat-sahabat..tak kira masa kat tadika kat n9 dulu ke...masa sekolah kat n9 dulu ke....masa sekolah kat pahang ke...kat kuantan ke...kat penang ke....semua ingat la... Hehehe Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah...insyaAllah.

Kudoakan semoga semua sahabat-sahabat dulu, kini dan akan datang semoga kita sentiasa dalam rahmat dan keampunan dari Allah...ameen.



Note : I love my friends....and I love all my religion most.....

Thursday, July 27, 2006

Bukan bercinta tapi bersahabat

"Ana mengeluh dengan tingkah laku suaminya. Ana menuduh Saiful mula mengabaikan tangguungjawabnya sebagai suami. Menurut Ana, keadaan ini disedarinya apabila Saiful mula main kayu tiga dengan rakan sepejabatnya, Seri. “Sejak kehadiran perempuan itu dalam kehidupan abang Saiful, saya sering bertengkar dengan suami. Perempuan itulah punca keretakan rumahtangga saya.”

Namun apa pula jawapan Saiful?
“Ana sudah melampau. Cemburu buta. Saya dan Seri cuma bersahabat sahaja tak lebih dari itu. Nothing special between us. Sebagai rakan setugas, saya memang tak nafikan saya rasa begitu selesa bila berbincang. Seri mempunyai pandangan yang luas, mudah bekerjasama, pendengar dan penasihat yang baik malah kami juga banyak berkongsi minat yang sama. Itu saja tidak lebih dari itu…” Kata Saiful, tenang.

Azhari dan Sara juga mengaku hanya bersahabat. Kebetulan mereka berdua sama-sama exco tertinggi salah sebuah kampus universiti terkemuka. Azhari dan Sara sering berjumpa dalam pelbagai aktiviti dan sering bermesyuarat bersama bagi melancarkan aktiviti kampus. Menurut Sara, Azhari seorang aktivis pelajar yang matang dan baik. Dia bukan hanya menganggapnya sebagai seorang sahabat tetapi juga seorang “abang”. Setiap masalah dibincangkan bersama dan sentiasa nasihat-menasihati antara satu sama lain. Kalau tak berpeluang bertemu mereka akan berhubung melalui telefon bimbit masing-masing. Ketika rakan-rakan sekuliah bertanya tentang keintiman hubungan mereka berdua, Azhari dan Sara dengan selamba mengatakan mereka cuma bersahabat. “Betul, kami tak ada apa-apa hubungan lain……”

Saiful dan Seri, Azhari dan Sara mengaku mereka hanya bersahabat. Namun kawan-kawan juga sesiapa yang berada di sekitar mereka merasakan ada sesuatu yang lebih dari sekadar bersahabat.


Persahabatan : Apa itu persahabatan?
Persahabatan merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan setiap insan. Mereka yang tidak mempunyai sahabat akan merasa kesepian dan tiada tempat meluah rasa. Namun bagaimana pula dengan persahabatan yang dijalinkan seperti Saiful dengan Seri atau Azhari dengan Sara yang menimbulkan gossip masyarakat sekitar? Sebelum perbincangan seterusnya, mari kita lihat sebentar makna atau erti sebenar sahabat itu sendiri. Menurut ahli psikologi, sahabat adalah orang yang dipercayai untuk diluahkan isi hati, kegembiraan atau kedukaan. Oleh itu sesiapa yang diyakini mempunyai ciri-ciri itu akan terpilih sebagai sahabat.

Setiap insan di dunia ini memerlukan sahabat atau orang lain dalam kehidupannya. Manusia perlu berkongsi sama dengan orang lain. Berkongsi sama itu sebenarnya pertahanan diri seseorang kerana manusia perlu untuk meluah dan mencurahkan isi hati dan perasaan-perasaan yang terpendam dalam diri kita. Dalam erti kata lain bahawa manusia memerlukan orang lain yang ia pilih dan percaya untuk meluahkan hal-hal peribadi.

Contohnya apabila seorang gadis bersahabat dengan seorang gadis lain, mereka boleh tidur sebantal, berkongsi barang atau saling pinjam meminjam baju atau seumpamanya atau lebih dari itu. Seseungguhnya manusia itu memang memerlukan sahabat dalam kehidupannya. Sekurang-kurangnya terdapat dua keuntungan yang diperolehi melalui persahabatan. Pertama, untuk merealisasikan mimpi atau visi hidup. Seseorang memerlukan orang lain untuk membincangkan mimpi-mimpi dan permasalahannya. Seseorang itu ingin orang lain mendengar dan tahu keinginannya. Seterusnya berusaha saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Kedua, sahabat diperlukan untuk mencari jalan penyelesaian atau jalan keluar bagi sesuatu masalah atau perkara.

Persahabatan itu bermula dengan perkenalan. Setelah itu, jika terdapat kesamaan ide, gagasan, gaya hidup, minat, keperluan, cara berfikir dan harapan maka timbullah rasa saling simpati. Apabila telah wujud rasa simpati maka akan wujud keterbukaan dan ketika ini mereka telah bersedia untuk saling mencurah suara hati.


Persahabatan Jejaka dan Wanita
Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan ini benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnnya pasti ada harapan rasa ingin memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walaupun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit umtuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharap kepada wujudnya hubungan hati dan fizikal.

Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar bersahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengengan-angankan “kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika ini sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.


Berhentikan Proses Seterusnya!
Oleh itu. Para muslimin dan muslimat yang dikasihi, jika perkenalan kita sudah berunah menjadi simpati segeralah susuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah s.a.w.)

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatinah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum saya bernikah dengan engkau di kota Makkah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola dihatiku. saya sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu saya simpan di dalam hatiku” kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi saya?” tanya Ali. “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau” jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh “menghinggapi sesiapa” sahaja termasuk orang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tidak mungkin dihindari. Oleh itu, tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..


Sudah berlanjur digosipkan
Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu untuk mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati “berdegup” hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan bergaul bebas.

Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmaan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera menghentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jauhilah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon/sms dan seumpamanya.


Jangan terperangkap
Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendalikan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.

Sebagaimana yang berlaku kepada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda: “Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”

Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti ‘tazkiyatun nafs’ (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang-orang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatannya. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir daripadanya….” (An-Nur:31-32)

Mencegah lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesungguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.

Berhati-Hati Dengan Hadis Dhaif & Palsu (Maudhu') Bulan Rejab

Assalamualaikum....
Satu artikel yang menarik yang ingin dikongsi bersama...mengambil sdikit masa untuk membacanya. Tapi, ada ilmu yang perlu kita tahu di sini.


Ulasan Berkenaan Hadis ‘Fadhilat Rejab’:


Bulan Yang Mempunyai Kelebihan Adalah Bulan ‘Haram’ (Bukan Rejab Sahaja)

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan Yang dihormati. ketetapan Yang demikian itu ialah ugama Yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu Dalam bulan-bulan Yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa.” (at-Taubah: 36)

Menurut Tafsir al-Jalalain, yang dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yang di hormati" ialah:[2] “Empat bulan Haram ialah Zulkaedah,Zulhijjah, Muharam dan Rejab.”

Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yang disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam diharamkan berperang dalam bulan- bulan ini kecuali jika mereka diugut. Di dalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji (bulan Zulhijjah), di mana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yang tidak menunaikan haji melakukan ibadat
puasa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga menggalakkan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 haribulan Muharam).
Sebahagian Hadis Maudhu’ (Palsu) Dan Dhaif Yang Sering Digunakan Para Penceramah (Yang Tidak Bertanggungjawab):
Shaikh al-Saqr memetik beberapa hadis dha‘if dan maudhu’ berkenaan fadilat bulan Rejab (menerusi IslamOnline.net), antaranya:

Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu,
barangsiapa yang berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu. Hadis ini adalah dha'if.
Barangsiapa berpuasa sehari di dalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yang berpuasa di dalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yang berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yang berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" Hadis ini juga dha‘if.

Terdapat sebuah hadis yang panjang berkenaan fadilat puasa rejab menurut hari, dan di dalamnya terkandung:
Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku. Hadis ini adalah maudhu’.
Barangsiapa yang solat Maghrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap
rakaat surah Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya,
hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab. Ini adalah hadis
maudhu'.

Memetik Hujjah Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi:
a) Fadilat Rejab adalah sama dengan fadilat bulan-bulan haram yang lain. Beliau berkata:[4]

Tidaklah ada kesahihan (fadilat-fadilat) di dalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram yang disebut oleh Allah di dalam kitabnya (surah al-Taubah, ayat 36), iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram.... Inilah bulan-bulan yang mempunyai fadilat. Tidak
terdapat hadis sahih bahawa yang mengkhususkan Rejab sebagai bulan yang yang memiliki keutamaan.

b) Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakannya adalah dha‘if dan maudhu’. Shaikh al-Qaradhawi menyambung:

Hadis ini dimaklumi sebagai sebuah hadis fadilat Rejab: “Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku", namun hadis ini mungkar dan sangat dha‘if, bahkan sebahagian besar ulama' mengatakan hadis ini maudhu’, yakni dusta. Maka tidak ada baginya nilai saintifik mahupun agama. Selain itu terdapat juga hadis-hadis fadilat Rejab yang menerangkan sesiapa bersolat sekian-sekian maka dia mendapat ganjaran sekian-sekian, sesiapa beristighfar sekali maka baginya sekian-sekian ganjaran….. Semua ini adalah satu pelampauan dan pendustaan. Malah termasuk isyarat bahawa sesuatu hadis adalah dusta adalah bahawa ianya bersifat melampau dan berlebih-lebihan. Berkata para ilmuan, janji mendapatkan ganjaran yang besar terhadap amalan yang biasa atau azab yang berat untuk kesalahan yang ringan termasuk isyarat bahawa hadis tersebut adalah dusta.

c)Oleh itu, terang Shaikh al-Qaradhawi yang seterusnya, kita sebagai orang Islam wajib mengetahui darjat hadis yang didengar atau dibaca. Tidak boleh bersikap remeh dalam hal ini kerana sudah sedia terdapat buku-buku di pasaran yang menerangkan sumber dan darjat hadis, berbanding buku-buku yang hanya mengemukakan hadis tanpa menerangkan sumber dan darjatnya.

Bagaimana Cara Sebenar Untuk Beramal Di Dalam Bulan Rejab?

Apabila ditanya, selain bulan Ramadhan, bulan apakah yang afdal untuk berpuasa, Shaikh Mutawalli al-Sya’rawi menjawab dengan mengemukakan sebuah hadis daripada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Wahai Rasulullah! Apakah bulan yang engkau perintahkanku berpuasa selepas Ramadhan?” Rasulullah menjawab: “Jika kamu ingin berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah pada bulan Haram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah dan padanya terdapat satu hari yang terima taubat
daripada satu kaum dan diampunkan padanya kaum (yang lain).”
Berdasarkan hadis ini, dianjurkan berpuasa sunat pada bulan-bulan Haram tanpa dikhususkan kepada bulan Rejab sahaja. Shaikh Abdul Aziz bin Baz, mufti besar Arab Saudi pernah juga dikemukakan soalan yang seumpama. Beliau menjawab:
Dari sudut syara’ , dibolehkan berpuasa (sunat) pada bulan Muharam dan demikian juga bulan Sya’ban. Adapun berpuasa pada 10 hb Zulhijjah,
tidak ada dalil ke atasnya, akan tetapi jika seseorang ingin berpuasa tanpa beriktikad bahawa ia adalah puasa yang khusus, ia tidak mengapa.
Adapun bulan Allah al-Haram, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah
bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah al-Haram.” Maka apabila berpuasa pada bulan-bulan tersebut maka ia adalah baik, atau berpuasa pada 9, 10, 11 hb itu adalah baik juga, demikian juga dibolehkan berpuasa pada bulan Sya’ban.
Shaikh Yusuf al-Qaradhawi menulis:
Berpuasa di dalam bulan Haram adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat hukumnya). Akan tetapi tidaklah diriwayatkan daripada Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bahawa baginda berpuasa pada keseluruhan bulan-bulan Haram tersebut. Baginda hanya berpuasa penuh satu bulan (yakni) dalam bulan Ramadhan. Selain itu baginda banyak berpuasa pada bulan Sya’ban tetapi tidak berpuasa sepenuhnya dalam bulan tersebut. Inilah sunnah Nabawiyah.

Pada bulan-bulan yang lain (selain Ramadhan dan Sya’ban), baginda berpuasa dan berbuka sehingga dikatakan oleh para sahabat dalam sebuah
riwayat: “Baginda berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, baginda berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa.”
(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia dengan berpuasa pada bulan Rejab seluruhnya
sebagaimana yang kita lihat sebelum ini, malah aku telah lihat sebahagian manusia berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari di
dalam bulan Syawal dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh" selepas berbuka, (lalu) mereka membuat satu perayaan pada hari ke 8 bulan Syawal. Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling secara berterusan. Mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari Id (1 Syawal). Amalan seperti ini tidak datang daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mahupun para sahabat dan generasi al-Salaf al-Salih (generasi awal umat Islam).

Maka sebaik-baik puasa (sunat) ialah puasa sehari dan berbuka sehari, bukan berterusan di dalam berpuasa. Setiap kebaikan ialah pada mengikuti
generasi awal dan setiap keburukan ialah pada rekaan generasi terkemudian. Barangsiapa yang ingin mengikut dan memperoleh ganjaran yang sempurna, maka ikutlah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dengan tidak berpuasa pada bulan Rejab dan Syaban seluruhnya. Inilah sebaik-baik (bentuk puasa sunat). Wa Billahi Tawfiq.

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan)
Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (al-Ahzaab: 21)

“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Rujuk Shahih Muslim – hadith no: 1718 (Kitab al-Aqdiyyah, Bab
kritikan ke atas hukum batil dan perkara ciptaan baru)

‘Abd Allah bin Mas‘ud (sahabat) juga pernah menyebut:

“Sederhana dalam sesuatu sunnah lebih baik daripada bersungguh sungguh dalam sesuatu bid‘ah”. (Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, jld. 5, m.s. 11)

Kesimpulan:

1.Hadis-Hadis keutamaan (fadilat) bulan Rejab kebanyakannya adalah dha‘if (lemah) dan maudhu’ (palsu). Berterusan menyampaikan hadis- hadis ini adalah satu bentuk pendustaan terhadap Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
2.Kita dilarang mengkhususkan hari atau malam tertentu melainkan jika pengkhususan tersebut berasal daripada Allah (al-Qur’an) dan Rasul-Nya (hadis-hadis yang sahih).
3.Tidak ditemui dalil bahawa bulan Rejab memiliki fadilat yang khusus, yang ada cuma fadilat umum keempat-empat bulan haram.
4.Demikian juga, tidak ditemui dalil bagi melakukan solat, puasa, zikir, ziarah kubur dan sebagainya yang khusus bersempena bulan Rejab.

Rujukan & Bibliografi:
[1] Budiman Radzi - Fazilat bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadzan. Alor Setar: Muzakkir Enterprise, 1990.
[2] Tafsir al-Jalalain. Harf.com. (URL: http://quran.al-islam.com/arb/Default.asp)
[3] Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab.(URL:
http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10249)
[4] Fatwa IslamOnline - Kesahihan Fadilat Rejab.
(URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1308)
[5] Fiqh al-Sunnah (Beirut: Al-Fath Lil'alam Al-Arabi, 1995. Cetakan khas dari manar Al-Dauliyah), jld. 1, ms. 596.
[6] Al-Fatawa (Kaherah: Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000), ms. 371
Sanad hadis ini dha‘if, rujuk Musnad Ahmad yang disemak oleh Shaikh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan, hadis no: 1322 (Musnad ‘Ali bin Abi
Thalib). Walaubagaimana ia memiliki penguat daripada apa yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1163 (Kitab Puasa,Bab Keutamaan Puasa pada bulan Haram)
daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh,
maksudnya: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah al-Haram.”
[7] Majmu' Fatawa (Riyadh: Dar Al-Watan, 1996) ms. 269
[8] Fatwa IslamOnline - Puasa Rejab(URL:
http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDispl
ay.asp?hFatwaID=1310)
[9] Untuk memudahkan kefahaman para pembaca, orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:
1.Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.
2.Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini
adalah sunnah.
3.Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab. Ini bukanlah sunnah.
4.Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban,
Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini bukanlah sunnah.
5. Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab.
Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk
mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya.

Wednesday, July 26, 2006

kawin?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...
sekarang ni dah jarang-jarang dapat tulis kat blog ni...sebab kekadang baru tulis sikit tgk2 dah ada keje nak buat...so, terbengkalai la nak tulis...akibatnya, tak ter post la hehehe

Tajuk title KAWIN atau KAHWIN...hehehe macam gempak je....sekarang ni musim orang kawin kot?? Kat ofis ada yang nak kawin, kat rumah pun ada...tak kurang jugak cousin nak kawin..sampai 2 orang plak tu..sebelah mak sorang, sebelah ayah sorang...insyaAllah 2x mak ayah datang bulan depan..bestnya....

Hmm...takpela, Selamat Pengantin Baru buat semua sahabat2...sepupu2 yang baru atau akan melangsungkan perkahwinan....Semoga kekal ke akhir hayat...ameen..

wassalam


Note: semoga semakin bertambah umat yang cintakan Allah dan Nabi Muhammad..ameen

Wednesday, July 19, 2006

selesema..

assalamualaikum..

alhamdulillah hari ni tak se bz semalam....tp ada gak keje kena buat..cuma bezanya semalam dan sebelum2 ni asyik kena pressure je...so ari ni tenang sikit la...tinggal nak cek bug dan cek betul ke tak logic tu je!!!

semalam dah rasa sakit tekak ops....tekak perit semacam je....kepala sakit etc...natijahnya ari ni selesema....lama gak tak dapat selesema..Allah sayangla ni :)

eh, dah Asar la..okla nak solat dulu..

sehingga jumpalagi..

wassalam

Tuesday, July 18, 2006

cerita cerita lagi...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah..

Dah lama gak tak mencoret kat blog ni..keje banyak la...email pun tak sempat sangat nak baca..just cek email2 urgent je...YM pun dah lama tak aktif...bz ngalahkan VIP. hehehe

Ada keje kena siapkan sebenarnya...tu la kena spend banyak masa nak siapkan headcount punya sistem...sabar jela! tapi kerja punya pasal..buat je..

Semalam buat part time kat Ampang...hehehe alhamdulillah..

Wednesday, July 12, 2006

Biarlah Rahsia

Video:Biarlah Rahsia (Astro)
by jogpush

DID I MARRY THE RIGHT PERSON?

DID I MARRY THE RIGHT PERSON?

During one of our seminars, a woman asked a common question. She said, " How do I know if I married the right person ?"

I noticed that there was a large man sitting next to her so I said, " It
Depends. Is that your husband?"

In all seriousness, she answered " How do you know?"

Let me answer this question because the chances are good that it's
Weighing on your mind.

Here's the answer.

EVERY relationship has a cycle. In the beginning,you fell in love with
Your spouse. You anticipated their call, wanted their touch, and liked
Their idiosyncrasies.

Falling in love with your spouse wasn't hard. In fact, it was a Completely natural and spontaneous experience. You didn't have to DO anything. That's why it's called "falling" in love... Because it's happening TO YOU.

People in love sometimes say, " I was swept of my feet." Think about the
Imagery of that __expression. It implies that you were just standing
There; doing nothing, and then something came along and happened TO YOU.

Falling in love is easy. It's a passive and spontaneous experience.

But after a few years of marriage, the euphoria of love fades. It's the
Natural cycle of EVERY relationship. Slowly but surely, phone calls
Become a bother ( if they come at all), touch is not always welcome ( when it happens), and your spouse's idiosyncrasies, instead of being cute,
drive you nuts.

The symptoms of this stage vary with every relationship, but if you
Think about your marriage, you will notice a dramatic difference between the initial stage when you were in love and a much duller or even angry
subsequent stage.

At this point, you and/or your spouse might start asking, " Did I marry
The right person?" And as you and your spouse reflect on the euphoria of
The love you once had, you may begin to desire that experience with someone else. This is when marriages breakdown. People blame their spouse
for their Unhappiness and look outside their marriage for fulfillment.

Extramarital fulfillment comes in all shapes and sizes. Infidelity is
The most obvious. But sometimes people turn to work, church, a hobby, a friendship, excessive TV, or abusive substances.

But the answer to this dilemma does NOT lie outside your marriage.
It lies within it.

I'm not saying that you couldn't fall in love with someone else. You
Could.

And TEMPORARILY you'd feel better. But you'd be in the same situation a few years later. Because (listen carefully to this):

THE KEY TO SUCCEEDING IN MARRIAGE IS NOT FINDING THE RIGHT PERSON; IT'S LEARNING TO LOVE THE PERSON YOU FOUND.

SUSTAINING love is not a passive or spontaneous experience. It'll NEVER just happen to you. You can't "find " LASTING love. You have to "make" it
day in and day out. That's why we have the __expression " the labor of love ."
Because it takes time, effort, and energy. And most importantly, it Takes WISDOM. You have to know WHAT TO DO to make your marriage work.

Make no mistake about it. Love is NOT a mystery. There are specific
Things you can do ( with or without your spouse ) to succeed with your marriage.

Just as there are physical laws of the universe ( such as gravity), There are also laws for relationships. Just as the right diet and exercise Program makes you physically stronger, certain habits in your Relationship WILL make your marriage stronger. It's a direct cause and effect. If you know and apply the laws, the results are predictable... You can " make" love.

Love in marriage is indeed a " decision"... Not just a feeling.

Tuesday, July 11, 2006

ZZ...Zidane with love!!


Assalamualaikum...

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah di atas segalanya....lama gak la tak mencoret kat sini....semalam tak g keje...EL. Apapun, dapat gak rehat kat rumah...sensorang je kat rumah sampai petang. Sempat kemas bilik (yg dah lama tak dikemaskan), kemas rumah...dapur...etc.

Isnin pagi...France vs Italy...France kalah penalty 5-3. Tahniah buat Italy..walaupun malam tu sebenarnya bercadang nak tgk...tp tak tersedar...hampir pkl 5am baru sedar...huhuhu geram betul. Kalau ada astro leh gak tgk siaran ulangan..tp takder. Apapun berlaku pada ZZ, sikit pun tak mengubah minat kat ZZ tu...hehehe jgn jeles.

Ala...minat kat dia bukan sebab dia main baik je...tp sebab dia punya sifat kepimpinan, kelembutan...kemachoan..dan lebih2 lagi dia tu Islam....Tahniah buat ZZ sebab dapat menjadi Pemain Terbaik Piala Dunia 2006!!!

---------------------------------------------------------------------------------------

Biography

Zinedine Zidane was born June 23, 1972, in Marseille, France. Zidane got his start in football (known as soccer in North America) at an early age, when he joined the US Saint-Henri club.

H
e moved on to Septemes Sports Olympiques after the coach convinced the director of the club to sign him. After leaving Septemes at the age of 14, Zidane participated in the first year junior selection for the league championship, the same year he was discovered.

Off to Cannes

He was called in for 3 days at the sport regional centre in Aix-en-Provence, where Jean Varraud, Cannes' recruiter, noticed the French/Algerian player. He ventured off to Cannes for what was intended to be a six-week stay, but remained even longer. Playing with professionals at the age of 16, it would only be a matter of time when he too would turn pro, and he knew he was on his way to realizing his dreams.

Showing the determination of an athlete who wants to exceed expectations, Zidane had played his first game in First Division at the age of 17, and it was from then that football went from an ambition to a passion. The Cannes midfielder scored his first goal on February 8th, 1991 (he received a Clio as a promise from the Cannes President, who promised him a car when he scored his first goal as a professional), and his first season with the club was marked by a qualification for the UEFA Cup.

Zidane's second season with Cannes wasn't as promising, but on the non-professional front he met his future wife Veronique, a Spanish dancer. After a lukewarm 91-92 season, Zidane felt it was time for a change and switched to Bordeaux after he was asked to sign a four-year contract. Marseille also wanted Zidane, but Bordeaux proved to want him more.



Kicking and soaring

His beginning with Bordeaux was hard on 24-year-old Zidane, as it forced him to adapt, but once he did, he did so with flying colours. Not only did Bordeaux qualify every year that Zidane played with the team, but Bordeaux also qualified for the UEFA Cup through Intertoto and went to the final in 95-96, Zidane's last year with the team.

At the same time, Juventus sought out Zidane, and after his four crucial seasons with Bordeaux, he moved to Torino. Again, Zidane was forced to adapt to the Italian way of playing as well as to the lifestyle, but after his first year, he was a bona fide star.

It was with Juventus that Zidane won titles, as Winner of the 1996 European Super Cup, the 1996 European/South American Cup, Winner of the 1997 League Super Cup, named 1997 and 1998 Italy Champion, and Finalist of the 1997 and 1998 Champions League.

His individual awards include the Golden Ball in 1998, and he was named Best Player of the Year by the FIFA in 1998 and 2000.

Most expensive football player

In 2001, Zizou became the most expensive player in football history when Real Madrid acquired him for 46 million pounds (roughly $66 million US Dollars). Even if he does have to adapt to the Spanish way of life, he certainly won't have to adapt to being the star player, nor the award winner.

Zinedine and Veronique have two sons, Enzo (named after Enzo Francescoli) and Luca. In addition to promoting a slew of sports products, Zidane is also Christian Dior's first male model.

Thursday, July 06, 2006

doa seorang sahabat..

Ya Allah...
sahabatku buah hatiku..
mesra kami penawar duka..
Rindu kami menambah cinta...
Rajuk kami membuah ceria...

Ya Allah...
silaturrahim kami..ukhwah fillah..
bermusuh kami nauzubillah...
berpisah mati insyaAllah...
pengubat hati doa rabtah...

Ya Allah..
rahmati kami meniti usia...
terpisah kami di alam nyata...
temukan semula di taman syurga..


Note: Thanks alang.....

read this

Try to read this. I'm sure you can....very interesting.

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.

ONLY FORWARD IF YOU CAN READ THIS

Jenis darah dan personaliti...

Jenis Darah Dan Personaliti

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh
kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar
diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di
Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis
darah yang mengalir di dalam tubuh manusia
ternyata mampu memberi gambaran terdekat
mengenai keperibadian individu itusendiri. Ingin
berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini
disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan
sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan
diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga
sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam
apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya
yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan
berusaha untuk mencapaimatlamat tersebut walau
dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
Selain itu kamu juga terlalu seriusdalam
persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang
demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi
diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat
utama dalam hidup kamu. Kamu gemar
melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan
kamu juga gemar melibatkan diri dengan
berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu
disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa
berasa senang untuk bekerjasama dengan
mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa
yang ada dalam diri kamu itu melambangkan
bahawa kamu tergolong dalam kategori individu
yang memiliki keperibadian penyayang. Walau
bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan
terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak
mengendahkan langsung waktu untuk
berehat.Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu
diutamakan. Jangan kerana terlalu lekadengan
kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang
terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan
mu. Kamu lebih selesadengan kesederhanaan.
Dalam perhubungan pula kamu adalah individu
yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang
dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan
sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih
gemar melaksanakannya dengan cara kamu
sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan
fleksibel, mudahbagi diri kamu untuk meletakkan
diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun
kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu
yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap
kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar
meminta bantuan orang lain itu, mampu
mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali
gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.
Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara
kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah
keperibadian yang jelas terpancar dalam diri
individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati
orang lain dan ini menjadikan individu yang berada
di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki
sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa
bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu
perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu
itu.Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk
membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang
lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri

Note: darah sya jenis AB A DA heheheh