Thursday, June 28, 2012

Cermin...

Alhamdulillah syukur di atas segalanya...dan yang paling penting terima kasih Allah kerana mengurniakan kami nikmat nikmat iman dan islam...disamping berada dalam kesihatan yang baik!!

Ibu dan bapa merupakan cermin kepada anak-anak. Jika kita inginkan anak kita menjadi baik, maka kita perlulah menjadi contoh dan teladan yang baik buat mereka. Manakan mungkin ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Ianya sebagai ingatan buat diri saya dan kita semua.

Ok, saya nak cerita sikit..kisah Asyraf dan adiknya. Walaupun belum masuk 3 bulan, Asyraf dah mula menjadi guru kepada Hadif.

Selamat Hari Bapa..

Entry ni ditujukan khas buat ayah Asyraf dan Hadif...
Asyraf mengucapkan terima kasih kepada ayah kerana............
  • jika ayah cuti dan berkelapangan...ayah selalu sanggup untuk menjaga Asyraf sejak kecil lagi sewaktu ibu pergi kerja.
  • ayah juga selalu jaga Asyraf sewaktu ayah kerja hujung minggu jika ibu pergi kelas.
  • ayah tak pernah jemu mengajar Asyraf ilmu yang berguna...
  • ayah pun buat perkara yang sama sejak Hadif ada....

Wednesday, June 20, 2012

Perkenalkan....




Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan semua, keluarga kecil kami dah bertambah pada 1 April 2012 lepas...bayi sihat seberat 3.14kg dan berjantina lelaki itu telah diberi nama Emir Wahid Al-Hadif bin Wahiddin. Di bawah adalah gambar Hadif ketika usia 2 bulan.

Thursday, June 14, 2012

100 langkah menuju kesempurnaan iman..3

41.            Berlaku adil dalam segala urusan
42.            Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
43.            Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
44.            Hiasi rumah dengan bacaan al-Quran
45.            Perbanyak silaturrahim
46.            Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47.            Bicara secukupnya
48.            Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
49.            Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
50.            Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur