Wednesday, May 31, 2006
Tips...untuk berteman..
Janganlah kerana kelebihannya....
Kerana mungkin dengan satu kelemahan...
Kau mungkin akan menjauhinya....
Andai kau ingin berteman....
Janganlah kerana kebaikannya....
Kerana mungkin dengan satu keburukan...
Kau akan membencinya....
Andai kau inginkan sahabat yang satu...
Janganlah kerana ilmunya....
Kerana apabila dia buntu....
Kau mungkin akan memfitnahnya....
Andai kau inginkan seorang teman...
Janganlah kerana sifat cerianya...
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan...
Kau mungkin akan menyalahkannya....
Andai kau ingin bersahabat...
Terimalah dia seadanya....
Kerana dia seorang sahabat...
Yang hanya manusia biasa....
Jangan diharapkan sempurna...
Kerana kau juga tidak sempurna...
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Allah..........
ngantuk....
Assalamualaikum..
ALhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya..
Hari ni jadi boss..masuk ofis pkl 10.30am huhu(jgn tiru tau)..takpela harap boleh cover selama ni yg selalu dtg awal dan kekadang balik lewat tu..ameen..
Bukan sengaja lewat pun...semalam mak ayah datang..dgn Wat sekali..ayah mak ada jamuan sempena persaraan ayah kat Dewan Merak Kayangan, Felda. So, pastu tido dan bermanja la bersama diorang kat Hotel Putra KL...borak2 pun dah sampai 2 lbh..tido pukul 3am la gamaknya..pas Subuh cadang nak tido tp ayah dah bising2 nak breakfast la itu la ini la...so, siap2 kemas bilik..barang mak ayah..pastu check out la..ayah antar sampai kat ofis pg td..diorang meneruskan perjalanan ke N9....
Tittle ngantuk tu takde kena mengena dgn imej hehehe tu gambar masa on the way ke JB last year hehehe Murni la tangkap gambar curi....tp thanks Murnis, kalau tak takde plak gambar tido nak di post kan kat blog hehehehe
Memang ngantuk betul la...tambahan pasni akan sensorang kat ofis...Hanafiah dah mulakan dunia barunya kat tempat lain...so, lone ranger la pasni...sedih gak...takde kawan gaduh..usik-usik dan yg paling penting takde tempat dah nak belajar secara berguru... :(
Hmm...semoga dia menemui kebahagiaan yg dia cari selama ini...ameen..
Note : semoga Allah permudahkan segala urusan kita...ameen..
Tuesday, May 30, 2006
Kata mak....
Kata mak....
Cinta ayah lebih setia dari kesetiaan pantai di laut
Cinta ayah lebih agung dari cinta Putera Charles pada Lady Di
Dan aku mendekati ayah
Ada mahligai indah di jiwanya
Lalu ku tatap wajah milik mak
Tak ku sangka
Ku temui lebih dari apa yang ku bayangkan
Kata mak...
Cinta ayah dan mak
Umpama cinta Adam dan Hawa
Yang sentiasa akur pada peristiwa
Lalu ku pandang ayah
Tepat pada manik mata kelamnya
Ada kedamaian yang melembutkan
Seribu kesukaran
Aku cuba satukan cinta milik kita
Akan samakah seperti cinta milik ayah dan mak ku…
Atau hampir sama seperti milik abah dan ibu mu ?
Ku satukan cinta ayah dan mak
Dan aku terpana
Puncaknya seperti suatu keagungan
Yang mencium segenap kalbuku
Hanya kerana cinta milik mereka berdua,
Lalu aku berkhayal....
Akan seperti itukah cintaku padamu
Atau cintamu padaku ?
Atau lebih dari keduanya....
Benarlah kata mak :
" Cinta itu sesuatu yang suci
milik mereka yang tahu menghargai cinta
dan cinta itu adalah kosong,
milik mereka yang suka bermain cinta"
Aku berharap agar andaian cinta kita adalah yang pertama
Dan bukan yang kedua atau bayangan yang kedua
Terakhir kata mak :
" Cinta itu tidak seperti batu
yang kalau suka kita pungut ia,
dan waktu lainnya dapat kita buang,
lalu jika perlu kita pungut lagi !"
Dan ingat kata mak :
" cinta itu suatu yang hakiki
Yang sentiasa hidup dari hati ke hati
Di awali dengan dua insan
yang perlu mengasihi dan dikasihi..."
Dan benarlah kata mak tentang cinta
Kerana mereka punya cinta yang abadi
Aku lahir dan dewasa..dan
akhirnya aku tahu
Kenapa mak begitu berhati-hati tentang cinta
Fikirlah sejenak tentang cinta kita
Aku khuatir cinta kita tidak seperti milik mereka
Aku mahu cinta kita lebih teguh
Dari cinta Uda dan Dara
Lebih kukuh ...
dari cinta Romeo dan Juliet
Aku mahu cinta kita
Seharum kasih Adam dan Hawa
Suci hingga ke akhirnya....
Hikmah Angka Dalam Islam..
ANGKA 1:
Istiqamah itu satu jalan .awalnya kemulian,pertngahanya keselamatan, dan akhirnya adalah syurga yang menanti.
ANGKA 2:
Dua titisan yang sangat bernilai di hari akhirat. Dapat memadamkan kepanasan api di padang mahsyar :
1--Air mata orang yang menangis {bertaubat kepada Allah}terutama di malam hari.
2--Darah para syuhada di medan jihad fisabilillah.
ANGKA 3:
Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup rasulullah SAW:
1--Bau-bauan yang harum{wangi}
2--Isteri yang solehah
3--Cahaya mataku di dalam sembahyang.
ANGKA 4:
Berkata Syaidina Ali karamullahu wajhah:Barangsiapa yang di berikan kepadanya empat perkara sesungguhnya dia telah di beri kebaikan dunia dan akhirat:
1--Sifat warak yang memeliharanya daripada apa yang diharamkan oleh Allah.
2--Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak yang penyantun.
3--Malu yang meneghnya dari kejahilan orang-orang jahil.
4--Juga isteri solehah yang membantunya dalam urusan dunia dan akhirat.
ANGKA 5:
Berkata seorang soleh:Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara:
1--Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2}
2--Kosong perut.
3--Melakukan qiamullail.
4--Memohon ampun di waktu sahur.
5--Mendampingi orang2 soleh {ulamak}
ANGKA 6:
Enam cara2 menghindarkan dari iblis:
1--Bertaqwa kepada allah di mana sahaja.
2--Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
3--Selalu berzikir dan berwirid.
4--Memperbaharui taubat.
5--Memperbnyakkan istighfar
6--Selalu meningkatkan dan memperkemaskan ibadah di samping asasnya ilmu yang bermanafaat.
ANGKA 7:
Tujuh anak-anak rasulullah SAW:
1--Qasim
2--Abdullah
3--Ibrahim
4--Zainab
5--Ruqaiyah
6--Fatimah
7--Umi kalsum
ANGKA 8:
Senjata2 perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya:
1--Air mata
2--Merajuk dan suka bermanja-manja
3--Berhias diri dan bergaya
4--Berpura -pura sakit
5--Senyuman
6--Penipuan
7--kata-kata yang manis
8--Mempertakuti bahawa ia akan lari.
ANGKA 9:
Bila taqwa tidak ada,maka para ulama akan dikuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikiut:
1--Sombong atau ego
2--Ujub dan riak
3--Hasad dengki
4--susah untuk menerima kbnaran dari orang lain
5--Ingin berlawan terutama sesama ulama
6--Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia,pangkat, dan wang ringgit
7--Pemarah
8--Ingin di hormati {gila puji}
9--Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.
ANGKA 10:
Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput di dalam kubur dan mereka akan bangun ke padang mahsyar dengan tubuh yang asal dari kubur:
1--Para nabi dan rasul
2--Para ahli jihad{mujahid}
3--Para ahli ulama
4--Para syuhada
5--Huffazul quran
6--Imam atau pemimpin yang adil
7--Muazzin
8--Wanita yang mati kerana kelahiran{beranak}
9--Orang yang mati di bunuh atau dianiaya
10--Orang yang mati pada siang atau di malam jumaat....
WASSALAM.....
nun....di sana.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya..
Hari ni sengaja je lewatkan pergi keje...lewat sikit dari biasa...keluar rumah pkl 8am...pastu tunggu bus..naik bus..tunggu komuter...naik komuter...smpai ofis hampir 8.40am...lewat sikit dari biasa...selalu sampai ofis dlm 8.05am...
okla...nak buat keje sat...
Petang ni tak balik rumah..sebab ada family gathering...
Monday, May 29, 2006
takde tajuk :)
Alhamdulillah syukur kepada ALlah di atas segalanya..
Hari ni rasa sakit tekak pulak...sebab semalam menjadi penyokong hebat bolasepak..perlawanan antara pasukan Malaysia dan MyTeam...MyTeam tewas dengan penuh penghormatan 2-1..secara peribadinya saya rasa MyTeam boleh pergi jauh...dan perlawanan semalam memang memalukan pasukan Malaysia..sebab 2 gol yg dijaringkan itupun hasil dari tendangan percuma hehehe apa kes la??? tapi paling geram sekali masa pengulas jemputan (maaf tak perasan siapa) membuat ulasan bahawa sepatutnya pasukan kebangsaan tidak menerima pelawaan perlawanan itu...sebab ianya mungkin akan mengaibkan pasukan Malaysia dan maruah Malaysia sendiri...huhu pandangan yg tak sepatutnya diberikan oleh beliau!!
Tak sangka sangat...satu rumah nak tgk bola tu....semangat la katakan...anugerah rumah paling riuh semalam jatuh kepada 6-10-16 huhuhu
Note : tengah cari trademark ni...ada cadangan???
Friday, May 26, 2006
aku dan tangga..
semalam...berjaya jugak untuk kali ke-5 naik tangga...ke tingkat 10...:)
walaupun pose tu...hehehe yela nabi dulu boleh g perang lagi...takkan la naik tangga smpi tingkat 10 pun tak leh...ada gak hiburan :)
note: tahniah wardah!!
ibu adalah mentor saya!!
Jadikanlah ibumu rujukan...
Jika ada kemungkinan....jadikanlah ibu tempat meluahkan perasaan...
Jika ada keresahan...jadikanlah ibumu tempat menyalurkan permasalahan..
Orang yang makan garam terlebih dahulu pastinya tidak akan mempersia-siakan permintaan anak muda merungkai kegelisahan..
Orang yang lebih awal merasai pahit manis kehidupan pastinya tidak akan membiasakan anak muda dalam kecurigaan...
Sentiasalah diri mengurusi peribadi...
Jadikanlah ibu sebagai insipirasi..
Renung-renungkanlah madah ini :
"Kebiasaan mengharapkan sesuatu yang hebat dari diri kita sendiri akan mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita"
Note: I love my mum.....Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu...
Kata mak " setiap hari adalah hari ibu"....
Sure Heboh', 'Jom Heboh', 'Fiesta Hurra' tetap haram - Mufti Perak
Harussani Zakaria berkata, program konsert 'Sure
Heboh' yang dianjurkan oleh sebuah stesen
televisyen swasta di negara ini tetap haram
walaupun selepas ia ditukar nama menjadi 'Jom Heboh'.
Sebuah akhbar tempatan di sini melaporkan,
Harussani menyifatkan program itu tetap haram
kerana ia boleh melalaikan umat Islam dengan
hiburan serta pergaulan bebas.
"Saya bersedih program itu masih diteruskan dan
kini timbul pula Fiesta Hurra yang diterbitkan
oleh televisyen milik kerajaan sendiri” katanya
kepada pemberita selepas menghadiri Forum Keluarga
Islam di Masjid Negeri Perak baru-baru ini.
Menurutnya, program yang diadakan bagi kempen
pesta bola sepak Piala Dunia itu sudah bertukar
menjadi pesta hiburan dan tarian tanpa mempunyai
batas pergaulan lelaki dan perempuan.
Beliau berkata, sebagai Mufti dan pemimpin Islam,
beliau bertanggungjawab untuk membuat kenyataan
seperti ini demi menjaga kehormatan umat Islam.
Katanya ketika orang lain sibuk membincangkan masa
depan ekonomi, pendidikan dan kebudayaan
masing-masing, umat Islam negara ini pula asyik
memikirkan tentang hiburan.
Majlis Mufti Malaysia dua tahun lepas memutuskan
bahawa konsert 'Sure Heboh' adalah haram di sisi
Islam kerana ia melalikan umat dan menggalakkan
maksiat di kalangan generasi muda.
Majlis Mufti berpendapat konsert itu merupakan
sesuatu yang melalaikan oleh itu ia wajar dihentikan.
Dalam perkembangan lain, Harussani berkata, umat
Islam negara ini juga perlu serius dalam usaha
menangani isu murtad kerana ia dikatakan telah
membabitkan lebih 100,000 orang terutama remaja
Melayu.
Harussani juga berkata, pihaknya juga baru-baru
ini menerima surat daripada sebuah badan Kristian
dari Amerika Syarikat yang mendakwa 40,000 orang
Islam warganegara Malaysia telah memeluk agama mereka.
Umat Islam tidak boleh memandang remeh perkara ini
atau bimbang untuk membicangkannya dengan alasan
ia sebagai isu sensitif, lapor akhbar berkenaan.
Thursday, May 25, 2006
Exercise
(sengih dulu baru taip..)
Rasa macam tak percaya pulak..rupanya semalam adalah kali ke-4 menaiki tangga ke tingkat 10 Apartment Desa Tasik.
pertama : balik dari jogging dengan ira...last month kot..
kedua : balik keje..last week
ketiga : balik keje....last monday (22/5)
keempat : semalam.....balik keje (24/5)
Rasa nak tercabut gak lutut tu..tp kali ketiga dan keempat tak rasa sangat sebab sibukkan diri main sms....act baca sms je....saje nak set minda...alhamdulillah berjaya juga...
insyaAllah akan ada kelima dan seterusnya :)
wassalam
Note: majulah sukan untuk negara....hati waja (bak kata cik Murni)
cerita itu ini
Alhamdulillah syukur pada ALlah di atas segalanya..syukur Alhamdulillah.. :)
Semalam, sampai rumah dah pkl 9 lebih...Hanafiah belanja makan pizza hut dkt Mines, bukan berdua je..tp dengan Aisyah dan Zira sekali....lepas makan, teman budak berdua tu cari baju...Hanafiah dah balik dah..si Aisyah tu yg nak cari baju sebenarnya...seperti biasa, sebagai peneman je...entahla sekarang ni dah takde nafsu nak beli baju..asyik pakai baju2 lama je..tak tau kenapa...takpela kan, baju2 lama pun masih elok lagi...Lepas solat maghrib kat Mines, berjalan kaki ke komuter...dan balik...
Sampai2 rumah terkejut gak tgk ada lelaki kat rumah...ooo baru teringat family ira nak dtg, tp bebenar tak sangka family dia nak tido kat rumah..sbb ada ayah dia sekali..tp tak kisah pun, sebab bukannya selalu..family dia datang ni sempena adik dia nak konvo esok..so, balik2 semalam...mandi dan solat..pastu baca magazine sat..miza dah tido dah..dia tak sihat...Anis dan PC..smbil layan sms..10 lebih dah tido..
Semalam, memang dah lupa hari..lupa semalam hari rabu, sampai lupa nak wish goodluck...hehehe sian, lupa hari :)
Alhamdulillah bangun pagi tadi, rasa semangat sikit...lepas solat dan ngaji..terus iron baju..selalu pkl 7 baru nak iron..ni 6.15 dah iron hehehe tp jd gadis pemalu la sebab duk terperap je dalam bilik...sampai nak g keje baru keluar...apataknya, family ira ada kat luar...segan la nak keluar...hehehe
insyaALlah pose ari ni...semoga Allah beri kekuatan...ameen...
okla...nak sambung b uat keje...
Note :firebird tak siap lagi ni....
Tudung kepala alasan bunuh
Tudung kepala alasan bunuh
Pemuda Turki mengaku tembak hakim kerana sekat wanita bertudung jadi pengetua
ANKARA: Seorang peguam yang menyerbu masuk sebuah mahkamah dan membunuh seorang hakim serta empat orang lain memberitahu polis melakukannya atas alasan mahkamah menyekat seorang wanita daripada menjadi pengetua sekolah kerana dia memakai tudung kepala.
KAWALAN KETAT: Arslan
(kanan) dikawal oleh
polis ketika hadir
perbicaraan di Mahkamah
Ankara, semalam.
Hakim Mustafa Yucel Ozbilgin kena tembakan di kepala dan meninggal dunia di hospital, lapor agensi berita Anatolia. Saksi berkata, peguam itu, Alparslan Arslan, 29, melaungkan 'Saya tentera Allah' dan 'Allahu Akbar' sebelum melepaskan tembakan.
Arslan adalah ahli Persatuan Guaman di Istanbul. Februari lalu, empat orang hakim termasuk Mustafa mengundi untuk menyekat kenaikan pangkat guru sekolah rendah yang memakai tudung di luar masa kerja.
Hakim kelima, bagaimanapun, mengundi menyokong wanita itu naik pangkat.
Gambar mereka disiarkan oleh akhbar Vakit yang pro Islam. Keputusan hakim dikritik Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang partinya AKP bertunjangkan politik Islam. Erdogan, bagaimanapun, turut mengutuk penyerang.
Serangan itu disifatkan sebagai isyarat paling dramatik terhadap kekecewaan rakyat Turki yang majoritinya beragama Islam tetapi ditadbir secara sekular.
Ia menyebabkan 25,000 orang termasuk hakim, peguam dan tokoh akademiki melakukan bantahan mengutuk serangan itu.
Dalam perkembangan terbaru, polis juga menahan tiga lagi lelaki berkaitan kejadian serangan itu, lapor Anatolia.
Polis belum mengulas serangan itu yang dikatakan meningkatkan ketegangan antara golongan sekular dengan pemerintah yang cenderung kepada tradisi agama.
Isu utama membabitkan pengharaman terhadap pemakaian tudung kepala di universiti dan pejabat kerajaan.
Pengharaman itu bermula pada 1980-an tetapi ada kena mengena dengan era bekas pemimpin Mustafa Kemal Ataturk yang memansuhkan pemakaian beragama dan menggunakan peraturan perundangan ala-Switzerland pada 1926.
Serangan itu juga dianggap tamparan hebat kepada AKP dalam usahanya melonggarkan peraturan mengenai pemakaian tudung kepala yang dipakai kebanyakan wanita di Turki.
AKP mula memerintah pada 2002 berlandaskan ikrar melonggarkan pengharaman itu. Turki akan sekali lagi menghadapi pilihan raya tahun depan.
Isteri Erdogan, wife, Emine, diharamkan daripada menghadiri majlis presiden kerana beliau memakai tudung kepala. Emine sebelum ini menggesa supaya pengharaman itu ditamatkan. – Agensi
*Bila tarjadinya kezaliman, yakni tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya, maka akan adalah pelbagai cara dilakukan untuk membetulkan kezaliman itu.
Adakah Arslan, penembak di atas nama Allah itu, berlaku zalim...atau membetulkan kezaliman?
Wednesday, May 24, 2006
Tuesday, May 23, 2006
Nama syaitan di dalam al Fatihah
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan;
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN ................hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Cinta by Hamka
Monday, May 22, 2006
penjelasan sainstifik..
Thursday, May 18, 2006
mutiara kata
Note: We are never alone....do remember that!!!!
Wednesday, May 17, 2006
cacing dan pancing
Assalamualaikum...
Banyak sangat aktiviti masa balik perak bebaru ni...ni ada kesempatan so boleh la bercerita..
seperti biasa...dengan wat dan cik nur dah jadi kamceng bangat..kemana-mana mesti bertiga...buat apa2 mesti bertiga...kekadang, kemas dapur pun bertiga..hehehe hebat gak penangan 3 adik beradik terakhir ni..hehehe
Kebetulan, dkt rumah ayah ni...ada tali air..ala mcm longkang...kiranya ada anak ikan, mak ikan, lintah, pacat semua ada la...kat depan rumah dan belakang rumah...setiap kali balik tak sah kalau tak menjenguk kat kolam peliharaan tu...hehehe sempat jugakla terkena sedas gigitan pacat masa mencari anak ikan kat belakang rumah...
Dalam gambar tu tangan si zikril memegang cacing...anda berani pegang cacing??tak takut cacing??tahniah..!! :) you may join my club hehehe
Hmm..citer pasal mancing..tak dapat mak ikan pun..anak ikan dapat la....tak tau kenapa ikan ta kmau makan..ikan dah tak makan cacing kot...heheeh
Sebetulnya..untuk pengetahuan rakan2 semua..rumah mak ayah saya kat tepi jalan besar je...kalau lalu tu jangan lupa singgah..insyaALlah Encik Mustapa dan Puan Faridah takkan menghampakan anda...
okla...insyaAllah jumpa lagi..
Note: takkan nak dtg rumah kena ajak kot??? jemput je la datang...tambahan buat kak murni yg asyik tak jd dtang je...singgah2 le ke teratak buruk mak ayah teman..ok?
cerita itu ini..
Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur atas nikmat ALlah..nikmat iman dan islam yang terpelihara...di bumi bertuah bumi Malaysia..segunung rahmat yang dicurahkanNya..untuk kita...
Teringat pulak lagu Nahwan Nur..tula antara lirik lagunya...
Last week balik perak...khamis (11/5) sehingga Isnin (15/5)....memang best balik kampung...tambahan dapat bermanja dengan mak ayah, dapat makan sedap2...dapat ke sana ke sini...lupa segala masalah kalau duk rumah..
memang best...minggu ni nyah ajak balik lagi...maybe ikut gak..sebab duk rumah boring..baik balik rumah dapat gak habiskan masa..dan berbakti..
isnin...sengaja ambik cuti nak antar cik nur ke Gopeng...g dua buah kereta..dgn kawan mak ayah sekali...yg klakar nya..ramai org bersangka macam kita plak yang nak g daftar hehehe awet muda kot??hehehehe
Selasa....tak masuk ofis g KLCC...SMIDEC...nak tgk pic leh g http://wardahmustapa.fotopages.com dah upload gambar kat situ...
Hmm...tp camne ni..baru dapat sms dr kawan lama ajak jumpa this saturday...alamak...camno ek? kawan ni dah tak jumpa since form 4..lama tu...
ada cadangan???
ok..sebarang cadangan sila kemukakan kepada saya..
c u..
wassalam
Thursday, May 11, 2006
The Husband Store
A store that sells husbands has just opened in
There are six floors and the attributes of the men increase as the shopper ascends the flights. There is, however, a catch . . .. you may choose any man from a particular floor, or you may choose to go up a floor, but you cannot go back down except to exit the building! So, a woman goes to the Husband Store to find a husband . ...
On the first floor the sign on the door reads:
Floor 1 - These men have jobs and love the Lord.
The second floor sign reads:
Floor 2 - These men have jobs, love the Lord, and love kids.
The third floor sign reads:
Floor 3 - These men have jobs, love the Lord, love kids, and are extremely good looking.
"Wow," she thinks, but feels compelled to keep going. She goes to the fourth floor and sign reads:
Floor 4 - These men have jobs, love the ! Lord, love kids, are drop-dead good looking and help with the housework.
"Oh, mercy me!" she exclaims, "I can hardly stand it!" Still, she goes to the fifth floor and sign reads:
Floor 5 - These men have jobs, love the Lord, love kids, are drop- dead gorgeous, help with the housework, and have a strong romantic streak.
She is so tempted to stay, but she goes to the sixth floor and the sign reads:
Floor 6 - You are visitor 4,363,012 to this floor. There are no men on this floor. This floor exists solely as proof that women are impossible to please.
Thank you for shopping at the Husband Store. Watch your step as you exit the building, and have a nice day!
Please send this to all men for a good laugh and to all the women who can handle the truth!
Remember Greed is one of the seven deadly sins.
You have to learn to be grateful for what you have to get more. When you are ungrateful you end up with nothing.
surat ku untukMu..........
assalamualaikum..
Arini macam biasa...buat keje...buat keje...surfing...cek mail..reply mail....
tgk tittle macam best kan??
ni nak cerita kisah benar...betapa DIA sayangkan diri ini...betapa DIA rapat denganku..betapa DIA memerhati diriku....betapa DIA menyayangi diri ini....
semalam,
lepas solat maghrib....air mata ini berjujuran..sedih....gundah gulana....namun, sempat mengaji AlQuran..dan alhamdulillah temui ketenangan di situ...baru perasaan ini reda....td berjumpa dgn DIA mengadu kisah diari hidup ini...terasa diri rapat denganNYA..
alhamdulillah DIA Maha Mendengar...semasa tengok berita..buletin utama...alhamdulillah mendapat jawapan...DIA telah mengabulkan permintaan ini...
Terima kasih Allah...betapa cepat Engkau mengabulkan doaku ini....
Terima kasih Allah....
thank you ALlah..
Note: mintalah kepadaKu..nescaya akan Aku perkenankan....Al Quran.
Perutusan YB (Yang empunya Blog)
Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya...terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menziarah blog yang tak seberapa ini...blog ini tiada motif tertentu..yang pasti, sebagai pencetus rasa di dalam tuan empunya...pelbagai topik boleh di post...agama, politik, semasa, sains, ekonomi, dan sebagainya...ikut kesempatan diri ini.
Apapun, terima kasih sekali lagi kepada semua....sebarang cadangan...komen...atau nasihat..silalah beritahu kepada saya sama ada taip di dalam shoutbox di blog ini sendiri ataupun.....email sy di fitrahhati@yahoo.com ....kalau ada yg tahu email2 sy lain pun boleh juga hehehehe apa2 je takpe...
OKla..jumpa lagi selepas ini insyaAllah...
Note: Tahniah kepada cik Murni Ibrahim atas kelahiran blog anda...
Wednesday, May 10, 2006
ANTARA MAWI, SOPHIA, ADI PUTRA DAN NOR AMIRA
Assalamualaikum..
Dapat satu artikel menarik dalam email tadi...ok..post kan untuk semua la...sementara takde mood untuk mengarang ni.
wassalam
-----------------------------------------------------------------------
ANTARA MAWI, SOPHIA, ADI PUTRA DAN NOR AMIRA
U all tau... Mawi tak akan dapat membela bangsa kita mahu pun mendidik anak-anak kita menjadi insan yang soleh..dia sendiri pun hanya dapat gred 3 SPM... hanya media yg berjaya menyeret dia untuk meraih rezki yg kebenyakan ulama mempertikaikan status halalnya... dari seorang yg kononnya berakhlak dan beragama dia dibentuk menjadi seorang yg bebas dari belenggu syariat... namun tangan0tangan kotor telah berjaya menyarungkan jubah konvo yang hanya layak di pakai oleh insan yang cemerlang dalam pendidikan... tidak hairan para remaja mula berhujah: " masuk universiti tak dapat keje..apa ada pada nilai ilmu?... Mawi dpt Gred 3 SPM pun boleh konvo jugak..lebih kaya dari lulusan universiti"... .sukar untuk menjawabnya.
Nun di sana..ada seorang insan comel..bernama Adi Putra... punya kecemerlangan dalam bidang Math yg sukar dicapai oleh walau seorang siswa... beliau dgn petah memberitahu bahawa dia ingin menjadi seorang Profesor Mathematic Islam, dia sangat taat dalam agama..tekun dalam mempelajari syariat Allah... namun tiada pihak "media" dan "pemimpin" kita ambil peduli... bahkan dicari pula kelemahan Adi yg kononnya hanya terer dlm satu bidang saja..perlu diingat..profesor universiti pun hanya pakar dalam satu bidang saja... mana ada pakar doktor perubatan dlm masa yg sama adalah pakar kejuruteraan?... tapi atas keinginan untuk mengenepikan Adi... berbagai alasan di buat... akhirnya keluarga Adi terpaksa mencari arah sendiri dalam menentukan masa depan pelajaran dan cita-cita Islam Adi...
Muncul pula adik Nor Amiira... yg berjaya menghafal 30 juz Al Quran seusia 10 tahun ... dia mula membaca dan menghafalnya ketika usia 5 tahun... dalam satu pertandingan hafazan dia telah mendapat tempat kedua ... peserta semuanya berusia 15 tahun ke atas... cerita itu terus sepi... "media" dan "pemimpin" kita tidak berminat mempopularkan tokoh2 kecil ini... tiada juga bantuan yg diberikan...
tetapi perlu diingat: ada insan seperti amalina yang mendapat 17A SPM telah diberikan penghormatan yg tinggi dan biasiswa untuk belajar di luar negara ( sekarang dah tak pakai tudung), tak kurang juga Sophia yg duduk di London tu mendapat juga penghormatan negara..di jaja ceritanya tak habis-habis di TV kita suatu masa dulu yg sekarang kabarnya dah murtad. Ok juga media dan pemimpin kita kan?...
Inilah yg perlu kita cari titik perbezaan dan persamaannya... sama-sama kita renungkan:
Adi dan Amira membawa cita-cita keislaman dan bakal membawa pembaharuan jika di beri peluang... maka mereka tidak mendapat apa-apa preveilege.
MAWI membawa bangsa kita leka dan nyanyuk maka dia mendapat tempat dan penghargaan.
Amalina dah jadi bahan jajaan putri UMNO dan dah pun tak pakai tudung lagi... sama dgn Mawi..maka dia tidak lagi membawa apa-apa mesej Islam... soa boleh di sokong.
Sophia ( bukan warga kita) mak melayu ayah org asing juga mendapat layanan dan kemuliaan sebab tiada membawa apa2 mesej ISlam... so mesti di beri sokongan.
Dengan itu dapatlah kita faham... .bangsa kita ini hanya akan memuliakan anak-anak kita yang berjaya dalam "hiburan' dan " menolak syariat". Bagi anak-anak yg bakal menyedarkan Umat ..awas !! anda adalah musuh bangsa dan negara ini..
apa pandangan anda?...
Dedaun kasih yang terlerai.........
Bicara ini kuutus untukmu
Lahir dari lubuk hatiku
Kian membuak rasa mendalam
Ingin sekali tertumpah
Pada minda dan hatimu
Mengapakah terus begini
Bahagia yang mekar mewangi
Yang kian carik dan terkoyak
Dari rimbunan kasih sayang
Bukanlah kehendak kita
Untuk terus bertelagah
Tapi itulah yang terjadi
Melerai sayang yang bersemi
Menggugat kasih
Marilah kita kutip semula
Dedaun kasih yang terlerai
Kita kumpul semula mesra terurai
Kita tanam kembali bajai lagi
Jangan kita tergugah lagi
Walau suasana berubah
Cinta Ilahi itu abadi
Rindunya membawa mati
Dari situ kasih kita bersemi
---------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum..
Alhamdulillah...syukur kepada Allah di atas segalanya..
tetiba ari ni teringat satu lagu dari kumpulan nasyid...nasyid zaman muda-muda dulu..kumpulan suarahati...Dedaun Kasih Yang Terlerai...
ok...nak sambung buat keje sat..pastu insyaALlah jumpa lagi.
wassalam
Note: kerja..keroje..keje....
Tuesday, May 09, 2006
mencari kekuatan diri lagi....
alhamdulillah menjelang petang ni emosi dah ok sikit....kalau tak tu....berkaca jugak mata ni...berkaca kerana rasa sebak semacam je....rasa nak nangis...rasa nak menjerit...rasa nak bercakap dgn seseorang...rasa nak share......macam2 la rasa....kat sini nak bgtau petua sikit...untuk mencari kekuatan diri...
- telefon mak....so, pagi tadi telefon di capai untuk mendengar suara mak..ayah...dan sempat jugak bercakap dgn cik nur....timbul sedikit kekuatan.
- balik kampung.....insyaAllah khamis ni nak balik..tp tiket tak beli lagi ni, insyaAllah lepas keje karang nak g sat pudu cari tiket....kebiasaannya lepas jumpa mak ayah mesti kekuatan diri dan semakin bertambah...
- ngadu padaNya....ni paling sebak sekali....sebab mesti air mata bukan sahaja berkaca...tapi dah jadi tsunami plak....insyaAllah ini yg terbaik sekali sebab hanya Dia yang memahami kita berbanding manusia lain....kekadang bukan tak nak share dgn kawan2 kalau ada masalah...tp, takut maksud tak sampai...dan rasanya lebih afdhal kalau share dgn Kekasih hati ini....the one and only...
wassalam
note: jaga diri hiasi peribadi..
1000 sms
maka bermula la episod menghantar sms kepada sesiapa sahaja pelanggan maxis/hotlink...sms percuma di bulan may...pada setiap hari isnin...
1 may 2006
hanya tinggal 700+ lebih je sms percuma yang tinggal...tu pun tak larat dah nak sms..
8 may 2006
kali ni gempak sikit...tinggal 400+ je sms yang tinggal...tak susah..just fwd je dan jawab seringkas mungkin sms kengkawan..
yang bestnya..dapat contact kawan2 lama sesuka hati...yela tiada batasan...hantarla 2/3 page ke...tak jadi masalah pun...cubala habiskan 1000 sms tu...apapun, memang penat...dan tak larat...menjadi orang glemer..hehehe
apataknya...inbox asyik penuh je....dah la telefon yang canggih ni hanya mampu memuatkan kapasiti sms yg sedikit je...tp takpe..byk jasa telefon ni..
apapun, terima kasih kepada sahabat2 yang tak jemu2 menghubungi diri ini...sesungguhnya kehadiran anda semua dapat juga mengubat rasa sunyi di hati ini..
terima kasih sekali lagi wahai sahabat sekalian...
Alhamdulillah....thank you Allah....
wassalam
Friday, May 05, 2006
Mari kita melukis...
Kereta dah takde...mari kita melintas..
hehe teringat pulak iklan kat tv...ok..title ari ni mari kita melukis...menggunakan MS Visual C++ 6.0 dan OpenGl.... susah jugak nak buat lukisan macam budak2 tu...nak buat dot pun susah, apatah lagi nak bual satu garis lurus, or satu garis putus-putus.
void kapal(int StartX, int StartY)
{
//bawah
glLineWidth (2);
glColor3f (0.0,0.0,1.0);
glBegin (GL_LINES);
glVertex2i (1+StartX,10+StartY);
glVertex2i (4+StartX,1+StartY);
glVertex2i (4+StartX,1+StartY);
glVertex2i (40+StartX,1+StartY);
glVertex2i (40+StartX,1+StartY);
glVertex2i (44+StartX,10+StartY);
glVertex2i (44+StartX,10+StartY);
glVertex2i (1+StartX,10+StartY);
glEnd ();
//tiang
glLineWidth (20);
glColor3f (0.0,1.3,1.0);
glBegin (GL_LINES);
glVertex2i (15+StartX,10+StartY);
glVertex2i (15+StartX,15+StartY);
glEnd ();
//layar
glLineWidth (2);
glColor3f (2.0,1.3,1.0);
glBegin (GL_LINES);
glVertex2i (8+StartX,15+StartY);
glVertex2i (30+StartX,15+StartY);
glVertex2i (30+StartX,15+StartY);
glVertex2i (8+StartX,60+StartY);
glVertex2i (8+StartX,60+StartY);
glVertex2i (8+StartX,15+StartY);
glEnd ();
}
Hmm..susah.....dah last minute baru dapat idea.....
apapun, itula dia...masih belajar lagi..
wassalam
babi..anjing...dan maruah..
Assalamualaikum...
Alhamdulillah...semoga hari Jumaat ini kita mendapat lebih keberkatan dariNya...ameen..
sekadar nak berkongsi dengan rakan-rakan sekalian...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia...
Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah. Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.
Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah satu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat.
Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas di hina oleh
Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk di saman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu di saman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.
Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam.
Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam. Sebarkan kepada saudara2 Islam kita.