Friday, May 17, 2013

Nasi putih..

Tersebut la kisah...kisah benar!


Pada suatu hari, saya bercadang nak makan tengah hari di rumah setelah selesai kerja luar. Sebabnya ada baki lauk untuk di makan. Rugi la kan kalau tak makan. ;) Disebabkan kat rumah ketika itu hanya ada lauk dan tiada nasi. Saya gagahkan diri untuk singgah beli nasi putih di kedai. Kedai mamak. Yela, kalau balik rumah..masak nasi..lama juga masa yang diambil tu. Sebab nak pergi masuk pejabat semula lepas rehat tu.

Yang kelakarnya...lepas letak kereta di bahu jalan. Saya hanya bawa beberapa keping duit syiling. Masa tu, agakan saya..insyAllah cukup duit ni.

Sampai kedai mamak, minta nasi putih bungkus satu. Saya jangkakan paling mahal harga nasi putih RM1.50. Mamak tu cakap "RM2.00". Kira-kira duit syiling tu ada RM1.80. Alamak malunya, saya cakap kat mamak..tunggu ye saya ambik duit dalam kereta. Alhamdulillah mamak tu baik hati..takpela..cukup cukup dia kata. huhuhu harga nasi putih memang mahal ke??

3 comments:

norulaina said...

barang naik lps PRU... br perasan kaa..? hihi..

wardah said...

dah lama perasan...tunggu jela barang2 lain naik lak.. :(

hainom OKje said...

Sebab kat mamak kot Wardah...kalau kedai melayu kurang sikit kot!