Tuesday, February 08, 2011

Cerita CNY

 salam ya salam..

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah di atas segalanya. Walaupun saat dan ketika ini saya diuji dengan selesema dan batuk-batuk. Semoga sebagai kifarah penghapus dosa. Ameen ya rabb!!

CNY baru je lepas...Happy Chinese New Year kepada kawan-kawan berbangsa Cina!! Bila melayu sambut perayaan, kita memang cuti. Cina beraya...kita pun cuti...India raya...kita pun cuti. Malah cuti sakan lagi. Bagi yang kerja d wilayah memang paling best la, boleh apply cuti 2 hari dan terus dapat cuti seminggu pada minggu lepas. 


Khamis lepas, kami sekeluarga pulang ke Perak selepas bersarapan. Melalui SKVE, pastu masuk highway PLUS. Nak dijadikan cerita, kami bertolak pukul 10 dan sampai ke rumah mak ayah di KD pada pukul 2 lebih, perjalanan yang memang mencabar dan menguji kesabaran. Apapun, alhamdulillah semuanya selamat. Kapasiti kereta yang banyak di lebuh raya dan jalan persekutuan memang terbukti dengan kesesakan yang kami lalui waktu tu.Fuh, hebat-hebat orang Malaysia ni. ;)

3 hari berulang ke Ipoh kerana menyelesaikan urusan memang memenatkan...apapun, alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada mereka yang membantu....mak ayah, lope yong sekeluarga, lee dan mak ani, serta tak dilupakan Wat yang hebat...sebab tolong mesin rumput keliling rumah. Apapun, ipoh....tunggu kami datang lagi!!

0 comments: