Hari ni, hari ke-2 asyraf di rumah dan dijaga oleh dear. Bukan sebab asyraf sakit mata, tetapi pengasuh dan anak-anaknya sakit mata. Pagi-pagi isnin tu dapat sms dari pengasuh asyraf 'Askum wardah, akak dgn aiman, aqilah sakit mata, akak bgtahu je, klu nak anta, antalah.'
Selepas dapat sms tu, saya terfikir...takkan nak cuti lagi hari ni, setelah bercuti panjang (rabu-ahad) pada minggu lepas, jika saya tidak bercuti, saya terpaksa membiarkan dear menjaga asyraf selepas pulang dari kerja pukul 10 am. Tidak tergamak pula mulanya, ditambah semalam kami sekeluarga keletihan berada di dalam kereta lebih 5 jam dari ipoh ke putrajaya. Kemudian dear terpaksa pula pergi kerja!!
Tetapi, akhirnya saya tak jadi cuti kerana dear sendiri sanggup jaga asyraf!! tq so much!! Siapa tak pernah kena sakit mata? Kebelakangan ini ramai pula orang sakit mata, hari sabtu lepas masa kat taman depan rumah kat ipoh, ada 2 beradik tu sakit mata. Bengkak dan merah! Kesian juga saya tengok. Hari selasa lepas, lepas ambik asyraf kelihatan mata kirinya bertaik mata yang luar biasa. Apa lagi, cepat-cepat saya menitiskan air susu dan membaca selawat syifa' pada mata Asyraf.
Apa tu sakit mata? Klik
sini utk lanjut.
Sakit mata merah ( Konjunctivitis) ini adalah radang pada selaput luar biji mata ( eyeball) dan juga selaput kelopak mata anda. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman ( bakteria). Sakit mata ini memang mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.
Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa anak anda telah dijangkiti sakit mata (konjunctivitis)?