Friday, February 18, 2011

Selamatkanlah anak kami Ya Allah..

Rabu saya dikejutkan oleh satu sms...tak dikenali pengirimnya...tapi mungkin dia juga mengenali saya dari rakan yang lain. Lin (tak tau nama penuh) ibu seorang bayi lelaki yang baru berusia 2 bulan. Lin baru sahaja menghantar bayinya bawah jagaan babysitter/nursery selama seminggu. Dan kini, anaknya itu telah terlantar di wad ICU, HKL. 

Apa yang berlaku?? Terdapat pendarahan otak dan kini bayi berkenaan 100% fully supported by machine. Saya teringat kembali apa yang berlaku pada Asyraf sebelum ni. Saya faham perasaan Lin dan suaminya. Apa yang dialami oleh bayi beliau juga hampir sama kes dgn Asyraf.

Apa punca berlakunya pendarahan otak? Sila rujuk sini



Dilema ibu yang bekerjaya seperti saya, anda dan semua wanita memang begini. Risau...cemas dan takut ketika menghantar anak ke rumah pengasuh ataupun nursery. Kekadang terfikir untuk menjadi surirumah, melihat anak membesar di depan mata memang satu nikmat yang tidak ternilai. Saya sering berasa cemburu dengan surirumah. Tetapi, mampukah kita?? Mungkin kena fikirkan kerjaya yang hanya bekerja dari rumah!! Mungkin!

Apapun, hanya Allah tempat bergantung dan berharap. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Sama ada ibubapa sendiri yang menjaganya ataupun orang lain. 'Ya Allah...selamatkanlah anak kami'.

Kepada lin dan suami, atau ibubapa yang pernah mengalami nasib yang sama seperti saya...ingatlah itu hanya ujian dari Allah. Kita kena banyak bersabar, berdoa...dan usaha. Jalan pasti ada. Kita kena yakin semua tu!!  Jika ada yang ingin berkongsi, bertanya...meminta pendapat atau sebagainya...jangan segan silu untuk menghubungi saya.


nota : berat mata memandang....berat lagi bahu yang memikul!!

2 comments:

norulaina said...

dia seorang ibu salah seorang pegawai MARDI.. aina tak kenal, hanya tau berita bila dikhabarkan dalam email..

maklumat pasal awak saya yang bagitahu, saya tau awak dapat berikan dia bantuan emosi dan lain2 yang perlu..

terima kasih banyak2..

durra abd razak @ kocikin... said...

assalamualaikum wardah...
salam perkenalan...saya pun baru jer ikuti blog awak..lin merupakan officemate suami saya dan juga sahabat saya..

bercakap pasal dugaan & ujian..saya sgt setuju dgn statement awak: kepada Dia kita bergantung harapan..
sbbnya..masa saya pregnant 4 bulan..pakar dapati terdapat complication internal organs anak saya..chances of survival is very slim 30% sahaja..Kuasa Allah..wpun baby saya perlu menjalani major operation dlm usia sehari..
Baby saya membesar dgn baik..wpun pun lungsnya hanya 40% dari baby normal...

sorry wardah..banyak pula saya punya citer...hehehe...

apa2 pun selamat berkenalan yer >_<