Dipetik daripada Berita Harian
Tudung kepala alasan bunuh
Pemuda Turki mengaku tembak hakim kerana sekat wanita bertudung jadi pengetua
ANKARA: Seorang peguam yang menyerbu masuk sebuah mahkamah dan membunuh seorang hakim serta empat orang lain memberitahu polis melakukannya atas alasan mahkamah menyekat seorang wanita daripada menjadi pengetua sekolah kerana dia memakai tudung kepala.
KAWALAN KETAT: Arslan
(kanan) dikawal oleh
polis ketika hadir
perbicaraan di Mahkamah
Ankara, semalam.
Hakim Mustafa Yucel Ozbilgin kena tembakan di kepala dan meninggal dunia di hospital, lapor agensi berita Anatolia. Saksi berkata, peguam itu, Alparslan Arslan, 29, melaungkan 'Saya tentera Allah' dan 'Allahu Akbar' sebelum melepaskan tembakan.
Arslan adalah ahli Persatuan Guaman di Istanbul. Februari lalu, empat orang hakim termasuk Mustafa mengundi untuk menyekat kenaikan pangkat guru sekolah rendah yang memakai tudung di luar masa kerja.
Hakim kelima, bagaimanapun, mengundi menyokong wanita itu naik pangkat.
Gambar mereka disiarkan oleh akhbar Vakit yang pro Islam. Keputusan hakim dikritik Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang partinya AKP bertunjangkan politik Islam. Erdogan, bagaimanapun, turut mengutuk penyerang.
Serangan itu disifatkan sebagai isyarat paling dramatik terhadap kekecewaan rakyat Turki yang majoritinya beragama Islam tetapi ditadbir secara sekular.
Ia menyebabkan 25,000 orang termasuk hakim, peguam dan tokoh akademiki melakukan bantahan mengutuk serangan itu.
Dalam perkembangan terbaru, polis juga menahan tiga lagi lelaki berkaitan kejadian serangan itu, lapor Anatolia.
Polis belum mengulas serangan itu yang dikatakan meningkatkan ketegangan antara golongan sekular dengan pemerintah yang cenderung kepada tradisi agama.
Isu utama membabitkan pengharaman terhadap pemakaian tudung kepala di universiti dan pejabat kerajaan.
Pengharaman itu bermula pada 1980-an tetapi ada kena mengena dengan era bekas pemimpin Mustafa Kemal Ataturk yang memansuhkan pemakaian beragama dan menggunakan peraturan perundangan ala-Switzerland pada 1926.
Serangan itu juga dianggap tamparan hebat kepada AKP dalam usahanya melonggarkan peraturan mengenai pemakaian tudung kepala yang dipakai kebanyakan wanita di Turki.
AKP mula memerintah pada 2002 berlandaskan ikrar melonggarkan pengharaman itu. Turki akan sekali lagi menghadapi pilihan raya tahun depan.
Isteri Erdogan, wife, Emine, diharamkan daripada menghadiri majlis presiden kerana beliau memakai tudung kepala. Emine sebelum ini menggesa supaya pengharaman itu ditamatkan. – Agensi
*Bila tarjadinya kezaliman, yakni tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya, maka akan adalah pelbagai cara dilakukan untuk membetulkan kezaliman itu.
Adakah Arslan, penembak di atas nama Allah itu, berlaku zalim...atau membetulkan kezaliman?
Thursday, May 25, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment